Allah SWT memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dengan pelbagai cara.
Sesungguhnya hidayah itu adalah petunjuk dan hikmah Allah yang dilimpahi dengan kebaikan. Hidup akan lebih tenang, bahagia dan sentiasa menginsafi diri.
Begitulah perubahan yang baru sahaja dilalui oleh penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz. Penampilan terkininya yang manis bertudung dan berpakaian longgar meraih tumpuan ramai.
Baru-baru ini Aisyah mencuri perhatian warganet dengan penampilan terbaharunya yang mengenakan jubah dan tudung rona senada dalam satu video yang dikongsikan oleh penyanyi Daniesh Suffian di TikTok.
View this post on Instagram
Dalam video itu, mereka menyanyikan lagu berjudul ‘Kamu Yang Ku Tunggu’ dipopularkan oleh Datuk Rossa dan Afgan.
Adik kepada penyanyi terkenal Aliff Aziz ini turut berkongsi hantaran di media sosial detik ‘turning point’ dia mula terbuka hati untuk menutup aurat.
Memetik perkongsiannya itu, Aisyah atau nama penuhnya Nur Aisyah Aziz mendedahkan, sejak setahun lalu dia mula mendalami agama Islam dengan memperbaiki solat.
Dalam proses memperbaiki diri itu, Aisyah juga pernah memanjatkan doa agar dikurniakan hidayah demi menjadi seorang hamba yang lebih baik akhlaknya.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Doa Aisyah dimakbulkan apabila dia mula menutup aurat dengan sempurna dan bertudung.
“Tahun lalu, saya berdoa kepada Allah agar dikurniakan hidayah, petunjuk dan kekuatan untuk melepaskan apa yang perlu,” kongsi Aisyah yang tak menyangka tindakannya itu telah memberi impak yang besar dalam ‘penghijrahannya’ kini.
Tambah Aisyah lagi, asbab daripada tindakannya itu juga dia telah berhadapan dengan ujian namun menganggap ia sebagai petunjuk dari Allah SWT.
“Pastinya Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk menjadi lebih kuat. Saya diuji pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.
Menerusi Instastory, Aisyah meluahkan dia memperbaiki solat daripada seorang rakan sekaligus ianya menjadi inspirasi dan mencetuskan ketenangan.
Perubahan itu juga menjadi satu lembaran baru sempena tahun 2024.
Aisyah juga mengakui, dia kini lebih memilih untuk hidup dalam kesederhanaan dan tidak mengejar duniawi.
Lebih bermakna apabila Aisyah berpeluang menunaikan umrah bersama keluarga tercinta pada hujung tahun lalu. Hubungan kekeluargaan mereka juga menjadi lebih rapat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut serta peminat memuji penampilannya yang sopan dan manis menutup aurat. Mereka turut menitipkan doa agar Aisyah kekal istiqamah.
“Kak Aisyah bertudung masyaallah menawan”
“Keep it up manes! Insyaallah Allah permudah urusan u terus istiqomah sister. Manis sangatt!”
“Semoga istiqamah. Tahniah dipilihNya untuk hidayah ini”
“Dah lah cantik, bila bertudung pulak lagi nampak muka berseri cantik”
Hijabista mendoakan agar Aisyah Aziz menjadi seorang muslimah yang terbaik, dihormati dan diinspirasi oleh hijabi-hijabi di luar sana.
Kredit Foto: Instagram Aisyah Aziz
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI