Isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim yang sedang meluangkan masa bersama ibunda tercinta ketika ibunya menziarahi Malaysia baru-baru ini menzahirkan rasa hiba ketika menghantar ibunya pulang ke tanah air mereka, Korea.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu muat naik hantaran di laman Instagram milik Maryam beberapa jam lepas. Menerusi hantaran berkenaan, sebagai seorang anak tunggal yang menetap bersama keluarga kecilnya di perantauan, Maryam turut meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.
Malah, Maryam mengakui bahawa kehadiran ibunya ke Malaysia sedikit sebanyak mengubati kerinduan yang ditanggung serta membuatkan dirinya rasa disayangi.
Ibu Ikut Subuh Di Masjid Dan Bawa Pulang Telekung, Mahu Belajar Solat di Korea!
View this post on Instagram
Pada hari terakhir ibunya di Malaysia, Maryam mendedahkan bahawa dia turut membawa ibunya menunaikan ibadah Subuh di masjid serta menghadiahkan sepasang telekung kepada syurganya itu.
Maryam menjelaskan, tujuan ibunya membawa pulang telekung berkenaan adalah untuk mempelajari menunaikan ibadah solat di Korea, secara perlahan-lahan.
“Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi,Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulis Maryam pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Bahagiakan Isteri, Ryzal Ibrahim Cipta ‘Kenangan Terindah’ Bawa Maryam Naik Helikopter Di Hari Istimewanya!
Di samping itu, Maryam turut memohon kepada para pengikutnya agar turut sama mendoakan ratu hatinya itu agar dikurniakan ‘hidayah’ dan dipermudahkan urusan untuk belajar menunaikan ibadah solat.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan untuk melihat respon yang ditinggalkan warganet. Rata-ratanya mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqamah dalam perubahannya nanti.
Ibu Maryam Nikahi Lelaki Muslim
Meskipun ramai yang mempersoalkan berhubung agama yang dianuti oleh ibu Maryam, namun mereka tetap menghormati pegangan agama masing-masing sekaligus mendoakan yang terbaik buat ibu Maryam.
Sekadar info, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Sumber: Instagram maryamyunrrr
Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Dalam Busana Jubah Putih, Kejelitaan Maryam Younarae Dipuji! Cantik Bak ‘Bidadari’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI