Sebagai peniaga makanan, jika niat berniaga itu tulus dan ikhlas menawarkan kepada pelanggan, makanan yang sedap dan murah pastinya Allah akan memberikan rezeki yang mencurah-curah dan berlipat ganda.

Begitulah yang berlaku kepada hijabi ini yang menawarkan jualan kek dengan harga murah dan ‘tak masuk akal’ kepada pelanggan, malah rasa kek yang dijual juga enak dan boleh diterima tekak menjadikan gerai kek miliknya sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Kek RM1 Laku Keras! 1,500 Potong Kek ‘Lesap’ Sekelip Mata!

@afizabakery.sp Replying to @Lee Tee Kah💜 Projek Kek RM 1 buka hari ni, 12 Februari 2023. Waze Afiza Bakery, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah 😉😉 #kekrm1 #sungaipetani #kek #kekkedah #kedah ♬ original sound – Kak Fiza | Bakery

Penjual kek berkenaan yang dikhabarkan meniaga di sekitar Sungai Petani, Kedah menjadi tular dalam satu rakaman video TikTok ‘Projek Kek RM1’ yang dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun @afizahbakery.sp.

Dalam video berkenaan pengusaha Afizah Bakery itu mendedahkan bahawa beliau tidak sempat untuk menyusun kek potong yang ditawarkan dengan harga RM1 itu, ekoran gerainya sering diserbu pelanggan sebaik sahaja ianya dibuka.

Menurutnya lagi, sebanyak 1,500 kek akan lesap dan habis terjual dalam sekelip mata sahaja, meskipun beliau hanya mengadakan projek kek RM 1 itu pada hari cuti hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Hijabista difahamkan, penjualan kek yang laris ini adalah kerana harga kek yang ditawarkan terlalu rendang berbanding harga kek potong di pasaran. Malah, kos pembuatan dan penyediaan kek yang kian meningkat juga menjadi punca kek dengan harga bajet seperti ini laris bak ‘goreng pisang panas’.

Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah

Ads

Tambahan pula, di zaman harga barang naik dan inflasi kini, tidak semua orang mampu mengeluarkan modal yang besar demi meuaskan nafsu menjamah sepotong kek.

Justeru, promosi kek dengan harga rendah seperti ini dalam masa yang sama ibarat ‘berniaga sambil bersedekah’ dan memberi situasi menang-menang (win-win) kepada peniaga dan pembeli.

Lebih menarik lagi, jika trend ‘Projek Kek RM 1’ ini dapat menjadi role-model dan menjadi ikutan peniaga lain.

Sama seperti ‘Menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini sebagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan inflasi khususnya golongan B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.

Walaupun RM1, Kalau Aku Beli Dah Jadi Puluh Ringgit . Jenis Nak Rasa Semua!

Hijabi Ini Jual Kek ‘Terlajak Murah’ Tak Sempat Susun Dah Kena Serbu! – “1,500 Kek Habis Dijual Sekelip Mata”

Ads

Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan untuk melihat respon dan maklum balas wargamaya tentang perkara ini.

Rata-ratanya, memuji tindakan perniaga ini serta meninggalkan komen yang positif dan optimis. Malah, ramai yang teringin pergi membeli kek di gerai berkenaan dan ada juga yang meluahkan rasa hampa kecewa kerana gerai kek tersebut berada jauh utara.

Berikut merupakan beberapa komen netizen yang berjaya meraih perhatian Hijabista;

“Walapun RM1, kalau aku beli dah jadi puluh ringgit. Jenis nak rasa semua 😂😂😂😂

Ads

“Bagus idea ni, sebab kadang-kadang tu satu slice, 3 hari nak habiskan hahaha..

“Adoii.. kenapa lah kat kedah,” ujar netizen

Hijabista mendoakan agar Afizahbakery.sp kekal istiqamah menjalankan perniagaan seperti ini yang berjaya membantu netizen atau warga Sungai Petani secara tidak langsung.

Sumber: Tik Tok @afizahbakery.sp.

Artikel berkaitan: “Datang Lah Sini Setiap Kali Lapar”-Tak Berkira Bagi Makanan ‘Free’ Kepada Pakcik Tua, Ramai Doakan Peniaga Ini Murah Rezeki

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI