Tahun ini merupakan Syawal kedua bagi pasangan selebriti paling popular, Fattah Amin dan Fazura beraya sebagai suami isteri. Dan seperti tahun lalu, mereka berdua mengambil keputusan merayakannya bersama keluarga besar Fattah di kampung halaman di Bagan Datuk, Perak.


Dan untuk tahun ini juga sekali lagi selebriti yang menggunakan tanda pagar Fattzura ini turut merayakannya bersama keluarga di desa tercinta. Nampak Fazura tidak kekok beraya di kampung, malah penampilannya juga sangat santun dan begitu menjaga perilakunya.

Ini dapat dilihat dalam foto raya yang dimuat turun pelakon cantik ini di laman sosial, Instagramnya.

Manisnya Menyarung Kurung Pahang & Berhijab, Penampilan Foto Raya Fazura Memang Ditunggu Netizen

Penampilan Fazura yang berbaju kurung Pahang dengan selendang bawal terletak cantik di kepala menyerlahkan lagi pesona dirinya.

Dalam kapsyennya, Fazura turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua followernya dengan pesanan ini datangnya dari ‘Orang Kampung’.

Manisnya Menyarung Kurung Pahang & Berhijab, Penampilan Foto Raya Fazura Memang Ditunggu Netizen

Malah rupa-rupanya, followernya di Instagram turut tertunggu-tunggu foto raya yang dimuat turun ke laman sosial oleh pasangan ini.

Ads

Masing-masing memuji betapa ayu dan manisnya Fazura berhijab. Tidak kurang mendoakan agar pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia ini terus kekal istiqamah berhijab.

Manisnya Menyarung Kurung Pahang & Berhijab, Penampilan Foto Raya Fazura Memang Ditunggu Netizen

chippychip So simple and still looking so pretty! Now that’s true beauty

sweetheart_aumm Cantiknya fazz kalo terus berhijab..

Ads

eddymohamad So humble and very kind hearted woman. Im so touched!

azuraziz3534 Mmg tggu pic Raya fazura

silentlovewarriors Gambar yg paling ditunggu2… comel sgt !!!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Dalam foto berkenaan juga menampakkan sisi mesra Fattah yang dilihat begitu menyayangi isteri tersayang dengan sentiasa memegang tangan Fazura dengan eratnya.

Ads

Netizen jua tidak putus-putus mengusik pasangan ini dan sentasa mendoakan agar rumah tangga keduanya kekal hingga ke akhir hayat.

nadiadianatiz Tgn tue kalo genggam mmg xlepas la kan bamtah…hehe

fafa23771 selamat hari raya buat cantik manis fazura, suami dan keluarga.. moga sentiasa dalam redha dan perlindungan Allah Taala…Aamiin

hishamammeissa Super manis laaaaaa. I am so touched looking at the pure happiness my Kak Faz feeling now. So manis so cantik couple fattzura

miamorfattzura Selamat Hari Raya my beautiful couple @missfazura@fattahaminz..semiga lebaran kali ini memberi seribu kemanisan buat kalian berdua dan kekal bahagia hingga ke syurga.. Aamiin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

KREDIT FOTO: FAZURA & FATTAH AMIN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI