Kecantikan

Mandi Sebelum SUBUH Rahsia Untuk Kekal SIHAT & CANTIK. Fakta No 2 & 5 Pasti Buat Hijabi TERUJA!

Share

Ramai antara kita yang agak liat untuk mandi terus sebaik bangun dari tidur. Lebih-lebih lagi pada waktu cuti. Hanya bangun untuk sembahyang Subuh dan kemudian menyambung tidur kembali. Namun ada juga yang terus bangun, mandi dan melakukan beberapa aktiviti menyihatkan seperti jogging. Sebenarnya mandi sebelum waktu subuh itu adalah sangat baik untuk kesihatan.

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Justeru itu, gas ozon ini juga amat penting

untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

1. Melancarkan Peredaran Darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2. Kulit Lebih Lembut dan Halus Mulus

Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi saja mengunakan air sejuk setiap pagi  ia dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak dan kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. Tak percaya, jom la cuba.

3. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

Artikel Berkaitan: Amal Mandi Ais Rahsia Cantik Cara Neelofa

5. Mengurangkan Stress & Lebih Tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

 

Published by
Siti Zurina