Manfaat pelbagai khasiat kulit buah untuk kecantikan mungkin ramai yang tidak tahu. Ketika memakan buah, biasanya kulit akan terus dibuang begitu sahaja. Anda hanya memakan isi buahnya.
Namun tahukah anda bahawa beberapa jenis kulit buah yang sering dibuang begitu saja ternyata dapat dimanfaatkan untuk perawatan kulit. 5 buah di bawah ini memiliki rahsia untuk mencantikkan kulit dengan merawat kulit secara semulajadi. Jom semak agar lepas ni anda tidak terus buang kulit buah.
Limau
Buah limau dikenal memiliki vitamin C dan antioksidan yang tinggi sehingga biasa dijadikan buah makanan harian. Namun kulit limau ternyata tidak kalah berkhasiat. Kulit limau kaya dengan fitonutrien dan flavonoid yang lebih tinggi dibandingkan isi buahnya.
Anda boleh membuat masker dari kulit limau yang telah dihaluskan dan dicampur dengan sedikit air. Masker ini bermanfaat untuk mencegah penuaan, menjadi toner alami kulit, serta menyamarkan garis-garis halus di wajah. Kandungan asid sitrat yang ada juga mampu membersihkan pori-pori serta minyak berlebih.
Betik
Ads
Kulit betik ternyata memiliki kandungan vitamin A dan senyawa papain yang sama juga mempunyai kelbihan dengan isi buahnya. Buat masker wajah dari kulit betik yang dihaluskan dan dicampur dengan madu sebagai masker rutin.
Masker dari bahan ini memberikan manfaat untuk mencerahkan kulit wajah, membersihkan dan mengangkat sel-sel kulit mati, serta mengatasi masalah jerawat. Masker ini juga kuat menghilangkan bekas jerawat dan flek hitam.
Pisang
Ads
Kulit pisang terutama bahagian dalam yang berwarna putih juga memiliki kandungan nutrisi yang diperlukan oleh kulit. Kulit pisang mengandung vitamin B, B6, C, zat besi, kalium, dan fosfor yang efektif mengatasi masalah jerawat. Selain itu, kulit pisang juga kuat mengangkat minyak berlebih dan mengubati jerawat kerana kandungan antioksidan serta antijamur.
Untuk memanfaatkannya, cukup menggosok-gosok kulit pisang pada wajah, diamkan 20-30 minit lalu bilas. Selain itu anda juga boleh membuat jus kulit pisang untuk mengatasi sakit kepala, migrain, dan masalah depresi.
Mangga
Ads
Bagi Anda yang memiliki jenis kulit sensitif, kulit mangga boleh merawat kulit dengan selamat. Kulit buah ini memiliki kandungan pelbagai mineral dan vitamin C serta E yang cukup tinggi. Menggosok kulit mangga bahagian dalam pada wajah mampu mencerahkan kulit yang terbakar akibat paparan sinar matahari. Sementara masker kulit mangga kuat untuk mengangkat sel kulit mati dan mengatasi masalah jeragat.
Tembikai
Kulit tembikai yang cukup tebal dan keras ternyata memiliki nutrisi yang sangat tinggi. Kandungan vitamin A, C, dan B6 pada kulit buah ini efektif untuk menghidrasi kulit, membantu proses eksfoliasi, menjadi toner alami, serta mengatasi pelbagai masalah kulit. Masker dari jus kulit tembikai juga kuat menghilangkan noda mahupun flek hitam pada wajah, mengatur produksi minyak, serta menghilangkan kedutan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
“Kita Tidak Mungkin Bisa Menjadi Sempurna, Namun Cubalah Jadi Yang Lebih Baik”- Ernie Zakri Kongsi Pendapat Tentang Isu Tampil Sempurna Di Laman Sosial!
Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu. Ada yang menjadikannya sebagai tiket akses untuk menambah kenalan, memajukan perniagaan, mengaut keuntungan dan tidak kurang juga, ada yang menjadikannya sebagai sebuah tempat untuk bercerita, berceloteh dan bergosip.
Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain. Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Mengulas lanjut mengenai isu ini, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
SEMPURNA DI LAMAN SOSIAL PERSPEKTIF ERNIE ZAKRI
Penyanyi yang baru sahaja melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Nur Khawla Soleha, menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah. Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling. Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Oleh itu, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya. Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Amalan perubatan islam dan tradisional untuk menghilangkan sihir dan gangguan makhluk halus, mandi limau adalah sinonim dengan ritual tersebut dan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda.
Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya amalan mandi limau telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi kerana terdapat 1001 khasiat disebalik amalan mandi limau.
Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan khasiat mandi limau yang tak ramai anak muda zaman melinieal ini yang tahu..
1. Menaikkan seri muka
Yang ini pasti ramai perempuan suka. Tahukah anda bahawa mandi air limau bersama kuntuman bunga membantu menaikkan seri muka dan menghadirkan aura positif yang akan membuatkan orang suka pada kita.
Cara mandi limau untuk menaikkan seri muka ialah seperti berikut:
Ambil 3 biji limau nipis. Potong kepada 4 bahagian.
Masukkan ke dalam besen atau baldi yang berisi air sejuk.
Perahkan limau agar airnya keluar.
Masukkan kuntuman bunga . Boleh guna apa jenis bunga asalkan ianya harum. Anda boleh beli kuntuman bunga yang gugur dari kedai menjual bunga.
Basahkan kepala dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau dan kuntuman bunga ke seluruh tubuh badan.
Tidak perlu bilas.
Lap badan dan pakai pakaian seperti biasa.
2. Menyegarkan badan
Salah satu daripada khasiat mandi limau ialah untuk menyegarkan tubuh badan yang lesu dan penat. Apabila anda balik dari kerja dalam keadaan yang penat, ditambah lagi dengan kepenatan menghadap kesesakan lalu lintas, mandi limau adalah satu hadiah untuk diri sendiri.
Aroma segar dari limau pastinya akan membuatkan anda terlupa sekejap tentang kepenatan yang dialami. Cara untuk menyediakan mandian limau adalah sangat mudah. Ambil beberapa biji limau, potong. Tak perlu potong terlalu nipis.
Masukkan limau tadi kedalam baldi atau besen yang berisi air. Perah limau supaya keluar airnya. Apabila mula mandi, selepas anda selesai bersyampu dan bersabun, basahkan badan dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau ke badan. Kemudia bilas dengan air biasa.
3. Menghilangkan sakit kepala
Kalau anda kerap sakit kepala, mandi air limau adalah sangat membantu. Ini kerana aroma harum dari kulit limau boleh mengurangkan kesakitan yang dialami.
Malah keasidan limau yang terkena kulit kepala boleh merehatkan pembuluh darah di kepala yang sedang membengkak dan terlalu sarat dengan aliran darah. Cara mandi limau untuk menghilangkan sakit kepala adalah seperti berikut:
Ambil 3 biji limau nipis. Potong kepada 4 bahagian.
Masukkan ke dalam besen atau baldi yang berisi air sejuk.
Perahkan limau agar airnya keluar.
Basahkan kepala dengan air limau tadi. Gosokkan kulit limau pada seluruh kepala, pastikan terkena kulit kepala. Fokus kepada bahagian kepala yang sakit.
Kalau anda seorang yang beragama islam boleh berselawat dan minta Allah hilangkan sakit kepala yang dialami.
Tidak perlu bilas. Biarkan air limau tinggal di kepala dan rambut.
Lap badan dan pakai pakaian seperti biasa.
4. Menghilangkan sakit badan
Kalau anda selalu mengalami masalah sakit badan, lenguh-lenguh, dan terasa badan berat, mandi limau boleh membantu menghilangkan masalah yang anda alami.Anda pernah dengar tentang mandi ais bersama limau? Ia adalah satu kaedah tradisional yang terbukti berkesan untuk memberikan badan yang ringan dan bebas dari sakit-sakit serta lenguh-lenguh. Cara untuk mandi ais bersama limau ialah seperti berikut:
Sediakan 3 biji limau nipis. Potong nipis.
Sediakan satu pek ais. Pek ais boleh dibeli dari kedai serbaneka seperti 7-eleven, Speedmart99, KK Mart, dan stesyen minyak.
Sediakan segenggam garam bukit atau garam kasar.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam satu baldi air.
Biarkan seketika supaya air menjadi sejuk. Sambil meramas limau agar air limau sebati dengan garam dan ais.
Mandi dengan air limau berserta ais dan garam tadi. Mulakan dengan menjirus kaki terlebih dahulu dan naik ke atas. Jangan jirus terus ke kepala.
Kalau anda tak mampu mandi seluruh badan akibat tak tahan dengan kesejukannya, sebagai alternatif anda boleh rendamkan kaki dalam air yang disediakan tadi. Insya Allah ianya juga berkesan.
5. Menghilangkan angin dalam badan
Semakin kita berusia, biasanya tubuh badan akan mula meragam dan mudah dimasuki oleh angin. Badan yang berangin akan menyebabkan kita berasa tidak selesa.
Selain makan ubat klinik atau dibeli dari farmasi, salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan mandi limau. Cara mandi limau untuk menghilangkan angin adalah sama seperti yang kami nyatakan di atas tadi.
Cuma bezanya anda boleh masukkan limau dan sedikit garam bukit atau garam kasar dalam air mandian. Amalan mandi air limau bersama garam akan membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
SUMBER: Bidadari.my
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdapat lebih 2,000 jenis cendawan yang boleh dimakan. Cendawan Enoki adalah salah satu jenis tersebut. Ia dimakan di seluruh dunia dan digunakan dalam masakan yang berbeza.
Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang pemakanan cendawan enoki, faedah kesihatan dan banyak lagi.
Apakah Cendawan Enoki?
Flammulina velutipes atau cendawan enoki ialah sejenis kulat yang boleh dimakan. Dikenali sebagai enokitake, cendawan musim sejuk, batang baldu atau cendawan jarum emas. Cendawan Enoki ditanam di Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Cendawan ini serba boleh dan digunakan dalam pelbagai hidangan. Mereka lazat dan berkhasiat.
Di alam liar, cendawan enoki biasanya tumbuh di atas pokok elm yang mati. Cendawan enoki liar mempunyai penutup berkilat dan kelihatan oren atau coklat kerana terdedah kepada cahaya matahari. Tetapi cendawan enoki yang ditanam di dalam rumah tanpa cahaya matahari kelihatan seperti pucuk putih dengan batang baldu dan topi putih kecil di atas. Ia ditanam di atas substrat atau medium yang mengandungi habuk papan dengan tongkol jagung, dedak padi dan bahan organik lain.
Bagaimana Rasa Cendawan Enoki?
Cendawan Enoki mempunyai rasa gurih atau umami yang lembut dan tekstur rangup. Rasanya sering digambarkan sebagai halus, bersahaja, sedikit manis, dan buah. Cendawan enoki segar rangup dan rangup. Tetapi mereka menjadi lebih kenyal apabila masa memasak meningkat.
Cendawan Enoki menambah aroma dan rasa yang unik dan menyenangkan pada makanan. Ia mengandungi asid amino seperti asid aspartik dan asid glutamat, yang memberikan rasa umami. Asid amino lain, seperti alanin, glisin, treonin, dan serin, memberi cendawan rasa manis.
Perubatan tradisional dan rakyat telah lama mengetahui khasiat dan manfaat kesihatan cendawan enoki. Cendawan Enoki digunakan dalam penyediaan makanan dan perubatan kerana nilai pemakanannya.
Satu hidangan 100 gram cendawan enoki mengandungi:
37 kalori
66 gram protein
29 gram lemak
8 gram karbohidrat
7 gram serat
22 gram gula
15 miligram besi
16 miligram magnesium
105 miligram fosforus
359 miligram kalium
65 miligram zink
2 mikrogram selenium
Cendawan Enoki juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, asid pantotenik, vitamin B6, folat, kolin, vitamin D, vitamin E, dan vitamin K. Mempunyai natrium rendah dan kolesterol sifar. Ia juga mengandungi asid amino yang diperlukan untuk membina protein dalam badan anda. Asid amino ini juga memberikan cendawan enoki rasa lazat mereka.
Apakah Faedah Kesihatan Cendawan Enoki?
Penyelidikan menunjukkan bahawa cendawan enoki mempunyai potensi manfaat kesihatan berikut:
1. Mengurangkan kerosakan oksidatif.
Zarah berbahaya yang dipanggil radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan oksidatif pada sel yang boleh membawa kepada penyakit jangka panjang seperti kanser atau diabetes. Antioksidan membuang radikal bebas dan mencegah kerosakan oksidatif dan keadaan kesihatan kronik. Cendawan Enoki mengandungi vitamin C dan E, mineral selenium dan sebatian seperti polisakarida dan polifenol. Semua nutrien ini mempunyai kesan antioksidan yang memastikan sel anda selamat daripada kerosakan radikal bebas dan melindungi sel anda daripada penyakit dan penuaan.
2. Melambatkan pertumbuhan kanser.
Bukti menunjukkan bahawa cendawan enoki mengandungi sebatian bioaktif yang membantu melawan kanser. F. velutipes mempunyai sebatian yang dipanggil sesquiterpenes dan norsesquiterpenes yang melambatkan pertumbuhan kanser tekak, hati, payudara, perut, paru-paru dan servik. Ekstrak cendawan Enoki mengandungi fenol seperti asid protocatechuic, p-couric, dan asid ellagic. Ia mempunyai kesan antioksidan yang membantu melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser.
3. Mengawal sistem imun.
Sistem imun anda melindungi tubuh anda daripada pelbagai jangkitan dan penyakit. Cendawan Enoki mempunyai polisakarida bioaktif, protein FVE, dan protein penyahaktifan ribosom yang boleh mengawal sistem imun. Mempunyai ciri-ciri antikanser, anti-alergi, antibakteria, antivirus dan anti-radang, yang melindungi dan meningkatkan imuniti anda.
Tahap kolesterol jahat yang tinggi boleh menyebabkan masalah jantung seperti aterosklerosis. Aterosklerosis berlaku apabila kolesterol jahat bertindak balas dengan radikal bebas dan teroksida. Ia boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam saluran darah anda. Ini kemudiannya boleh mengakibatkan penyumbatan dalam arteri anda dan menjejaskan peredaran darah dan kesihatan jantung. Cendawan ini menghalang pengoksidaan kolesterol jahat dan pembentukan penyumbatan dalam arteri anda. Cendawan Enoki juga kaya dengan serat, lemak baik. Bahan-bahan ini menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah anda.
5. Meningkatkan fungsi otak.
Penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer boleh menjejaskan fungsi otak dan ingatan. Ia berlaku kerana kerosakan oksidatif pada sel-sel otak. Kesan antioksidan fenol dan polisakarida dalam cendawan enoki melindungi sel-sel otak daripada kerosakan dan meningkatkan fungsi otak.
Cara Makan Cendawan Enoki
Apabila anda membeli cendawan enoki, pilih kelompok putih, kering dan padat. Pastikan tangkai tidak mempunyai lendir, perubahan warna atau bintik-bintik. Simpannya dalam beg kertas atau plastik di bahagian paling sejuk peti sejuk anda. Ia boleh bertahan dari 7 hingga 10 hari di dalam peti sejuk anda. Untuk menikmati tekstur rangup cendawan ini dan rasa yang lembut, anda boleh memasaknya dengan ringan dan menambahnya ke dalam hidangan kegemaran.
Cara Memasak Cendawan Enoki
Sebelum anda memasak cendawan enoki, basuh dengan baik di bawah air sejuk untuk menghilangkan kotoran. Potong batangnya sebelum dimasak, kerana ia boleh menjadi lembek.
Chef biasanya menyediakan cendawan enoki dengan memasaknya dalam minyak untuk mengekalkan rasa tanah dan lembut. Untuk mengekalkan teksturnya yang rangup, masak untuk masa yang singkat. Jika anda mahu ia lembut dan kenyal, masak lebih lama. Anda boleh perasakannya dengan minyak bijan, minyak cili, kicap, halia, bawang putih, serai, miso, rumpai laut atau taburan garam. Anda boleh menambahkannya pada salad, sup, kari, rebusan, pasta, risotto, mi atau ramen, tumis atau mangkuk bijirin.
Apakah Risiko yang Berkaitan Dengan Cendawan Enoki?
Sesetengah orang mungkin alah kepada cendawan enoki. Jika anda mempunyai alahan cendawan, elakkan makan enoki. Juga, semak label makanan yang dibungkus untuk memastikan ia tidak mengandungi ekstrak cendawan.
Baru-baru ini, cendawan enoki telah dikaitkan dengan wabak listeriosis, jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Listeria monocytogenes. Bakteria ini tumbuh pada cendawan enoki. Makan cendawan enoki mentah boleh menyebabkan listeriosis atau keracunan makanan. Jadi, pastikan anda mencuci dan memasak cendawan enoki dengan betul sebelum memakannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ikon fesyen berhijab Indonesia, Irish Bella sering berkongsi gaya outfit yang modest dan stylish melalui media sosial buat para hijabi yang ingin tampil anggun...