Sudah pastinya 10 malam terakhir Ramadan adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh hamba-hamba Allah yang beriman, yang bertekad untuk meningkatkan ibadah demi pecutan mengejar pahala.
Tidak kira lelaki mahupun wanita, sama-sama berlumba-lumba menggandakan amal ibadah. Namun bagi wanita, fitrah akan didatangi haid. Keadaan ini tentunya menerbitkan rasa sedih dan kecewa.
Ikuti penjelasan daripada Ustazah Thaniah.
WANITA & HAID DI BULAN RAMADAN
Assalamualaikum semoga kita semua sentiasa di kasihi Allah Taala selalu.
Kebelakangan ini ustazah terima banyak sangat soalan berkenaan amalan yang dapat atau boleh dilakukan ketika haid di bulan Ramadan. Lenguh juga tangan nak jawab satu-satu.
Pagi ni saja rasanya sudah 5 soalan berkenaan perkara yang sama. Alhamdulillah ramai antara kita nak sangat berebut memburu LAILATUL QADAR di 10 malam-malam terakhir ini.
Qodarullah datang haid pulak. Kita mula rasa stress, sedih, hiba, sebab tak dapat nak teruskan semua ibadat-ibadat dan amalan-amalan yang kita biasa buat sebelum ini.
Adakah dengan rasa stress, tertekan, sedih, geram, marah boleh mengganggu syukur kita? Bukankah kita sepatutnya bersyukur walaupun HAID tapi kita kan masih hidup dan sedang berada didalam bulan mulia bulan RAMADAN. Cuba bandingkan orang telah pergi bertemu ilahi dengan diri kita sendiri. Mereka kalau diberi peluang memang nak sangat merayu pada Allah Taala untuk dikembalikan di atas muka bumi SEDETIK saja hanya untuk berSEDEKAH.
Dan kelebihan berada dalam bulan Ramadan adalah NIKMAT yang sangat besar yang diperolehi oleh kita sendiri yang masih hidup, sihat, dan banyak peluang boleh beribadah.
So, PERTAMA sekali yang kita perlu buat ialah ISTIGHFAR. Kenapa ya nak kena istighfar? Sebab kita dah KUFUR NIKMAT. Kita tidak bersyukur atas pemberian FITRAH wanita kepada kita. HAID tandanya kita SIHAT. Tapi kita masih marah-marah, bentak-bentak, stress dan kecewa. Masih lagi keluar dari lisan kita “HAISHHH, ishhhh haid pulak”…ish ish ish. Allahu akbar, malunya kita kepada Allah. Disebabkan kejahilan kita, kita tak tahu haid tu keluar atas sebab apa? Dan apa yang kita boleh buat ketika kita haid? Apakah pahala amalan kita terhenti ketika kita haid?
Ada hikmahnya Allah hadiahkan HAID pada wanita sebab nak beri pahala. Wanita ni memang jenis rajin beribadah hatta tengah haid pun masih fikirkan amalan apa nak kena buat kan. Kalau lah takdir HAID tu pada lelaki, pasti mereka REDHO awal lagi sebab tak buat apa-apa pun dapat pahala.
Ads
Satu lagi wanita memang kuat merungut. Segalanya merungut. Dah diberi SIHAT pun masih nak merungut. Jadi pahala menahan dari merungut tu sangatlah besar.
Wanita kena faham ibadah ni bukan setakat melakukan sahaja tetapi ada ibadah yang MENAHAN. Seperti PUASA. Puasa adalah ibadah menahan diri dari melakukan perkara2-perkara yang membatalkan puasa. Puasa bukan ibadah melakukan, sebab itu kita tak akan tahu siapa yang berpuasa kerana mereka tidak melakukan apa-apa ibadah puasa cuma tak makan tak minum, tak jimak dan lain-lain. Begitu juga ketika kita haid..kita juga sedang beribadah iaitu MENAHAN dari solat dan baca al quran. Walaupun pada hakikatnya nak sangat kita melakukannya.
SUBHANALLAH..sungguh kita malu kepada Allah Taala. Dia telah memilih kita berada dalam bulan Ramadan ini dan bersedia untuk memberikan ganjaran yang hebat berlipat kali ganda, sedangkan kita pulak banyak merungut.
Buat para wanita yang sedang HAID, ini BERITA GEMBIRA buatmu, Allah sentiasa Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Kaya akan tetap memberikan pahala kepada mu walaupun engkau tidak melakukannya. Ini kerana engkau sudah ISTIQOMAH sebelum ini. Pahala SOLATmu, pahala BACAAN AL QURANmu, pahala PUASAmu, pahala SAHURmu tetap berjalan andai kata engkau REDA dan tidak merungut. Pahala tanpa melakukan, subhanallah hebat tak wanita? Malah diampunkan dosa pulak atas kesakitan, kesulitan, kepayahan dan ketidak selesaan engkau ketika haid. Bukan saja ampunan dosa malah diberikan ganjaran pahala pula kepadamu.
Nabi SAW pernah bersabda wanita ni kurang di sudut aqal dan agama tetapi mereka penghuni Syurga yang awal sekali masuk. Kerana menunggu suami-suami mereka. Iaitu wanita yang solehah.
Justeru itu, ustazah nak pujuk hati wanita-wanita agar meneruskan Ramadan dalam keadaan gembira, reda, SYUKUR.
Baiklah, apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid dalam bulan Ramadan?
Ads
SEMUA amalan melainkan SOLAT & BACA QURAN. So banyak sangat.
1. Zikir ( tahmid, tahlil, tasbih), sebanyak2 nya. Cuba catat berapa ribu, puluh ribu.
2. Istighfar taubat sebanyak-banyaknya.
3. Sedekah (tabung di rumah letak duit seperti biasa untuk sedekah subuh & sedekah lailatul qadar)
4. Baca tafsir al Quran.
5. Berdoa apa saja doa-doa.
6. Bangun waktu sahur dan siapkan makanan orang yang berpuasa.
7. Amalan baik sangka.
Ads
8. Amalan solat, puasa, baca Al Quran dah dapat masuk akaun percuma walaupun tak melakukannya.
9. Nasihat yang baik-baik.
10. Bangun sahur dan siapkan makanan.
11. Bantu orang berbuka puasa dengan sediakan makanan atau berkenduri makanan. Rebutlah sebanyak-banyaknya pahala berkenduri (kecuali dalam tempoh PKP)
Maka ketika selepas Isyak bermula Qiamulail. Wanita-wanita haid boleh mula zikir, istighfar, doa dan lain-lain. Tapi janganlah tidur pula tak bangun-bangun. Tak nak bangun sahur, tak nak bantu orang masak ketika berbuka.
Semoga tiada lagi perasaan-perasaan yang tidak enak kepada Allah yang Maha Pengatur. Istighfar dan taubat lah kepada Allah serta bersyukur kerana orang yang bersyukur akan ditambah nikmatnya.
Senyumlah kerana beruntung menjadi wanita. Nabi SAW bersabda wanita sangat untung, amalan sikit tapi pahala banyak.
Nama instafamous atau influencer ini menjadi viral kerana aksi dalam video dimuat turut mempromosikan produk makanan. Walaupun sering dikecam kerana aksi cara wanita ini menikmati makanan tetapi Atireah Zulfatie yang menggunakan nama @Beby_toratora tidak kisah asalkan dapat mencari rezeki untuk keluarga.
Dia juga sebenarnya turut pernah dihina kerana saiz badannya. Mempunyai lebih setengah juta pengikut di laman Instagram, wanita ini berasal dari latar belakang keluarga yang hidup dalam kesusahan. Namun Beby Tora Tora berjaya mengubah taraf kehidupannya.
Meskipun selebriti media sosial yang terkenal dengan video ulasan makanan ini dihina dengan bentuk fizikalnya namun dia tetap tabah. Malah wanita ini punya wawasan yang tinggi dan semakin hampir menggapai apa yang direncanakan.
Baru-baru ini Beby Tora Tora berkongsi usahanya untuk menurunkan berat badan. Berikut perkongsian yang dipetik dari laman Instagramnya.
Semoga istiqamah dengan perubahan baru ini. Rutin harian saya …tengahari siapkan video review ..waktu petang saya akan lepak dekat gym 2 ke 3 jam .. seronoknya bila ada orang dekat situ tolong pantau aktiviti saya
Saya review makanan pun tak banyak sangat dah ..saya dah hadkan sehari 1 makanan review sahaja ..air manis tinggal ..makan malam pun tinggal …
Tapi saya bukan buat untuk orang yang hina saya tau ..saya buat untuk diri saya dan kesihatan saya dan suami saya (walaupun dia tak mahu saya kurus).. Doakan saya tau ..saya perlukan kata-kata semangat, bukan kecaman.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah dalam pada Beby Tora Tora bersenam di gimnsium, dia masih menitikberatkan soal penjagaan aurat. Tiada satu pun aksinya yang mendedahkan aurat.
Sebagai seorang pendakwah, boleh menyalurkan ilmu pengetahuan di mana-mana sahaja dan dalam apa jua cara. Seperti yang kongsikan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang memberitahu kebaikan jika seseorang itu mengamalkan surah As Syura. Menurutnya ayat 19 dari surah berkenaan boleh melembutkan hati seseorang.
Malah dengan amalan berzikir juga boleh memohon untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Begitu juga dengan jika dilakukan pada kanak-kanak dengan meletakkan tapak tangan di dada atau ubun-ubun kepala. Ini adalah untuk memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.
Menurutnya, amalan membaca surah As Syura ini juga amat sesuai diamalkan di zaman sekarang yang mana cukup terdedah dengan pelbagai kata-kata keji dan nista serta fitnah dilemparkan.
Tambahnya lagi, jika mengalamai situasi berkenaan, beliau akan membaca surah ini sebagai zikir memohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.
Ustaz Kazim meninggalkan pesanan ini dalam laman sosial twitter dan facebooknya. Di facebooknya sahaja perkongsian ini menerima respon positif di kalangan netizen.
Uni UmiAsalamualaikum ustaz. Terima kaseh berkongsi ilmu. Semoga memberi manafaat pada yang mengamalkannya. Akak dah lama amalkan sejak ustaz bagi diceramah2 ustaz. Alhamdulilah akak mohon halalkan ilmu yang ustaz berikan disetiap ceramah. Walaupun akak belajar melalui you Tube tapi banyak yang akak dapat. Semoga Allah sentiasa melindungi ustaz dan memberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran. Jaga kesehatan ustaz dan jangan lupa makan ubat.
Harlina BaharudinSlm.ustaz sy mula amal ayat ni selepas tgk ustaz dlm satu rancangan TV..sy cri ayt ni dlm terjemahan Al Quran..sy hafal dan fhm maknenya..sya ajr kt ank2 srh mrk hafal..alhamdullillah x lm lps tu Allah bg rezeki yg x disangka2 n ada perubahan pd ank2..alhamdullillah..
Zeeda Leeda Terimakasih Ustaz, mohon perkongsian ini di dunia sehingga akhirat dan moga ķita semua mendapat safa’at dariNya …..
Jadi kepada hijabi yang berdepan situasi ini, boleh amalkan surah As Syura dan berdoa semoga diberi kelembutan hati bagi yang sering melemparkan sifat negatif pada diri kita. Juga untuk dimurahkan rezeki oleh Allah. Insya-Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang meriah keadaan di bazaar ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan. Pantang nampak yang sedap akan terus beli walaupun rasanya hanya biasa-biasa sahaja. Memang kita digalakkan untuk berbuka sesama ahli keluarga dan lagi bagus kalau boleh masak kerana lebih terjamin kebersihannya.
Bayakkan doa untuk setiap kali bulan puasa
Tetapi sebenarnya berbuka di masjid itu sebenarnya lebih afdal. Seperti satu perkongsian di laman sosial yang menceritakan bagaimana seorang usahawan berjaya ini yang mengamalkan berbuka di masjid seisi keluarga.
Bukannya isterinya malas memasak, tetapi jawapan yang diberi ada benarnya. Tidak salah berbuka di rumah, tetapi kena tahu tertibnya. Makan secara sederhana, solat dulu dan kemudian barulah sambung makan semula.
Soalan ni saya terima semalam di post berkenaan saya berbuka di masjid dan tak masak untuk keluarga, datangnya dari seorang puan budiman dari Terengganu yang baik hati bertanya secara terbuka, dan saya dapati ada yang dalam diam juga tertanya2… alhamdulillah ramai nak tahu.
Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok2 dah azan..RUGI..! ” Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL..” Perkongsian dari seorang jutawan
” RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa “
Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan….
” Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib… “
“Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… ALLAHu akbar….” kata beliau lagi….” Perkongsian dari seorang jutawan.
‘CHANGE’ PERSEPSI WAKTU BERBUKA
DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk anda beralasan untuk tidak ke masjid.
DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang anda minta saat menjelang waktu berbuka.
Semoga menjawab persoalan tentang kenapa anda boleh memilih untuk tidak masak waktu berbuka sebaliknya menumpag KASEH di rumah ALLAH….
Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila anda buat….
Anda berdoa agar setiap amal soleh agar diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna, namun ALLAH terima kerana RAHMATNYA amat luas dan besar dan semoga kita berjaya mendapat itqun minann naar di Ramadhan kali ini, lepas dan bebas dari azab api neraka dan keluar dari Ramadhan bak bayi baru lahir, fitrah, bersih dari dosa….
Pakej Berbuka Puasa Datang Depan Pintu
Bulan ramadan bukan bulan kita lari dari kesibukan tugasan harian. Tanggungjawab dilakukan seperti biasa namun persediaan berbuka puasa bagi mereka ini amatlah sukar dilakukan seperti rutin harian. Bagi mereka yang belum berkeluarga, terkini banyak perkhimatan penghantaran makanan di serata tempat yang tidak memerlukan anda bergegas pulang menempuh jem.
Pakej makanan bertaraf hotel lima bintang dari Dahmakan menyediakan penghantaran seawal 4.30 petang dan bagi mereka yang berminat untuk menempah pesanan untuk moreh boleh menempah seawal 9.30 malam. Menu berbuka puasa seperti ayam masak merah, sambal sotong dan pelbagai lagi. Makanan penuh khasiat dari dah makan bermula dengan harga RM18 hingga RM28 tanpa caj penghantaran.
Ternyata kemudahan anda berbuka puasa di bulan ramadan mempermudahkan kita fokus diri dengan membuat pelbagai ibadah. Insyallah.
DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SEBELUM WAKTU BERBUKA PUASA
Asy-hadu an la ILAHA illALLAH
Astaghfirullah
As-alukal jannata wa a’uzubika minan naar
ALLAHumma innaka ‘afuwwun kareem
TUhibbul ‘afwa
fa’fu’anni
aamiiin
Antara saat mustajab doa bagi orang yang berpuasa ialah ketika ia *berbuka puasa*. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja. *boleh diubah mengikut hajat masing2 *setiap hari *1 doa* ketika *berbuka puasa*
1. Sihat tubuh badan.
2. Tambah iman.
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tangan kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajjal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
*Semoga memberi manfaat buat semua*
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...