Isi Kandungan
ToggleSememangnya banyak hikmah tersembunyi dalam sesebuah solat itu. Solat Dhuha juga tidak terkecuali. Solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi ini sesungguhnya banyak manfaat untuk disenaraikan. Kini, Hijabista senaraikan 4 kebaikan solat sunat dhuha pada rohani dan jasmani kita. Mari kita lihat!
Bersenam tanpa disedari
Ini kerana solat dhuha itu dilakukan di pagi hingga waktu zuhur, dan waktu tersebut adalah sangat ideal untuk bersenam. Kerana itulah manfaatnya boleh disamakan dengan bersenam kerana pergerakkan dalam solat itu sangat baik untuk kesihatan tulang serta otot tanpa kita sedari.
Melancarkan peredaran darah
Solat dhuha membantu untuk melancarkan peredaran darah dalam badan manusia kerana pergerakannya yang lengkap dan sempurna. Mulai dari mengangkat kedua tangan, membongkok saat gerakan rukuk, dan kemudian gerakan sujud di mana kepala kita lebih rendah dibandingkan badan dan darah tersebut juga mengalir ke kepala kemudian pada saat duduk aliran darah dinormalkan kembali.
Membuat jiwa lebih tenang
Solat dhuha sangat bagus untuk kebaikan rohani kita, jiwa menjadi lebih tenang. Pintu rezeki kita juga akan dibukakan dengan mudahnya. Solat dhuha juga memberi ketenangan berganda dan menghindarkan diri kita daripada stress. Stress sememangnya mampu memberikan risiko penyakit kepada kita namun dengan solat dhuha, ianya mampu dicegah.
Kebersihan muka
Selain itu, solat dhuha mampu memberi seri kecantikan kepada kita. Bila kulit selalu dibasuh dengan wudhu, kulit akan terjaga kebersihannya dan tidak mudah kendur serta memberi kesan awet muda pada wajah.
sumber:manfaat.co.id
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah La ‘Comel’, Kelakar Pulak Tu! Gelagat Aprena Dan Nelydia Bergurau Buat Netizen Terhibur
Umum sedia maklum bahawa dua pelakon popular, Aprena Manrose dan Nelydia Senrose mempunyai pertalian darah dan kedua-duanya adalah sepupu.
Malah, penampilan kedua aktres jelita yang kini tampil manis dan sopan dalam imej berhijab membuatkan mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.
Nelydia Senrose Buat Hal, Sampai Aprena Tak Keruan!
Perkara itu dapat disaksikan, menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok oleh akaun @miss_teera
Hantaran video berkenaan memaparkan pasangan sepupu itu sedang meluangkan masa bersama di sebuah kedai makan, sebelum Nelydia Senrose dan Aprena Manrose mula buat hal sehingga berjaya membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kedua-duanya ketika bertemu.
@miss_teera Hahahaha.. baby kuasa 2 buat hal la 😂😂😂 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #nelydiasenrose #aprenamanrose #mysweetheart #mylove ♬ It’s All Coming Back To Me Now – JEENIE
Artikel berkaitan: ‘Baby So Cantik, Lawa Dooh!’- Upload Foto Bertudung, Nelydia Senrose Terima Ribuan Pujian
Sedang asyik makan, Nelydia Senrose secara spontan telah menyuap sepupunya, Aprena yang berada disebelah. Gelagat mereka yang terakam oleh lensa kamera itu begitu mencuit hati wargamaya.
Mana tidaknya, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu sempat buat hal dengan Aprena Manrose dengan membuat pelbagai gelagat dan mimik muka lucu, sehingga rata-ratavwarganet menyifatkan bahawa mereka adalah pasangan sepupu yang kelakar.
Apabila bertemu pasti ada sahaja perkara atau kelakuan lucu yang dicetuskan oleh mereka untuk mengamatkan suasana.
Meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut, Hijabista mendapati para peminat kedua-dua selebriti itu telah membanjiri ruangan komen dengan memuji kecomelan kedua-dua pelakon berkenaan.
Malah, rakaman video itu kink telah juga ditonton sermai 298.1k sejak ianya dimuat naik di laman Tik Tok semalam.
Sumber: Tik Tok @miss_teera
Artikel berkaitan: Tampil Dengan Imej Berniqab Ke Majlis Ilmu, Aprena Manrose Akui Masih Lagi Belajar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukum ‘Rebonding’ Rambut; Ini Penerangan Padu Ustazah Asma’ Harun
Memiliki rambut lurus sememangnya banyak kelebihan antaranya ianya mudah untuk diuruskan. Selain itu ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda berdandan berbanding rambut kerinting.
Wanita yang berambut kerinting biasanya memilih untuk melakukan teknik ‘rebonding’ atau meluruskan semula rambut kerana menganggap gaya seperti itu mudah diuruskan. Walau bagaimanapun dalam pada sibuk untuk meluruskan rambut, jangan pula sampai terlepas pandang soal hukum agama.
Berikut huraian lengkap daripada Ustazah Asma’ Harun tentang perbuatan meluruskan rambut.
SOALAN:
“Assalamualaikum ustazah, izinkan saya bertanya tentang hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding. Adakah Islam melarang untuk kita melakukannya? Kerana saya sangat suka sekiranya rambut saya sentiasa kelihatan lurus dan cantik.”
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt. SubhanAllah, bagus soalan puan. Sememangnya Allah menjadikan fitrah wanita menyukai kecantikan. Lebih-lebih lagi tatkala melihat diri di cermin.
Bahkan kadang-kadang apabila melihat iklan di televisyen, majalah mahupun media sosial, kita mula terdetik di hati, “Teringin nak buat rebonding” atau “Cantiknya rambut dia, lurus je. Nak buat rebonding jugaklah”.
Dalam masa yang sama, hati kita tertanya-tanya juga, “Adakah ia dibolehkan dalam Islam atau tidak?”, “Sekiranya kita melakukannya, adakah ia dikira sebagai mengubah ciptaan Allah SWT?”
Alhamdulillah. Allah SWT masih menjentik hati dan iman kita supaya sentiasa berhati-hati dan beringat dalam melakukan sesuatu agar ia mendapat keredhaan bukan kemurkaan daripada-Nya.
ISLAM AGAMA YANG MENCINTAI KECANTIKAN DAN KEKEMASAN
Islam sangat menyarankan umatnya supaya kelihatan bersih dan kemas. Terdapat sebuah hadis yang menjelaskan bahawa Allah SWT bersih dan menyukai kebersihan.
Justeru, orang yang sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan, insya-Allah akan semula jadi kelihatan cantik.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ، فَنَظِّفُوا، أُرَاهُ قَالَ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan. Maka, bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (HR al-Tirmizi, hadis dhaif)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan”. (HR Muslim, hadis sahih)
ASAS KECANTIKAN DALAM ISLAM
Hukum mencantikkan diri adalah harus pada asalnya. Walau bagaimanapun, keharusan ini boleh berubah menjadi haram apabila terdapat dalil pengharamannya sepertimana disebutkan dalam kaedah fiqh:
الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءَ الْإِبَاحَة حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ
Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah mubah (harus) sehingga datangnya dalil yang menunjukkannya haram.”
REBONDING (MELURUSKAN) RAMBUT: BOLEH ATAU TIDAK?
Terdapat dua pendapat yang dibincangkan oleh ulama berkenaan hal ini.
1. HARUS
Sebahagian ulama berpendapat adalah harus melakukan rebonding mahupun mengerintingkan rambut sekiranya tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya.
Hal ini kerana, ia tidak mengubah struktur dan fungsi rambut yang asal, malah masih dalam konteks tidak kekal serta sangat berkait dengan kaedah dan tatacara menguruskan rambut.
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan penjelasan daripada Imam Nawawi iaitu:
وَقَالَ النَّوَوِيُّ: يُسْتَثْنَىٰ مِنَ النَّمَاصِ مَا إِذَا نَبَتَ لِلْمَرْأَةِ لِحْيَةٌ أَوْ شَارِبٌ أَوْ عُنْفَقَةٌ فَلَا يُحْرَمُ عَلَيْهَا إِزَالَتُهَا بَلْ يُسْتَحَبُّ. قُلْتُ: وَإِطْلَاقُهُ مُقَيَّدٌ بِإِذْنِ الزَّوْجِ وَعِلْمِهِ وَقَالَ بَعْضُ الْحَنَابِلَةُ: إِنْ كَانَ النَّمْصُ أَشْهَرُ شِعَارًا لِلْفَوَاجِرِ امْتَنَعَ وَ إلَّا فَيَكُونُ تَنزِيهًا ، وَفِي رِوَايَةٍ يَجُوزُ بِإِذْنِ الزَّوْجِ إِلَّا إِنْ وَقَعَ بِهِ تَدْلِيسٌ فَيَحْرُمُ
Maksudnya: “Berkata Imam Nawawi: meluruskan rambut yang kerinting dalam Islam itu dibolehkan selama mana dengan izin suaminya. Jika sebaliknya, maka pembolehannya itu tertolak. Sementara dalam pandangan sebahagian ulama Hanbali, jika mengubah rambut dengan bertujuan seperti orang Fajir (sejenis fasiq), maka dilarang sama sekali. Dan jika tujuannya kerana izin suami, maka dibenarkan dan dibolehkan.” (Kitab Fathul Bari)
Antara tujuan dibenarkan syarak adalah seperti:
a. Bukan mencantikkan rambut dengan bertujuan untuk melakukan maksiat.
b. Mencantikkan dan menghias diri untuk keselesaan suami bagi wanita yang telah bernikah dengan mendapatkan keizinan suaminya atau atas permintaan suaminya sendiri.
c. Melakukan dengan tujuan untuk mencantikkan dirinya sendiri sahaja bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Syarat-syarat sekiranya melakukan proses meluruskan rambut:
a. Aurat dijaga dengan rapi dan sempurna daripada pandangan lelaki ajnabi dan wanita bukan Islam sama ada sebelum, semasa dan selepas proses rebonding dilakukan.
b. Rebonding tersebut tidak menyerupai budaya orang kafir dan fasiq.
c. Menggunakan bahan yang suci dan bersih serta tidak menghalang air untuk sampai ke bahagian tersebut ketika bersuci seperti mengambil wudhuk atau mandi wajib.
d. Tidak menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal.
e. Tidak menggunakan peralatan yang boleh mendatangkan kemudharatan dan kerosakan pada rambut dan diri sendiri.
Ini adalah pendapat yang membolehkan meluruskan rambut dengan tidak menjadikan ia sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.
Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Maksudnya: “Barang siapa yang memiliki rambut, maka hendaklah dia memuliakannya.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
2. HARAM
Sebahagian ulama mengharamkan perbuatan rebonding ini kerana diqiyaskan (menyamakan hukum) kepada hukum mengubah ciptaan Allah SWT berikutan terdapatnya bahan kimia yang digunakan bagi meluruskan rambut secara kekal.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
Maksudnya: “Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT”. (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Syeikh Hani bin Abdullah al-Jubair menyebutkan dalam kitabnya, ad-Dhawabith asy-Syariyah fi Umliyati at-Tajmiliyah:
وَتَغْيِيرُ خَلْقَ اللّٰهُ هُوَ تَحْوِيلُ الشَّيئِ عَنْ صِفَاتِهِ حَتَّى كَأَنَّهُ شَيْئٌ آخَرَ أَوْ إِزَالَتُهُ عَنْهَا
Maksudnya: “Mengubah ciptaan Allah ialah melakukan perubahan sesuatu dari sifatnya sehingga menghilangkan keadaan asalnya.”
Imam Thabari juga menyatakan bahawa adalah dilarang bagi wanita yang mengubah ciptaan Allah SWT:
قَالَ الطَّبَرِي: لَا يَجُوزُ لِلْمَرْأَةِ تَغْيِيْرُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقَتِهَا الَّتِي خَلَقَهَا اللّٰهُ عَلَيْهَا بِزِيَادَةٍ أَوْ نَقْصٍ التِمَاسِ الْحَسَنِ لَا لِلْزَّوجِ وَلَا لِغَيْرِهِ
Maksudnya: “Berkata Imam Thabari bahawa tidak disunatkan bagi wanita untuk mengubah ciptaan Allah SWT dengan cara menambah atau mengurangi anggota badannya, baik untuk alasan (menyenangkan suami) atau alasan lain.” (Kitab Fathul Bari)
RUMUSAN
Berbalik kepada soalan puan, hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding adalah bergantung kepada niat atau tujuan ia dilakukan.
Pada asalnya, ia adalah harus berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan oleh syarak namun terdapat juga ulama yang berpegang kepada pendapat haram sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfaat buat semua.
RUJUKAN
1. Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, “Al-Kafi #1340: Hukum Melakukan Rebonding atau Meluruskan Rambut.”
2. Laman web Majlis Ulama ISMA, “Hukum Melakukan Rebonding.”
3. Laman web Hizbut Tahrir Malaysia, “Rebonding Rambut – Apakah Hukumnya Menurut Syarak?”
4. Laman web Dalamislam.com, “Hukum Meluruskan Rambut Menurut Islam.”
5. Laman web Pecihitam.org, “Hukum Meluruskan Rambut dalam Islam; apakah Dalil dan Contohnya Pada Masa Nabi?”
Sumber kredit: Ustazah Asma’ Harun Top image: Photo by pixabay from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rupanya 13 PERKARA Sangat Menyeronokkan Kahwin MUDA Seawal 20-an. No 9 Paling UNTUNG!
Memang sudah menjadi trend masa kini, ramai di kalangan pasangan berkahwin muda. Seawal usia 20 an sudah bertemu Imam yang sesuai dan terus mendirikan rumah tangga. Sebenarnya memang elok dapat berkahwin di usia yang muda. Terdapat banyak perkara menyeronokkan berkahwin seawal usia 20-an. Orang kata kalau sudah jodoh jangan tunggu lama-lama. Selain tak mahu dia dikebas orang, ia juga boleh elak daripada melakukan kemaksiatan.
Admin senaraikan apa keseronokan bakal dihadapi jika berkahwin di awal usia yang masih muda.
1. Sudah jumpa seseorang yang kenal dan menyayangi anda di saat anda sedang belajar tentang hidup dan proses menjadi matang.
2. Ada perasaan lain yang hadir setiap kali berdating. Anda berdua tahu yang anda berdua bersama bukan sahaja untuk getaran cina, tetapi sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersama. Oleh kerana anda saling mencintai, jadi semua benda akan terasa lebih seronok dan mudah.
3. Oleh kerana usia masih muda jadi akan lebih menjadi seorang yang yang manja dan sensitif. Tetapi oleh kerana dia ada di sisi, jadi akan ada orang yang pandai pujuk dengan panggilan romantik. Ada bahu untuk kita tumpang menangis.
4. Sudah pastinya tiada desakan dari keluarga untuk berkahwin dan mencarikan anda jodoh. Ini kerana sudah ada si dia yang menjadi Imam kita ketika susah dan senang.
5. Anda berdua akan lebih banyak belajar tentang kehidupan. Walaupun masih muda, tetapi sama-sama berfikir cara untuk mengatasi cabaran dan rintangan dalam berumahtangga.
6. Lebih menyeronokkan balik dari kerja sahaja sudah ada si dia yang menunggu di rumah. Atau jika keluar rumah pun tak risau kerana keselamatan terjamin dengan adanya si dia.
7. Tatkala rakan lain sibuk bercerita mengenai hubungan mereka dengan kekasih atau orang yang baru nak kenal, anda bersyukur kerana anda dan pasangan sudah melepasi tahap itu.
8. Ada seseorang yang selalu mengingatkan anda yang anda disayangi dan dicintai sepenuh hati. Keikhlasan itu penting bagi memastikan hubungan kekal hingga ke jannah.
9. Walaupun perkara kecil tetapi sekarang anda boleh membuat aktiviti bersama-sama. Kenikmatan lebih terasa dengan adanya teman dan bersemangat hendak melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, beli barang dapur dan segalanya.
10. Jika tiada bajet bulan itu, tak payah sudah keluar. Duduk sahaja menonton tv betsama si dia. Silaturrahim lebih terjalin kerana suasana di rumah ibarat dalam syurga.
11. Anda boleh jadi diri sendiri sepanang masa. Tidak payah berlakon. Misalnya apabila geram, sakit perut, rasa gembira, malas atau tidak mahu mandi lagi. Semuanya adalah diri anda dan dia tahu apa yang anda rasakan ketika itu.
12. Mungkin ada yang cakap ‘mudanya kahwin, sayangnya’. Tetapi anda sendiri lebih suka dan selesa begini. Dan memang tidak ada perasan sesal sedikitpun dalam hati.
13. Anda dan dia adalah ‘partner in crime’. Jadi pastikan dialah insan yang kita akan hidup bersama hingga ke akhir hayat.
SUMBER: BAITULJANNAH.COM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI