Marah, Stres & Kecewa Datang Bulan? Segera Istighfar Nasihat Ustazah Thaniah Sebab Kita Sudah Kufur Nikmat

Share

Sudah pastinya 10 malam terakhir Ramadan adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh hamba-hamba Allah yang beriman, yang bertekad untuk meningkatkan ibadah demi pecutan mengejar pahala.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, sama-sama berlumba-lumba menggandakan amal ibadah. Namun bagi wanita, fitrah akan didatangi haid. Keadaan ini tentunya menerbitkan rasa sedih dan kecewa.

Ikuti penjelasan daripada Ustazah Thaniah.

WANITA & HAID DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum semoga kita semua sentiasa di kasihi Allah Taala selalu.

Kebelakangan ini ustazah terima banyak sangat soalan berkenaan amalan yang dapat atau boleh dilakukan ketika haid di bulan Ramadan. Lenguh juga tangan nak jawab satu-satu.

Pagi ni saja rasanya sudah 5 soalan berkenaan perkara yang sama. Alhamdulillah ramai antara kita nak sangat berebut memburu LAILATUL QADAR di 10 malam-malam terakhir ini.

Qodarullah datang haid pulak. Kita mula rasa stress, sedih, hiba, sebab tak dapat nak teruskan semua ibadat-ibadat dan amalan-amalan yang kita biasa buat sebelum ini.

Adakah dengan rasa stress, tertekan, sedih, geram, marah boleh mengganggu syukur kita? Bukankah kita sepatutnya bersyukur walaupun HAID tapi kita kan masih hidup dan sedang berada didalam bulan mulia bulan RAMADAN. Cuba bandingkan orang telah pergi bertemu ilahi dengan diri kita sendiri. Mereka kalau diberi peluang memang nak sangat merayu pada Allah Taala untuk dikembalikan di atas muka bumi SEDETIK saja hanya untuk berSEDEKAH.

Dan kelebihan berada dalam bulan Ramadan adalah NIKMAT yang sangat besar yang diperolehi oleh kita sendiri yang masih hidup, sihat, dan banyak peluang boleh beribadah.

So, PERTAMA sekali yang kita perlu buat ialah ISTIGHFAR. Kenapa ya nak kena istighfar? Sebab kita dah KUFUR NIKMAT. Kita tidak bersyukur atas pemberian FITRAH wanita kepada kita. HAID tandanya kita SIHAT. Tapi kita masih marah-marah, bentak-bentak, stress dan kecewa. Masih lagi keluar dari lisan kita “HAISHHH, ishhhh haid pulak”…ish ish ish. Allahu akbar, malunya kita kepada Allah. Disebabkan kejahilan kita, kita tak tahu haid tu keluar atas sebab apa? Dan apa yang kita boleh buat ketika kita haid? Apakah pahala amalan kita terhenti ketika kita haid?

Ada hikmahnya Allah hadiahkan HAID pada wanita sebab nak beri pahala. Wanita ni memang jenis rajin beribadah hatta tengah haid pun masih fikirkan amalan apa nak kena buat kan. Kalau lah takdir HAID tu pada lelaki, pasti mereka REDHO awal lagi sebab tak buat apa-apa pun dapat pahala.

Satu lagi wanita memang kuat merungut. Segalanya merungut. Dah diberi SIHAT pun masih nak merungut. Jadi pahala menahan dari merungut tu sangatlah besar.

Wanita kena faham ibadah ni bukan setakat melakukan sahaja tetapi ada ibadah yang MENAHAN. Seperti PUASA. Puasa adalah ibadah menahan diri dari melakukan perkara2-perkara yang membatalkan puasa. Puasa bukan ibadah melakukan, sebab itu kita tak akan tahu siapa yang berpuasa kerana mereka tidak melakukan apa-apa ibadah puasa cuma tak makan tak minum, tak jimak dan lain-lain. Begitu juga ketika kita haid..kita juga sedang beribadah iaitu MENAHAN dari solat dan baca al quran. Walaupun pada hakikatnya nak sangat kita melakukannya.

SUBHANALLAH..sungguh kita malu kepada Allah Taala. Dia telah memilih kita berada dalam bulan Ramadan ini dan bersedia untuk memberikan ganjaran yang hebat berlipat kali ganda, sedangkan kita pulak banyak merungut.

Buat para wanita yang sedang HAID, ini BERITA GEMBIRA buatmu, Allah sentiasa Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Kaya akan tetap memberikan pahala kepada mu walaupun engkau tidak melakukannya. Ini kerana engkau sudah ISTIQOMAH sebelum ini. Pahala SOLATmu, pahala BACAAN AL QURANmu, pahala PUASAmu, pahala SAHURmu tetap berjalan andai kata engkau REDA dan tidak merungut. Pahala tanpa melakukan, subhanallah hebat tak wanita? Malah diampunkan dosa pulak atas kesakitan, kesulitan, kepayahan dan ketidak selesaan engkau ketika haid. Bukan saja ampunan dosa malah diberikan ganjaran pahala pula kepadamu.

Nabi SAW pernah bersabda wanita ni kurang di sudut aqal dan agama tetapi mereka penghuni Syurga yang awal sekali masuk. Kerana menunggu suami-suami mereka. Iaitu wanita yang solehah.

 

Justeru itu, ustazah nak pujuk hati wanita-wanita agar meneruskan Ramadan dalam keadaan gembira, reda, SYUKUR.

Baiklah, apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid dalam bulan Ramadan?

SEMUA amalan melainkan SOLAT & BACA QURAN. So banyak sangat.

1. Zikir ( tahmid, tahlil, tasbih), sebanyak2 nya. Cuba catat berapa ribu, puluh ribu.

2. Istighfar taubat sebanyak-banyaknya.

3. Sedekah (tabung di rumah letak duit seperti biasa untuk sedekah subuh & sedekah lailatul qadar)

4. Baca tafsir al Quran.

5. Berdoa apa saja doa-doa.

6. Bangun waktu sahur dan siapkan makanan orang yang berpuasa.

7. Amalan baik sangka.

8. Amalan solat, puasa, baca Al Quran dah dapat masuk akaun percuma walaupun tak melakukannya.

9. Nasihat yang baik-baik.

10. Bangun sahur dan siapkan makanan.

11. Bantu orang berbuka puasa dengan sediakan makanan atau berkenduri makanan. Rebutlah sebanyak-banyaknya pahala berkenduri (kecuali dalam tempoh PKP)

Maka ketika selepas Isyak bermula Qiamulail. Wanita-wanita haid boleh mula zikir, istighfar, doa dan lain-lain. Tapi janganlah tidur pula tak bangun-bangun. Tak nak bangun sahur, tak nak bantu orang masak ketika berbuka.

Semoga tiada lagi perasaan-perasaan yang tidak enak kepada Allah yang Maha Pengatur. Istighfar dan taubat lah kepada Allah serta bersyukur kerana orang yang bersyukur akan ditambah nikmatnya.

Senyumlah kerana beruntung menjadi wanita. Nabi SAW bersabda wanita sangat untung, amalan sikit tapi pahala banyak.

Wallahualam.

Sumber kredit: Ustazah Thaniah

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza