Pastinya ramai suri rumah yang teringin untuk memiliki mesin Thermomix untuk memudahkan kerja masakan namun terpaksa melupakan hasrat itu dek harganya yang boleh dikatakan agak mahal iaitu dalam lingkungan RM 7,000.
Tak perlu gusar lagi sis, sebenarnya ada pilihan yang tidak kurang hebatnya yang berfungsi lebih kurang sama seperti mesin Thermomix tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Para suami pun tak perlulah pening kepala!
Menurut perkongsian Lina Kamarudin di Facebook, Xiaomi OCOOKER Kitchen Robot ini merupakan pilihan tepat untuk anda yang mahukan fungsi pintar kerana ia juga boleh dikawal menerusi telefon pintar anda.
Banyak versi rupanya untuk kegunaan masyarakat serata dunia.
Menarik betul mesin masakan pintar ini. Nak masak apa pun mudah je! Rasanya ini adalah satu pelaburan yang baik untuk kegunaan harian kita. Why not beli satu kan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saya Mekap Sendiri Saja Pun’ -Tampil Dengan Imej Ala Frozen, Vida Tenang Layan Kritikan Ramai
Penampilan Dato Seri Vida (DSV) sebagai Presiden Netizen semalam di konsert keenam Big Stage 2022 mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil dengan kening dan bulu mata berwarna putih.
Meskipun dikecam ramai, beliau tidak mengambil hati malah tetap melayan komen-komen warganet dengan senang hati. Ujarnya, imejnya pada malam itu adalah salah satu penampilan yang bakal ditonjolkan dalam video klip lagu terbaharunya yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’.
“Saya ni mekap sendiri je pun. Ini adalah sempena video muzik saya. One of the character inside the music video. So you have to watch lah,” jelas DSV menerusi akaun TikTok miliknya.
Biarpun penampilannya itu dikritik ramai, namun anaknya yang tercinta iaitu Cik B tetap memberi pujian kepada ibunya yang tersayang dan kagum dengan solekan artistik yang telah dilakukan sendiri oleh ibunya itu.
Dalam pada itu, DSV juga turut berkongsikan sedikit klip di sebalik tabir video musiknya yang bakal dilancarkan pada 20 Mac ini. Jelasnya, ia akan menampilkan sisinya yang berbeza 360 darjah berbanding dirinya yang dikenali umum.
Coming soon , Lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan
.✅ 360 darjah dari Dato Seri vida yang anda kenal .Rakaman mengambil masa 10 malam
Music Video 5 Hari
Menelan kos sebanyak Rm400 Ribu.Nantikan 20/3 ini di YouTube: Dsv Entertainment. Jadi yang terawal Subscribe mana tau dapat hadiah dari DSV 😍
Siapa tak sabar nak menitiskan air mata ?
Wah, lain macam DSV kali ini! Pasti ramai yang tak sabar nak tengok apakah kelainan yang akan ditonjolkannya kelak. Sama-samalah kita nantikannya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Kecewa, Namun Pelajar Ini Raih Dekan Empat Kali. Layak Jadikan Contoh!
Anis Syahirah Khairul Parman berusia 23 tahun merupakan sebahagian daripada kumpulan MPP USM layak dijadikan contoh kerana telah memperoleh beberapa kejayaan dan dia memegang satu ayat yang istimewa baginya iaitu
“Semua orang adalah genius, tetapi jika anda menilai seekor ikan pada keupayaannya untuk memanjat pokok, ia akan menjalani seumur hidupnya dengan mempercayai ia bodoh,” – Albert Einstein.
Artikel Berkaitan : Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Walaupun dia sangat sibuk dengan tugasnya, dia masih berjaya di sekolah dan mendapat anugerah daripada dekan empat kali berturut-turut kerana benar-benar mahir dalam Pengajian Bahasa Inggeris untuk Profesional di Universiti Sains Malaysia (USM).
Anis Syahirah sangat suka menggunakan bahasa Inggeris untuk kerja dan menganggapnya penting. Mereka juga berpendapat ia boleh membawa kepada pilihan pekerjaan yang baik.
“Saya bukan pelajar yang cemerlang dari segi akademik ketika di zaman persekolahan dan apabila masuk universiti baru saya sedar kebolehan diri.
“Di sekolah, kita tidak boleh memilih apa yang kita suka, tapi apabila di universiti, kita boleh pilih bidang yang kita suka. Dari situ kita boleh asah dan latih diri untuk berjaya dalam bidang terbabit,” katanya.
Anis Syahirah memang pandai ingin tahu dan mengikut peraturan. Dia juga benar-benar bijak dalam memikirkan cara melakukan perkara sekolah dan terlibat dalam aktiviti lain.
“Saya mengurus masa dengan membuat jadual waktu di mana saya menyenaraikan tarikh akhir untuk setiap tugasan. Hal ini supaya saya dapat merancang masa dan aktiviti dengan lebih awal.
“Walaupun sibuk dengan MPP sekali pun, tanggungjawab utama saya adalah sebagai seorang pelajar dan saya tetap kena dahulukan pelajaran,” tambahnya.
Anis Syahirah ingin bekerja di sebuah syarikat besar. Tugasnya di MPP, di mana dia bertanggungjawab bercakap dengan orang di luar kumpulan, membantunya menjadi lebih baik dalam bercakap dengan orang baharu.
Selain itu, beliau juga rajin membantu orang lain dengan menjadi sukarelawan bersama kumpulan bernama USM. Mereka melakukan perkara seperti membantu gelandangan, memberi makanan kepada pelajar, dan mengajar bahasa Inggeris kepada mereka yang memerlukannya.
“Ada hikmah saya tidak dapat peluang menyambung pengajian ke luar negara. Mungkin jika saya pergi saya tidak cemerlang dalam akademik seperti mana di USM ini,” katanya.
Sumber : HarianMetro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kenapa Babah Tak Pernah Sakitkan Kaklong?’-Neelofa Mahu Hadiahkan Tudung Buat Gadis Ini Kerana Terharu
Istimewanya seseorang yang bergelar wanita itu sehingga Tuhan mengangkat nilai dan martabatnya disisi Islam. Ini juga dapat kita lihat secara jelas bahawa Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu melalui kalamullah ayat ke-15 surah Al-Ahqaf yang bermaksud:
”Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”.
Masyaallah, begitu tinggi nilai seorang wanita itu dan kerana itulah kaum wanita ini perlu dilindungi dan dipelihara dengan sebaiknya. Seperti cerita ini, kisah yang dikongsi di twitter oleh @JajaBerkarya ini mengenai bagaimana bapanya mendidiknya menyentuh hati netizen hingga mendapat perhatian selebriti terkenal, Neelofa. Mari kita selami kisahnya.
Bapa tidak pernah naik tangan terhadap dirinya.
Bapa anugerah terindah dari syurga.
Siapa sangka, tweetnya itu mendapat perhatian Neelofa. Bukan itu sahaja, Neelofa juga ingin menghadiahkannya koleksi tudung jenamanya. Bertuahnya!
Jaja ternyata tidak menyangka Neelofa akan memberikan reaksi sebegitu rupa terhadap dirinya. Rezeki tak pernah alamat sis!
kredit: twitter @JajaBerkarya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI