Manfaat Solat Dhuha Pada Rohani Dan Jasmani Yang Tak Patut Dilepaskan

Share

Sememangnya banyak hikmah tersembunyi dalam sesebuah solat itu. Solat Dhuha juga tidak terkecuali. Solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi ini sesungguhnya banyak manfaat untuk disenaraikan. Kini, Hijabista senaraikan 4 kebaikan solat sunat dhuha pada rohani dan jasmani kita. Mari kita lihat!

  1. Bersenam tanpa disedari

Ini kerana solat dhuha itu dilakukan di pagi hingga waktu zuhur, dan waktu tersebut adalah sangat ideal untuk bersenam. Kerana itulah manfaatnya boleh disamakan dengan bersenam kerana pergerakkan dalam solat itu sangat baik untuk kesihatan tulang serta otot tanpa kita sedari.

  1. Melancarkan peredaran darah

Solat dhuha membantu untuk melancarkan peredaran darah dalam badan manusia kerana pergerakannya yang lengkap dan sempurna. Mulai dari mengangkat kedua tangan, membongkok saat gerakan rukuk, dan kemudian gerakan sujud di mana kepala kita lebih rendah dibandingkan badan dan darah tersebut juga mengalir ke kepala kemudian pada saat duduk aliran darah dinormalkan kembali.

  1. Membuat jiwa lebih tenang

Solat dhuha sangat bagus untuk kebaikan rohani kita, jiwa menjadi lebih tenang. Pintu rezeki kita juga akan dibukakan dengan mudahnya. Solat dhuha juga memberi ketenangan berganda dan menghindarkan diri kita daripada stress. Stress sememangnya mampu memberikan risiko penyakit kepada kita namun dengan solat dhuha, ianya mampu dicegah.

  1. Kebersihan muka

Selain itu, solat dhuha mampu memberi seri kecantikan kepada kita. Bila kulit selalu dibasuh dengan wudhu, kulit akan terjaga kebersihannya dan tidak mudah kendur serta memberi kesan awet muda pada wajah.

sumber:manfaat.co.id

Published by
Qistina