Sebelumnya tular di Media sosial berita kononya rumah tangga miliknya sedang bergolak ditiup badai, enggan berdiam diri penyayi dangdut veteran negara, Mas Idayu bertindak meluahkan kekesalannya berhubung gossip ‘liar’ berkenaan.
Menurut Mas Idayu, perkahwinan yang baharu sahaja didirikan sebulan yang lalu itu masih utuh dan baik-baik sahaja.
Sumber gambar: Instagram Mas Idayu
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Mas Idayu atau lebih selesa di sapa mummy, menjelaskan hantaran kapsyen di Instagram itu langsung tidak berkaitan dengan rumahtangga, kerana sejak dulu lagi dia memang gemar berkongsi kapsyen sedih, kelakar dan gembira.
“Dari dulu saya sangat suka hantaran yang berbentuk ceramah, ‘sweet’ dan hint’. Siapa yang suka mesti mereka akan komen, ‘ya mummy aku juga seperti itu’. Tak semestinya untuk saya. Saya suka mendengar komen mereka yang berbagi rasa. Itu saja,” tulisnya.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Sumber gambar: Instagram Mas Idayu
Selain itu, Mas Idayu turut berkongsikan beberapa keping foto dirinya sedang bahagia dan menikmati moments-moments indah sebagai isteri. Dalam hantaran tersebut dapat dilihat penyanyi berusia 50 tahun itu amat romantis bersama suami tercinta, yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.
Pada hantaran tersebut, Mas Idayu berkesampatan menitipkan kata-kata indah dan romatik khas buat suaminya, serta menyatakan harapan agar mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke akhir hayat mereka berdua.
“Biarpun inai di jari semakin memudar, namun doa kami semoga Allah simpulkan hati kami seerat mungkin..” 🤲
Meninjau keruangan Instagram, Mas Idayu telah pun memadam posting kapsyen sedih yang telah mengundang pelbagai spekulasi ramai sehingga menimbulkan khabar angin, kononya rumah tangga miliknya sedang dilanda badai.
Sebagai rekod, pada 16 September lalu, Mas Idayu telah selamat bergelar isteri kepada penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian dengan sekali lafaz sahaja.
Artikel berkaitan: Nak Buat Kenduri Kahwin ‘Mega’ Janganlah Sampai ‘Merompak Duit Hantaran’
Sumber gambar: Instagram Mas Idayu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.