Pernah bergelar mahasiswi di salah sebuah universiti di Korea Selatan membuatkan Nur Farahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee lebih peka mengenai arus fesyen semasa.
Walaupun susah untuk mencari hijab sewaktu berada di sana, Farah tetap tampil kreatif dengan menjadikan muffle sebagai hijab dan mereka cara pemakaiannya sendiri.
Terkenang memori sewaktu memulakan perniagaan, Farah akui idea itu tercetus apabila sering ditanya mengenai cara penggayaan hijabnya.
“Ni pulak masa awal-awal start business tudung, end of 2012. Modal simpan duit biasiswa JPA, tak sampai RM1,000 pun. Sesungguhnya Farah bukan businessperson. Tapi tercetus idea untuk jual bawal-shawl ni bila orang selalu tanya Farah beli mana bawal corak-corak macam tu siap boleh lilit-lilit.
Ads
“Well, being someone yang into fashion, bawal-shawl yang Farah pakai tu actually cotton scarf yang orang Korea guna as muffle. Farah reka nak gayakan macam mana since masa di Korea mana ada kedai jual tudung so pandai-pandai kaulah haha.
“So dengan modal tadi Farah beli beberapa helai, tak sampai 50 helai pun. Then mekap-mekap sikit, susun buku-buku atas kerusi, pinjam kamera DSLR kawan, letak atas susunan buku tu, set timer, lari-lari dekat dinding bilik untuk posing. Then gambar-gambar tu edit sikit, upload kat Facebook. Siapa nak order kena message kot, ke isi jotform – macam itulah lebih kurang tak ingat dah. So order tadi Farah pack siap-siap ikut order ID, masukkan semua dalam kotak, pos ke Malaysia, then Lisa Romli tolong tulis address dan pack untuk dipos.
Ads
“Before start tu takut tak laku. Tapi sambutan mashaAllah sold out kejap je. So dari situlah start berkembang my clothing business ni. Masa tu nama FARAHiskandar, lepas cerai kita terpaksa lah nyahkan nama Iskandar tu hahaha so rebrand kepada @ommaeabel on 2016.
“After grad Februari 2013, balik Malaysia, order scarf direct dari China (sebab yang kat Korea dulu pun semua made in China ahha). Sepanjang Ramadan, order fuhhhh.. Sehari 100pcs parcel pos. Then dengan modal tu baru yakin untuk start design sendiri.
Ads
“My very first own design (mid 2013) adalah studded skirt. So me 🤣 Tapi rare la skirt tu. Masa tu baru tahu tak mudah nak design pakaian, nak ngamkan measurement, material yang sesuai, tailor yang faham, timeline etc. Sampailah sekarang berkat rezeki tu boleh bagi parents, pergi sambung study, pergi Haji, pergi travel – but since yang keluar lagi laju dari yang masuk, jadilah aku takde saving pun sekarang 🤣 Obvious kan bukan orang business haha..,” tulis Farah.
https://www.instagram.com/p/CADSFiuFp4c/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit hitam manis. Antara supermodel berhijab yang boleh dijadikan rujukan adalah Halima Aden. Semak 10 rona ini supaya stail anda menyerlah!
Bagi sis yang berkulit hitam manis ini sebaiknya jangan memakai warna tudung yang dekat dengan warna kulit untuk elakkan daripada nampak tenggelam dan kusam.Bagi anda yang berkulit hitam manis persis Halima Aden, Hijabista kongsikan 10 rona inspirasi warna hijab yang sesuai dengan tona kulit anda.
Jenama jam tangan yang sesuai dipakai untuk semua golongan menjadi tarikan apabila pembukaan semula fizikal store di Sunway Pyramid. Ruang seluas 247 kaki persegi ini mencipta suasana yang menarik lagi menawan semasa anda masuk ruang legar pasara raya yang terkenal di Malaysia.
Pengalaman membeli yang menarik
Konsep kedai itu ialah Ice-Watch imej baharu yang pertama dirombak, di mana jam tangan ikonik berwarna-warni lebih menyerlah. Kedai ini menampilkan siluet lampu hangat yang bersih, membariskan rangkaian jam tangan berwarna-warni dan skrin digital yang digantung untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang serba baharu apabila anda membeli-belah dengan Ice-Watch.
Lihat lebih dekat dan anda akan menemui ciri paparan produk terkini. Menampilkan menyesuaikan laci dua lapisan seperti paparan pada kebanyakan kabinet, membolehkan jam tangan disusun dalam pelbagai warna, pelbagai reka bentuk dan pelbagai cara. Memberikan rangkaian luas reka bentuk yang berwarna-warni, daripada yang paling laris hingga baharunya, Ice-Watch juga membawa jam tangan ikonik edisi terhad Coca-Cola x Ice-Watch.
Bersempena dengan pembukaan, Ice-Watch melakukan paparan pop timbul “Christmas Rock”, yang menampilkan kotak bekubik Ice-Watch bersaiz sebenar betul-betul di sebelah store, menghadap ke Centre Court (zon oren) untuk pelanggan melihat koleksi Christmas Rock dengan tawaran eksklusif tersedia. Selain itu, peraduan bergambar untuk menangkap “ICE Teddy” dengan langkah mudah; snap dan siarkan, berpeluang memenangi Ice-Watch! Tempoh peraduan dari 9 – 26 Disember 2021. Inilah masanya miliki jam Ice-Watch, menarik bukan! ICE Teddy dan kotak Krismas bersaiz sebenar yang anda tidak mahu terlepas!
Musim cuti ini, memperkenalkan koleksi terbaru daripada Ice-Watch, ICE glam rock. Gegarkan gaya anda dengan koleksi percutian glam rock ICE! Dengan tali ultra-lembut silikon hitam atau putih dan bintang perak emasnya atau dail mengelektrik, jam tangan bersaiz kecil atau sederhana ini menyesuaikan diri dengan semua pakaian anda, sama ada siang atau malam!
Hiaskan pergelangan tangan anda dengan elegan pada semua keadaan! Batu Krismas tersedia dalam 5 warna, Electric Black, Electric White, Rebel Black, Stars dan Fame.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Anda pasti sudah mempunyai beberapa koleksi mask mulut untuk menghadapi keadaan norma baru yang akan sedang berlangsung. Bagi sesetengah orang, pemilihan bahan hingga motif masker menjadi hal yang penting.
Bagi pemakai hijab mencari masker yang boleh disesuaikan dengan hijab mereka juga menjadi perkara yang penting. Model Halima Aden mempunyai rekaan yang boleh membantu mereka yang mengenakan hijab dan turban melindungi diri mereka selama pandemik COVID-19.
Model Somali-Amerika berusia 22 ini telah bekerja sama dengan majalah Anywear dan Allure untuk membuat rangkaian koleksi hijab dan turban sederhana yang kompatibel dengan masker wajah untuk melindungi dari virus corona. Setiap set hijab dijuak dengan harga sekitar RM191, sementara paket tiga masker berharga RM170.58 dan set turban seharga RM221.75.
Semua produk diperbuat dari cotton organik 100% dan dilengkapi dengan butang dan kaitan bawaan untuk memastikan bahawa mask tetap melekat pada penutup rambut. Selain itu, untuk setiap pembelian, Anywear akan menyumbangkan topi medikal dengan kancing ke petugas barisan hadapan.
“Kerana kebanyakkan wanita yang mengenakan hijab bekerja di fasiliti perawatan kesihatan, saya ingin memastikan mereka memiliki pilihan yang selesa untuk mengenakan masker sambil menjaga rambut mereka tertutup,” ujar Halima yang merupakan model pertama yang mengenakan jilbab yang tampil di Sports Illustrated Swimsuit Issue.
Halima juga menambahkan bahawa warna-warna yang ia pilih ditujukan untuk memberikan perasaan ketenangan dan keamanan. Koleksi ini mungkin diproduksikan terhad, tetapi anda boleh mengilhamkan idea untuk menyematkan butang di bahagian hijab agar memudahkan memakai dan menangalkan mask.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...