Nama penyampai berita dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana Rezuan sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memiliki wajah seiras selebriti dan usahawan popular, Neelofa, memberikan kelebihan buat figura jelita berusia 28 tahun ini untuk lebih dikenali.
Jika dulu Hawa dilihat lebih selesa dengan penampilan yang ringkas.
Kini, setelah terkenal sebagai pengacara sebuah program hiburan popular, Hawa lebih selected dalam berfesyen. Biarpun bergelar hijabi, Hawa tetap tampil fashionable!
Gadis kelahiran Illinois, Amerika Syarikat (AS) ini serasi dengan gaya tudung yang ringkas dipadankan dengan pakaian dengan perincian pelbagai motif dan warna.
Ads
Hijabista himpunkan 10 gaya anggun Hawa Rizwana yang sis boleh jadikan inspirasi dala berfesyen.
Ads
Ads
Kredit Foto: Instagram Hawa Rizwana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Denim memberikan rasa selesa, ranggi dan ‘cool’ buat si pemakainya. Tidak kiralah rekaannya sebagai kemeja, celana mahupun jaket, fabrik denim mampu untuk menyerlahkan gaya hijabi.
Jenama-jenama mampu milik seperti H&M, Cotton-On, MONKI, ZARA dan Uniqlo sentiasa menghasilkan rekaan denim mengikut trend semasa. Daripada rekaan jenis ‘wide legs pants’ sehinggalah kepada ‘jumpsuit’, semuanya memberikan variasi tersendiri.
Hijabista kongsikan 5 trik fesyen yang boleh hijabi cuba saat menyarungkan helaian denim.
Ranggi Bersama Kemeja Putih
Jika sis inginkan gaya fesyen yang santai, ringkas dan mudah trik ini pilihan terbaik. Pilih denim potongan ‘slim fit’ atau ‘skinny’ untuk memberi impak sofistikated.
Bagi sis yang plus size, potongan ini mampu memberikan gaya yang lebih ‘slim’ dan tinggi. Padankan bersama kemeja putih dan masukkan ke dalam celana agar lebih kemas. Less is more!
Aura ‘Lady Boss’!
Padanan yang sesuai bersama denim ialah ‘blazer’ jenis ‘oversized’ bagi mengelakkan imej yang bosan. Tampak lebih profesional dan berkerjaya.
Untuk hasil yang lebih menarik, sis boleh cuba dengan jenis fabrik denim yang kelihatan lusuh untuk sedikit impak ranggi!
Gaya ‘Sporty’
Raikan semangat wanita ‘sporty’ dengan padanan jaket denim bersama dengan celana denim! Triknya, pilih potongan jaket denim yang ‘oversized’ untuk menaikkan aura ‘sporty’ dalam gaya sis.
Pilih juga rekaan celanan ‘jeans’ yang lusuh untuk gaya yang lebih ranggi persis bintang rock masa kini!
Denim Muslimah!
Hijabi boleh menyarungkan ‘outerwear’ seperti kardigan labuh. Agar tidak nampak terlalu berlebihan, pastikan ‘jeans’ yang dipakai ialah potongan ‘slim cut’ atau ‘skinny’.
Elak memadankan ‘outerwear’ ini dengan celana jenis ‘wide leg pants’ kerana ia akan menampakkan sis besar dan stail berserabut!
Gadis Metropolitan!
Mahu bersiap dalam masa 5 minit, tetapi masih mahu nampak ‘cool’ dan bergaya?
Sarungkan saja ‘jumper’ bersama dengan celana denim jenis ‘wide leg pants’ untuk memberikan gaya kasual yang ringkas, moden dan ‘trendy’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Inara Rusli, bekas isteri Virgoun baru-baru ini telah memuat naik satu video transformasinya bertemakan Barbie (OOTD).
Jom sis lihat padanan tudung dan pakaian ala ‘Barbie Muslimah’ dalam gaya Inara Rusli.
BLAZER & SKIRT
Inara tampil dengan tudung jenis square berwarna merah jambu pastel menutupi bahagian dada sambil bergambar ala Barbie.
Turut dipadankan bersama blazer putih, blaus fuchsia dan skirt labuh polka dot. Kasut tumit tinggi dan beg yang sepadan dengan warna blaus melengkapkan gaya Inara.
TUDUNG & SKIRT POLOS
Inara Rusli yang sinonim dengan gaya feminin dan pastel kali ini mengenakan pakaian serba ungu. Wanita kelahiran 19 Februari 1993 ini memakai tudung warna polos lengkap dengan aksesori kepala.
Inara turut menjadikan sweater ungu sebagai aksesori di bahu. Beg pinggang dan skirt ungu bertingkat melengkapkan penampilan Barbie Inara.
SWEATER & SKIRT
Ibu kepada tiga cahaya mata ini mengenakan tudung jenis square digabungkan bersama sweater merah dan skirt berwarna ungu.
Melengkapkan gaya ala Barbie, Inara menyarungkan but putih paras buku lali. Beg tangan melengkapkan gaya Barbie Inara.
HIJAB PASTEL PINK
Idea mix-and-match ala Barbie, Inara memakai renda polka dot putih labuh bersama gaun dan kasut berwarna fuchsia.
Walaupun mengikut trend, Inara tetap mengekalkan gaya tudungnya dengan warna merah jambu pastel.
Ternyata, penampilan Inara Rusli ala Barbie ini menarik perhatian dan menjadi bualan ramai. Rata-rata memuji gaya suai padan Inara yang persis Barbie.
Kredit Foto: Instagram Inara Rusli
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
11 selebriti berhijab ini sememangnya tak dapat dinafikan lagi kecantikan mereka.
Masing-masing memiliki daya tarikan tersendiri bukan saja dari segi paras rupa bahkan personaliti dan aura.
Memiliki jumlah pengikut yang ramai di media sosial, menjadikan mereka idola dan inspirasi khususnya di kalangan hijabi.
Selalunya mereka ini akan terinspirasi dengan cara berfesyen serta gaya hidup public figure kesayangan. Jom sis kita lihat siapakah 11 selebriti berhijab pilihan Hijabista!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.