Setiap wanita pasti ingin memiliki kulit sehat yang terawat. Itu sebabnya merawat kulit, khususnya kulit wajah adalah perihal yang paling sering dilakukan oleh wanita. Umumnya banyak orang memilih melakukan perawatan kulit dengan bahan menggunakan bahan alami.
Cara ini dipilih agar meminimalisasi efek bahaya dari berbagai macam zat kimia dalam produk kosmetik. Banyak bahan alami yang biasa digunakan untuk merawat kecantikan wajah Anda, misalnya arang.
Bagaimana arang berkerja untuk perawatan kecantikan?
Arang aktif atau activated charcoal menawarkan manfaat kecantikan untuk kulit dengan menarik minyak, kotoran dan zat berbahaya lainnya dari pori-pori tersumbat kerana adanya kekuatan dari proses penyerapan.
Di dalam tubuh penyerapan adalah suatu reaksi unsur seperti nutrisi, bahan kimia dan toksin yang mengendap dan melebur ke dalam aliran darah. Itu sebabnya arang aktif mampu menarik bakteria, racun, bahan kimia, kotoran dan partikel mikro lainnya di permukaan kulit. Serbuk arang aktif terbukti menyerap ribuan zat berbahaya sehingga arang banyak dijadikan bahan dalam masker wajah.
Selain untuk kecantikan, sebenarnya arang aktif telah lama digunakan dalam dunia perubatan untuk mengubati keracunan. Zat karbon ini bekerja bagai span, dengan mengikat diri pada racun dan menyerapnya sebelum terangkut dalam aliran darah.
Namun, penting untuk diperhatikan jika arang yang dimaksud di sini bukanlah arang yang biasa digunakan untuk memanggang makanan atau arang bara api, melainkan karbon atau zat arang yang dihasilkan dari bahan-bahan alami. Zat ini biasanya dihasilkan dari pembakaran tempurung kelapa atau sebuk kayu yang kemudian diaktifkan untuk meningkatkan daya ikatnya. Proses pengaktifan tersebut dilakukan dengan cara merendam zat arang dalam bahan-bahan kimia tertentu.
Manfaat arang untuk kecantikan
Berikut ini beberapa manfaat arang untuk kecantikan yang harus Anda ketahui:
1. Menyamarkan bekas jerawat
Arang dipercaya dapat menyembuhkan jerawat dan menghilangkan noda hitam bekas jerawat. Anda hanya perlu membuat campuran serbuk arang dengan air mawar atau air biasa, kemudian oleskan masker pada wajah Anda, setelah itu bilas dengan air hangat. Cara ini merupakan ubat rumah sederhana yang dapat membantu mengeringkan jerawat pada wajah Anda.
2. Menutup pori-pori besar
Memiliki pori-pori yang besar dapat menyebabkan kotoran, polusi, dan zat kimia dari kosmetik anda menumpuk di kulit sehingga terdedah muncul blackhead. Dengan menggunakan masker yang berbahan dasar arang ini dipercaya dapat mengangkat semua kotoran dalam pori-pori dan mengecilkan pori-pori anda.
Ads
3. Menyeimbangkan produksi minyak di wajah
Anda yang punya jenis kulit berminyak, boleh memanfaatkan arang untuk menyeimbangkan produksi minyak di wajah. Untuk mendapatkan wajah yang lembap dan produksi minyak yang lebih seimbang, Anda boleh memanfaatkan rutin kandungan arang secara langsung. Pilih masker atau produk pembersih wajah dengan kandungan utama arang agar wajah tidak menjadi kering setelah penggunaan.
4. Mengatasi kulit kusam
Polusi udara seperti asap kendaraan bermotor, debu jalanan, radiasi sinar ultraviolet dan asap rokok membuat kulit wajah terlihat kusam. Namun dengan karbon aktif, seluruh bahan pencemaran tersebut boleh dinyahkan dengan sempurna. Anda boleh mengoleskan masker sederhana dari arang ini pada wajah. Caranya, urut wajah anda dengan sediaan arang sambil diurut selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air hangat.
5. Mengurangkan kedutan
Kedutan dapat dikurangi sekitar 60 persen jika anda mengurut wajah anda dengan sediaan arang. Urutlah wajah secara melingkar untuk melepaskan ketegangan antara garis penuaan. Prosedur ini dapat meningkatkan sirkulasi darah dan mengurangi tanda kedutan.
6. Exfoliator alami
Kulit kering dapat membuat anda terlihat kusam dan nampak seperti tidak terawat. Nah, cara terbaik untuk menyingkirkan adalah untuk dengan masker arang. Tekstur arang boleh menjadi exfoliator alami kerana boleh membantu menghilangkan sebum dan sel kulit mati dari wajah. Sedangkan sifat antimikroba membantu mencegah infeksi kulit.
Cuba gunakan madu atau minyak jojoba ke dalam masker arang jika anda memang memiliki jenis kulit kering. Selain itu, anda juga boleh menambahkan sedikit gula atau garam untuk tindakan scrubbing yang lebih keras.
Ads
7. Menghilangkan kelemumur dan menyihatkan kulit kepala
Arang bersifat sebagai pencetus detoks dengan menyerap berbagai kotoran. Manfaat arang selain untuk kulit wajah, nyatanya arang juga efektif sebagai pembersih kulit kepala dari kelemumur. Arang sesuai digunakan untuk anda yang punyai jenis rambut normal dan berminyak. Cuba gunakan syampu berbahan arang atau gosokkan arang secara lembut sebelum meramas dengan syampu anda.
Ini senarai produk kecantikan yang berasaskan dari bahan arang:
1. The Bath Box Scary Face Charcoal Face Cleanser
Membersihkan pori secara menyeluruh
Berbeza dengan sabun pembersih wajah biasa yang kebanyakan hadir dalam bentuk foam atau gel, The Bath Box Scary Face Charcoal Face Cleanser dalam bentuk clay dan mengandung charcoal. Pembersih ini diklaim sangat efektif untuk membersihkan pori-pori secara menyeluruh. Produk pembersih wajah ini disyorkan untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebab, kandungan charcoal-nya sekaligus berfungsi sebagai detoksifikasi dan mengangkat minyak berlebih pada kulit wajah.
Sabun pembersih dari jenama tempatan ini juga dilengkapi dengan butiran gula dan morrocan lava clay yang juga berfungsi sebagai skrub untuk pengelupasan yang dapat membantu mengangkat blackheads dari dalam pori-pori.
2. OGX Purifying + Charcoal & Kaolin Clay Syampu
Penawar Rambut Kusam
Apabila rambut tidak dicuci, liang-liang pori rambut akan tersumbat dengan habuk alam sekitar, kesan dari produk-produk rambut yang digunakan seperti syampu kering dan sebagainya. Dengan Pemakaian koleksi OGX Purifying + Charcoal & Kaolin Clay ini ia akan memberikan nafas baru buat rambut anda!
Ini masanya rambut dan kulit kepala anda dicuci dan detoks dengan bahan yang cukup kaya dengan mineral iaitu arang. Bahan yang semakin menjadi bualan ini tidak terhad dijadikan jus, pupur atau ubat gigi sahaja, malah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki manfaatnya boleh dikongsi. OGX mengetahui akan keberkesanan bahan ini iaitu mencuci dan detoks kini hadir dengan koleksi OGX Purifying + Charcoal & Kaolin Clay. Koleksi ini mampu mencuci bersih kulit kepala dan menjadikan rambut lebih ringan dan lembut!
3. Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask
Ideal untuk perawatan wajah di rumah
Ads
Perhalusi dan hidupkan semula kulit anda dengan Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask kami. Diilhamkan oleh tradisi Ayurveda, pupur tanah liat vegan 100% ini dirumuskan dengan arang buluh, daun teh hijau dan minyak pokok teh organik. Dan ia dirumuskan tanpa paraben, parafin, silikon atau minyak mineral. Pupur muka arang yang menyegarkan ini menarik keluar kekotoran dan menghalusi penampilan liang-liang pori untuk yang kelihatan sihat dan bercahaya. Lengkapkan perawatan pakar wajah di rumah dengan menggunakan campuran penyucian ini dengan Facial Mask Brush kami.
4. SHILLS Activated Charcoal Whitening Mask
Face mask anti-bakteria
Teknologi yang digunakan untuk membuat face mask ini sangat berbeza kerana dapat mengaktifkan penyerapan anti-bakteria yang tinggi dan menyerap semua bakteria yang tersumbat didalam pori-pori. Jadi, muka anda pasti nampak lebih bersih dan menawan dengan face mask ini.
5.Sephora Charcoal Exfoliating Wipes
Pencuci Solekan Manfaat Berganda
Khas buat anda yang sering kesuntukan masa untuk menjaga kecantikan wajah, nah penulis syorkan medium pembersihan ringkas yang digelar Charcoal Exfoliating Wipes. Ini merupakan produk inovasi dari Sephora. Hasil wajah bersih boleh dikecapi dalam masa tidak sampai 1 minit pun!
Penggunaan tisu lembab Sephora Charcoal Exfoliating Wipes yang diramu dengan khasiat arang ini adalah bonus buat anda yang mempunyai masalah blackheads. Sesuai untuk hijabi yang on the go!
6. COLGATE Charcoal Deep Clean Toothpaste
Ubat gigi multifungsi terbaik dari bahan arang
Arang yang digunakan didalam produk kecantikan, kebersihan dan suplemen ubatan tidak sama dengan arang yang digunakan semasa memasak. Ianya adalah arang dari bahan aktif atau ‘activated charcoal’ yang dipanaskan dengan gas sehingga kembang dan terhasil pori-pori untuk menyerap toksin dalam mulut anda.
Ubat gigi Colgate Charcoal Deep Clean ini diperkaya dengna kebaikan pudina dan bahan arang yang diaktifkan untuk membersih keseluruhan kawasan mulut anda dengan mendalam. Kembalikan senyuman manis anda dengan ubat gigi keluaran Colgate ini.
7. TURBO CLEAN Charcoal Toothbrush
Putihkan gigi dengan berus gigi daripada bahan semulajadi seperti arang
Serbuk activated charcoal amat terkenal dengan kebaikannya yang dapat menyerap dan menyaring bau tidak menyenangkan, bahan kimia berbahaya dan pelbagai kekotoran di dalam mulut anda. Ini menjadikan arang salah satu bahan semulajadi terbaik yang dapat memutihkan, membersih dan nyah-toksin dari mulut anda.
Berus gigi arang ini diperbuat daripada 100% bahan organik dan biodegradable iaitu ianya tidak diperbuat daripada bahan kimia dan boleh terurai secara semula jadi tanpa menyebabkan pencemaran alam seperti berus gigi plastik yang lainnya. productnation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja ubat pasti akan dikaitkan dengan memasukkannya ke dalam badan. Tidak kiralah dengan memakannya atau dicucuk di tangan. Yang pastinya ubatan ini pasti akan memasuki tubuh badan kita.
Jadi, bagaimana pula semasa bulan Ramadan ini? Adakah ia akan membatalkan puasa kita? Mari lihat beberapa jenis rawatan dan juga ubatan yang tidak membatalkan puasa kita.
Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).
1) Ubat titis mata dan titis telinga.
2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
7) Pendermaan darah atau menerima darah.
8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
12) Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:
1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal.
Nota: Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa.
3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialisis.
5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Maka, sekiranya anda merupakan salah seorang penerima rawatan atau diberi ubatan di atas ia tidak menghalang anda berpuasa sama sekali. Anda tetap boleh berpuasa seperti biasa melainkan jika anda tidak larat atau sakit.
SUMBER: MEDIA PERUBATAN SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah milik Allah S.W.T. Penghijrahan itu kadang-kala hadir dalam hidup manusia tidak mengenal waktu dan ketika. Setiap kisah perubahan seseorang itu mencurah hembusan inpirasi kepada yang lain untuk memperbaiki diri dan terus menjadi yang terbaik dari semalam.
Nurida Suraya, seorang usahawan dan model yang memiliki rupa paras cantik dan menawan, juga isteri kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin berbicara tentang imej terbarunya.
PERMULAAN HIJRAH
Menyoal tentang punca dirinya berubah ke imej yang baru (berhijab), Nurida menyatakan bahawa ia merupakan sebuah proses yang panjang. Menurutnya, dia cuba untuk berhijab sebelum ini, tetapi hati dan jiwanya masih belum bersedia.
“Ia merupakan proses yang mematangkan diri dan mengambil masa yang lama untuk saya benar-benar nekad dan yakin dengan imej ini. Selama tiga tahun di bulan Ramadhan saya cuba untuk berhijab. Tetapi, pada dua tahun pertama di bulan Ramadhan saya masih belum bersedia. Setelah berdoa dan tidak henti untuk diberikan hidayah, akhirnya tahun ni saya terus membeli tudung tanpa memberitahu sesiapa. Saya juga minta tolong pada suami, Rizman untuk menukar rekaan baju raya dengan konsep yang lebih mesra hijab. Alhamdulillah, sehingga kini Allah masih memelihara saya dari imej yang lama.”
Tambahnya lagi, hatinya dijentik untuk berubah saat dia memikirkan tentang cahaya matanya, Rizqaa.
“Apabila bergelar ibu, semestinya kita ingin menjadi contoh yang terbaik. Saya percaya setiap apa yang dilihat oleh anak-anak kita itu, itulah panduan untuk diri mereka.”
Maka dari situlah bermulanya diari perjalanan baru ini. Pada awalnya saya berniat untuk berhijab selepas anak kedua. Namun Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dan Lagi Maha Mengetahui. Alhamdulillah, hati dijentik kebih awal dan seruan untuk berhijab itu hadir segera dari apa yang saya rancang,” kongsinya.
KEKAL ISTIQOMAH
Untuk kekal istiqomah bukanlah perkara yang mudah. Apabila berbicara soal dirinya untuk kekal istiqomah, Nurida menyatakan bahawa keputusan penghijrahan ini wujud dari hatinya sendiri dan sentiasa percaya bahawa itu adalah petunjuk dari Allah SWT.
“Doakan saya terus beristiqomah. Biarpun saya tidak menghadapi sebarang cabaran dari saat awal saya menyarungkan hijab tetapi saya jauh di sudut hati, saya seringkali berdoa kepada-Nya untuk memelihara diri saya dari segala keburukan.”
Reaksi suamianya juga saat dia mula ingn berhijab amat positif. Suaminya, Rizman juga tidak pernah lelah dan penat dalam memberi sokongan kepada dirinya. Keceriaan juga terpancar pada sinar wajahnya saat mengetahui tentang hajat isteri tercintanya itu.
“Rizman begitu menyokong keputusan saya dan sehingga hari ini, dia tidak berhenti untuk menjadi penasihat dalam pemakaian saya untuk lebih sopan dan menutup aurat. Bagi keluarga saya pula, saya kongsikan berita gembira ini semasa Hari Raya pertama dan semuanya sangat gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik pada perubahan ini.”
KOMEN NEGATIF?
Manusia kadang berkata tanpa menggunakan akal. Cuma kita yang menerima harus bijak dalam mengawal emosi. Sebagai individu yang dikenali, pastinya setiap apa yang dilakukan menjadi tumpuan lensa kamera serta perhatian netizen. Sudah pasti komen negatif itu tidak bisa lari dalam diari kehidupannya.
Menurut Nurida, saat dia tampil dengan imej terbaru ini, ada sahaja komen yang dicurahkan oleh masyarakat terutamanya dari segi cara pemakaian dan gaya hijab yang disarungkan.
“Antara komen negatif atau kecaman yang saya terima adalah seperti komen berkaitan dengan cara pemakaian hijab yang nampak leher dan dada. Mereka juga mengatakan bahawa sebagai individu yang sudah mula berhijab, ia adalah perkara yang harus dibaiki. Namun, saya tidak mudah melatah kerananya.”
HARAPAN
“Imej terbaru ini menjadikan saya lebih tenang dan selesa dengan pemakaian hijab. Harapan saya agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada iman dan hati saya dan sentiasa istiqomah dalam menjalani hari-hari saya dengan imej terbaru ini. InsyaAllah dengan adanya sokongan suami dan keluarga serta kehadiran cahaya mata memberikan saya lebih kekuatan untuk terus berjalan ke jalan yang diredhai-Nya. Nasihat saya kepada mereka yang ingin berhijba, berhijab ini perlulah bersedia dari segala aspek dan niat itu haruslah datang dari hati.
“Jangan sekali berhijab kerana mengikut trend semata-mata atau mengikut orang lain. InsyaAllah niat mulia itu akan dipermudahkan Allah SWT. Kepada siapa yang ingin berhijabm saya akan sentiasa doakan anda diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus istiqomah. InsyaAllah.”
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setelah hampir 11 tahun menanti, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi di sebuah hospital swasta. Sebelum ini tersebar luas mengatakan Siti sudah bersalin, tetapi pasangan ini akhirnya memilih hari ini, Isnin bersamaan 1 Rejab buat puteri mereka yang pertama kali melihat dunia. Bayi perempuan seberat 3.55 kg ini dilahirkan secara pembedahan dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan baik. Melalui gambar yang dimuat turun di laman sosial Siti, seri wajah seorang ibu begitu terserlah walaupun penampilannya ketika itu hanyalah memakai tudung sarung segera warna hijau yang mudah sekali untuk digayakan.
Ternyata walaupun gementar menanti detik untuk melahirkan anaknya, Siti dilihat tetap mesra melayan kehadiran tetamu yang rata-rata adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Dalam pada itu, nampaknya Siti tetap menjaga aurat dan penampilannya sebagai seorang wanita Muslimah.
Melalui gambar yang dikongsi oleh pengurusnya Rozi sebelum bersalin, Siti dilihat menutup aurat walaupun hanya dengan mengenakan tudung sarung segera yang memang mudah untuk digayakan. Beliau hanya sekadar mengenakan tudung segera dan wajahnya juga terampil polos tanpa sebarang calitan alat mekap seperti yang biasa kita lihat penampilannya sebelum ini. Namun Siti tetap comel dan kekal jelita seperti selalu.
Ramai cukup teruja menanti detik kelahiranyan puteri ini yang memang dirai kerana melihat dekorasi bilik yang dihias cukup indah.
Bertemakan warna pink, dengan kelambu putih dengan kemasan reben menyerikan lagi tempat istirehat sementara Siti di Hospital Gleneangles, Kuala Lumpur. Menerusi akaun Ig Nurul Zahid, dilihat bagaimana persiapan mereka dengan menyediakan kain rentang bertulis ‘welcome to the world little princess’.
Ternyata bukan sahaja ahli keluarga terdekat teruja malam peminat juga turut terharu menerima berita kehadiran puteri sulung Siti. Sebaik mendengar berita kelahirannya, puteri yang masih belum ada nama ini tidak putus-putus menerima hadiah dari peminat ibunya yang merupakan penyanyi tersohor negara.
Sebenarnya ada sebab tertentu kenapa Siti dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa memilih hari Isnin yang bersamaan 1 Rejab ini sebagai hari kelahiran puteri mereka.
Mereka dikatakan memilih hari ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah SAW) selain ia jatuh pada 1 Rejab. Sebelum itu Mufti Menk juga turut menzahirkan kata-kata semangat dan mendoakan proses melahirkan kepada penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar.
Pastinya peminat Siti tidak sabar untuk melihat wajah puteri mereka ini kerana memang selama ini mereka menantikan detik penuh bersejarah buat kedua-duanya. Namun menurut kenyataan Rozi juga, Siti dan keluarga memohon ruang untuk diberi masa berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, keduanya juga turut meminta diberi masa sebelum mengumumkannya kepada umum.
Sementara itu Rozi juga sebentar tadi dalam instagramnya memuat turun status memberitahu segalanya berjalabn lancar dan berterima kasih atas ucapan dan doa serta perkongsian kegembiraan dari pelbagai pihak. Mewakili Siti sendiri, Rozi memberitahu bahawa Siti sendiri begitu menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyanyi ini.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...