Pada Selasa lalu, Duchess of Sussex iaitu Meghan Markle dan suaminya Putera Harry telah berkunjung ke Masjid Auwal di Capetown, Afrika Selatan.
Mengambil kesempatan itu bagi melihat manuskrip pertama Al-Quran, penampilan Meghan juga menjadi tumpuan apabila dia telah tampil sopan dengan mengenakan dress STAUD khaki, sepatu flat Sam Edelaman dan juga selendang di kepala.
Ramai yang menganggap keluarga kerabat diraja ini mempunyai etika pemakaian tertentu sewaktu berkunjung ke luar negara namun menurut HELLO!, tiada peraturan rasmi pakaian daripada mereka walaupun masyarakat merasakan ia wujud.
Gambar yang ini WOW sangat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Izreen Azminda Pilih Dress Moden Warna Putih Rai Majlis Persandingan Lepas Setahun Kahwin. So Sweet!
Sudah hampir setahun pelakon Izreen Azminda bergelar isteri kepada pemuzik Ude Wahid. Walaupun kisah perkahwinannya cukup kontroversi dan jadi bualan sepanjang tahun, tetapi selebriti ini tetap tabah mengharungi dugaan. Dan sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama, Izreen dan suaminya telah mengadakan majlis resepsi di sebuah villa mewah di Melaka. Memilih persalinan dress moden serba putih di majlis persandingan, memang cukup terserlah kejelitaan di wajah pelakon berbakat ini.
Dengan solekan kemas serta hiasan pelamin berlatar belakang warna kuning diraja bagai sebuah singgah sana indah menjadikan pasangan ini kelihatan sama cantik sama padan.
Izreen yang berkahwin dengan Ude sekitar Ogos tahun lalu kelihatan cukup bahagia di samping suaminya yang juga segak mengenakan baju Melayu warna putih lengkap samping dan songkok.
Hijabista doakan semoga pasangan yang sangat viral di media sosial ini kekal bahagia till jannah.
Lagi Foto Eksklusif Sekitar Majlis Ini:
#1.
#2.
#3.
#4.
#5.
#6.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IZREEN AZMINDA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Awak Antara Calon Hero Saya”- Dilamar Menjadi Hero, Hun Haqeem Bakal Bergandingan Bersama DSV?
Single terbaru nyanyian Dato Seri Vida (DSV) yang dilancarkan pada 21 Mac yang lalu sudahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.2 juta di laman Youtube. Namun, rupa-rupanya ada cerita disebalik pembikinan muzik video tersebut mengenai watak hero yang menghiasi muzik video itu.
DSV yang sedang viral dengan gaya fesyennya di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) memuat naik sebuah video di laman Instagramnya bersama-sama dengan pelakon lelaki yang kian menempa nama dalam industri seni tempatan, Hun Haqeem.
Menurutnya, Hun Haqeem merupakan antara salah seorang calon yang disenaraikan untuk memegang watak hero dalam muzik video Ku Ikhlaskan.
Sebenarnya, awak antara calon, model, hero dan talent dalam Ku Ikhlaskan.
Namun, DSV juga turut mengatakan bahawa dia akan memanggil Hun untuk bekerjasama dalam projek lain di masa akan datang. Hun juga turut kelihatan terkejut dan teruja dengan kenyataan yang dikeluarkan dari DSV ketika itu.
Sebelum berpisah, DSV sempat menyanyikan sedikit lagu Ku Ikhlaskan khas untuk calon hero muzik video Ku Ikhlaskan itu.
DSV yang kelihatan menyerlah dengan busana rona merah jambu rekaan pereka Razman Razmi mendapat perhatian ramai di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021). Meraikan tema Glam Legend dengan memilih konsep ala Genie In A Bottle, ramai juga yang memberi komen mengenai busana yang digayakan itu.
Ada yang berpendapat bahawa busananya itu persis ‘jin bertoncek’. Ada pula yang samakan DSV dengan salah satu watak dalam Dragon Ball, Majin Buu. Walaubagaimanapun, penampilannya pada malam itu tetap menjadi fokus lensa kamera.
Sumber gambar: Instagram DSV
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Beg Tangan Banyak-Banyak, Tapi Tak Reti Nak Jaga? Lakukan 5 Langkah Penjagaan Beg Yang Bijak Ini!
Beg tangan dan wanita tidak boleh dipisahkan! Beg tangan umpama ‘rakan karib’ untuk setiap wanita. Maka tidak hairanlah di dalam almari pakaian wanita mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan warna beg tangan yang kadang-kala tidak mampu untuk dikira!
Namun, pastinya ramai yang mengalami masalah beg tangan mudah rosak biarpun kosnya melambung tinggi! Ha! Apa yang silapnya di situ? Team Hijabista akan kongsikan kepada anda langkah-langkah bijak yang boleh anda lakukan untuk menjaga beg tangan kesayangan anda!
-
Pastikan anda simpan dengan cermat
Kadang-kala, oleh disebabkan terlalu banyak koleksi beg tangan, pasti anda tidak menyimpannya dengan cermat! Mana tidaknya, disebabkan ruang yang sempit dan kecil menjadikan anda sukar untuk menyusun aturnya. Ha sis! Pandai beli kenalah pandai jaga…
Langkah bijak:
- Asingkan dahulu beg tangan yang selalu dipakai dan yang jarang dipakai kemudian tempatkan dalam satu tempat yang berbeza.
- Cari atau beli kotak tambahan untuk menyimpan beg tangan anda sekiranya ruang almari anda sempit dan juga kecil.
- Pastikan anda menyusun mengikut saiz (dari kecil hingga besar) supaya boleh menjimatkan ruang.
- Jika ingin nampak kemas dan anda terlebih rajin, susun ikut warna, barulah sedap mata memandang!
2. Wajib ada beg kecil atau small clutch!
Terutamanya bagi anda yang suka bersolek, pastinya anda memiliki banyak alatan solekan yang anda bawa kemana-mana sahaja. Maskara, lipstik, bedak asas, lip gloss, pembayang mata, penggaris mata, pemerah pipi dan juga losyen semuanya anda masukkan ke dalam beg tangan anda dan….akhirnya! Ada yang tertumpah, tertekan tanpa sengaja dan paling teruk, ada yang tercicir tanpa anda sedari. Haish.. sis macammana tu?
Langkah bijak:
- Pastikan anda memiliki beg kecil atau small clutch yang boleh memuatkan kesemua alatan solekan anda.
- Simpan di dalam beg tangan anda dengan cermat.
- Jika ingin mudah, pilih alatan solekan yang asas sahaja untuk dibawa kemana-mana seperti maskara, bedak asas dan lipstik.
- Jika anda masih mahu membawa kesemua alatan solekan anda, cuba beli saiz yang kecil.
3. Gunakan dust bag
Oleh disebabkan terlalu banyak koleksi beg tangan anda, pasti ada sahaja beg tangan yang anda jarang gunakan. Selalunya, jika beg tangan bermaterial PVC ataupun kulit, jika anda jarang gunakan, ia akan merekah dan menyebabkan beg tangan anda kelihatan tidak elok. Akhirnya, anda hanya buang sahaja beg tangan itu! Jangan membazir sis!
Langkah bijak:
- Setiap pembelian beg tangan berjenama pasti akan diberikan dengan dust bag, bukan? Pastikan anda membalut beg tangan anda dengan dust bag itu sebaik mungkin!
- Jika tiada, anda boleh sahaja membelinya di mana-mana kedai murah asalkan beg tangan anda dibalut dengan kemas dan melindungi strukturnya dari rosak!
Baca juga: Jangan Stres Bila Tudung Masih Renyuk Walaupun Dah Gosok! Cuba Lakukan 5 Tip Mudah Ini!
4. Jangan letak atas lantai!
Hal ini seringkali terjadi apabila anda makan di luar. Selalunya, untuk jalan mudah, anda hanya meletakkan beg tangan anda di atas lantai yang kotor dan mempunyai banyak bakteria. Ini boleh menyebabkan beg tangan mudah rosak! Jadi, ubah cara itu sis!
Langkah bijak:
Anda boleh letakkan beg tangan anda di atas riba, di belakang kerusi atau ambil satu lagi kerusi kosong untuk anda letakkan beg tangan anda.
5. Rutin penjagaan rapi
Selain daripada itu juga, anda boleh melakukan rutin penjagaan rapi seperti berikut:
- Elakkan memegang beg dengan tangan yang kotor atau yang sudah disapu losyen atau krim.
- Simpan beg tangan anda dari terkena cahaya matahari atau direct sunlight.
- Pakai beg secara berselang dengan beg lain supaya ia tidak mudah rosak.
- Gunakan berus suede untuk bersihkan beg.
- Gunakan leather moisturizer untuk beg kulit lebih tahan lama.
- Cuci beg menggunakan kain lembut setiap minggu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI