Manisnya! Duchess Of Sussex, Meghan Markle Tampil Sopan Berselendang Waktu Lawat Masjid

Share

Pada Selasa lalu, Duchess of Sussex iaitu Meghan Markle dan suaminya Putera Harry telah berkunjung ke Masjid Auwal di Capetown, Afrika Selatan.

Mengambil kesempatan itu bagi melihat manuskrip pertama Al-Quran, penampilan Meghan juga menjadi tumpuan apabila dia  telah tampil sopan dengan mengenakan dress STAUD khaki, sepatu flat Sam Edelaman dan juga selendang di kepala.

Ramai yang menganggap keluarga kerabat diraja ini mempunyai etika pemakaian tertentu sewaktu berkunjung ke luar negara namun menurut HELLO!, tiada peraturan rasmi pakaian daripada mereka walaupun masyarakat merasakan ia wujud.

Gambar yang ini WOW sangat!

 

IKLAN