Pernah bergelar mahasiswi di salah sebuah universiti di Korea Selatan membuatkan Nur Farahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee lebih peka mengenai arus fesyen semasa.
Walaupun susah untuk mencari hijab sewaktu berada di sana, Farah tetap tampil kreatif dengan menjadikan muffle sebagai hijab dan mereka cara pemakaiannya sendiri.
“Ni pulak masa awal-awal start business tudung, end of 2012. Modal simpan duit biasiswa JPA, tak sampai RM1,000 pun. Sesungguhnya Farah bukan businessperson. Tapi tercetus idea untuk jual bawal-shawl ni bila orang selalu tanya Farah beli mana bawal corak-corak macam tu siap boleh lilit-lilit.
“Well, being someone yang into fashion, bawal-shawl yang Farah pakai tu actually cotton scarf yang orang Korea guna as muffle. Farah reka nak gayakan macam mana since masa di Korea mana ada kedai jual tudung so pandai-pandai kaulah haha.
“So dengan modal tadi Farah beli beberapa helai, tak sampai 50 helai pun. Then mekap-mekap sikit, susun buku-buku atas kerusi, pinjam kamera DSLR kawan, letak atas susunan buku tu, set timer, lari-lari dekat dinding bilik untuk posing. Then gambar-gambar tu edit sikit, upload kat Facebook. Siapa nak order kena message kot, ke isi jotform – macam itulah lebih kurang tak ingat dah. So order tadi Farah pack siap-siap ikut order ID, masukkan semua dalam kotak, pos ke Malaysia, then Lisa Romli tolong tulis address dan pack untuk dipos.
“Before start tu takut tak laku. Tapi sambutan mashaAllah sold out kejap je. So dari situlah start berkembang my clothing business ni. Masa tu nama FARAHiskandar, lepas cerai kita terpaksa lah nyahkan nama Iskandar tu hahaha so rebrand kepada @ommaeabel on 2016.
“After grad Februari 2013, balik Malaysia, order scarf direct dari China (sebab yang kat Korea dulu pun semua made in China ahha). Sepanjang Ramadan, order fuhhhh.. Sehari 100pcs parcel pos. Then dengan modal tu baru yakin untuk start design sendiri.
“My very first own design (mid 2013) adalah studded skirt. So me 🤣 Tapi rare la skirt tu. Masa tu baru tahu tak mudah nak design pakaian, nak ngamkan measurement, material yang sesuai, tailor yang faham, timeline etc. Sampailah sekarang berkat rezeki tu boleh bagi parents, pergi sambung study, pergi Haji, pergi travel – but since yang keluar lagi laju dari yang masuk, jadilah aku takde saving pun sekarang 🤣 Obvious kan bukan orang business haha..,” tulis Farah.