Mas Kahwin Seutas Gelang Emas, Tanda ‘Cinta’ Dai Syed Buat Hana Ismail

Share

Pengacara jelita TV Al-Hijrah, Hana Ismail dengan sekali lafaz kini sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor tampan Da’i Syed.

Majlis Ijab qabul pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung beberapa jam lalu bertempat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.

Seutas Gelang Emas ‘Mas Kahwin’ Syed Untuk Hana

Hana Ismail telah dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Ismail Dahwan.

Selain itu, Hana menerima seutas gelang emas dari Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sebagai mas kahwin pernikahan.

Terdahulu, Hana pernah menyatakan bahawa keperibadian Syed yang lembut membuatkan dirinya tertarik untuk menjadikan lelaki itu sebagai suami meskipun jarak usia mereka berbeza hampir 9 tahun.

Artikel Berkaitan: Hana Ismail Akui Terpikat Dengan Keperibadian Da’i Syed Yang Lemah Lembut

Mereka yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 23 Oktober lalu, dan perkara itu diuar-uarkan oleh rakan artis yang juga pelakon Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada November.

Artikel Berkaitan: Da’i Syed dan Hana Ismail Selamat Bertunang, Umie Aida Titip Nasihat Ke Alam Perkahwinan

Hijabista mendoakan agar jodoh pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke syurga, selamat melayari bahtera perkahwinan dan alam rumah tangga buat kedua mempelai!

Sumber: Youtube Dai Syed

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira