Maroon & Coklat Antara 7 Warna Tudung Yang Wajib Dimilki Hijabi. Senang Nak Mix & Match!

Share

Setiap hijabi tentu mengimpikan satu almari tudung yang dipenuhi dengan warna serta corak yang berbeza. Tentu tiada lagi masalah untuk memilih tudung yang sesuai mengikut tona serta rekaan baju.

Namun dalam pelbagai warna yang ada, Hijabista paparkan 7 warna tudung yang wajib ada di dalam almari anda. Rona-rona ini boleh menjadi penyelamat saat anda bingung memikirkan warna tudung yang sesuai.

Putih

Merupakan satu warna neutral yang sesuai dipadankan dengan pelbagai rekaan serta warna baju.

Hitam

Tidak dapat dinafikan hitam merupakan warna yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi. Senang untuk mix and match.

Beige

Mungkin warna beige kelihatan seakan warna kulit tetapi anda akan tetap tampak elegan.

Kelabu

Warna ini memberi kontra yang baik pada kulit wajah anda.

Coklat

Coklat sememangnya warna yang cantik dan sesuai untuk semua jenis tona kulit.

Maroon

Tidak terlalu terang, namun anda tetap nampak manis.

Kopi Susu

Paduan warna yang sesuai untuk kulit dan mudah disuai padan dengan warna pakaian yang lain.

Sumber: vemale.com

Published by
Naqiyatul Uzma