Minggu lalu seorang lagi selebriti popular, Bella Dally selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella Dally setelah berpisah dengan bekas suaminya Nazim Othman tahun lalu. Pelakon cantik manis ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izuddin hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Jika sebelum ini di majlis pertunangan, Bella atau nama Nabilah Ali Dally memilih busana rona kuning tetapi untuk majlis pernikahannya dia kelihatan begitu anggun dalam dress rona putih.
Tampil sedondon dengan pasangannya yang juga kelihatan cukup segak mengenakan baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan samping.
Untuk malis resepsi yang berlangsung di sebelah malamnya pula, Bella Dally menyarung dress rona pink rekaan Mimpi Kita yang dipadankan dengan hijab juga warna yang sama.
Aura pengantin baru begitu terserlah di wajah Bella Dally yang kelihatan sangat cantik mendapat sentuhan mekap jurusolek Yna Sakinah di majlis persandingan. Malah terpancar cahaya kebahagiaan di wajah Bella yang begitu sepadan berada di sebelah suaminya.
Begitu juga Arif yang tampil cukup tampal menggayakan suit untuk majlis persandingan diadakan di Putrajaya sambil disaksikan oleh teman-teman artis yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia till jannah.