Uncategorized

Marry Me Buai Hati Penonton Dengan Rasa Cinta. Ubati Rindu Peminat Pada Jennifer Lopez!

Share

Setelah sekian lama, bintang pop antarabangsa, Jennifer Lopez akhirnya mengubati kerinduan peminatnya apabila kembali dengan filem terbaharu iaitu Marry Me.

Bertemakan romantik komedi, filem ini mengisahkan tentang bintang pop, Kat Valdez lakonan Jennifer Lopez yang bakal berkahwin di hadapan peminat setianya. Bagaimanapun, beberapa saat sebelum majlis itu, dia mendapat tahu bahawa tunangnya, Sebastian (Maluma) telah curang.

Sedih dengan perkara yang terjadi, Kat telah membuat suatu tindakan yang ‘gila’ apabila dia telah mengajak salah seorang penonton konsertnya, Charlie (Owen Wilson) yang langsung tidak dikenali yang juga merupakan seorang guru matematik untuk berkahwin dengannya serta-merta.

Memandangkan ramai yang mahukan pasangan pengantin baru ini berpisah, mereka harus memutuskan sama ada mahu terus kekal bersama mencari cinta sejati ataupun putus membawa haluan masing-masing.

Selepas menonton filem ini, penonton pastinya rasa terbuai dengan jalan ceritanya yang ringkas namun penuh dengan emosi. Lawak yang ditampilkan juga sangat spontan dan tidak ‘try hard’.

Selain itu, lagu-lagu yang menjadi runut bunyi filem ini juga sangat sedap untuk diperdengarkan apatah lagi ia dinyanyikan sendiri oleh J.Lo! Bukan itu sahaja, anda juga dapat menyaksikan sisi lakonan lain yang ditampilkan oleh Owen Wilson apabila karakternya kali ini lebih serius berbanding filem-filemnya terdahulu.

 

Mula ditayangkan hari ini di pawagam seluruh negara, anda pastinya dapat merasai bibit cinta dan elemen kekeluargaan yang ditonjolkan dalam filem ini!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Published by
Team Hijabista