Apabila seorang wanita itu memasak hidangan untuk keluarganya dengan ikhlas, wajah yang manis, sambil berzikir serta mendengar alunan ayat Al-Quran maka berganda-gandalah pahala yang mereka perolehi.
Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang anda dapat jika anda menyediakan makanan berbuka untuk mereka. Ini termasuk hari-hari uzur anda di mana anda tetap mendapat pahala puasa.
Baca perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini.
Orang yang paling banyak pahala puasa di rumah musim PKP ini ialah isteri-isteri dan mak-mak kita.
Apa sebabnya?
Sebab mereka ni masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
Nampak macam biasa-biasa je masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa diorang tu mereka akan dapat.
Pahala puasa suami.
Pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya.
Pahala puasa mertua kalau ‘tersangkut’ rumah mertua.
Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.
Kita ingat makanan yang kita sedekah je kan? Yang tu betul la.
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.
Jadi, isteri-isteri dan mak-mak jangan pernah rasa letih untuk masak petang-petang. Sebab pahalanya sangat besar.
Walau masak tak jadi ke. Walau masak tak sedap ke. Itu lain cerita.
Yang penting, masak saja. Lepas tu ada orang makan untuk buka puasa. Dah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan tu.
Hebat… hebat….
Apa lagi kalau masak dengan ikhlas. Masak dengan wajah manis. Masak sambil berzikir. Masak sambil dengar bacaan Al-Quran.
Lagi la bertambah banyak pahalanya tu.
Sumber kredit: Khairul Anuar Basri
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA