Senyuman yang cantik boleh menyerlahkan kejelitaan seorang itu. Ditambah dengan barisan gigi yang tersusun rapi seperti senyuman Fazura membuat hati mudah jatuh hati.
Oleh sebab itu kita perlu menjaga gigi kita seperti bahagian lain kerana dengan senyuman kita itu membuat diri begitu berharga. Pastikan gigi kita sentiasa bersih agar tiada masalah ‘bau mulut’ yang boleh menghilangkan keyakinan diri.
Nyahkan ‘Karang Gigi’ Dengan Satu Bahan Ini!
Salah satu masalah bau mulut ini adalah berpunca dari karang gigi dan ia tidak boleh diambil ringan. Karang Gigi ini juga dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.
Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi. Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal.
Artikel berkaitan: 5 Kebiasaan Yang Menyebabkan ‘Skin Barrier’ Jadi Rosak! Wajib Tahu!
Cara Terbaik Buang Karang Gigi Di Rumah!
Anda boleh atasi masalah ini dengan lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi iaitu garam.
Ditunjukkan di sini cara untuk menghilangkan karang gigi menggunakan garam.
1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
- Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Sumber: Petua Bonda
Artikel berkaitan: Pantang Larang Skrub, Jangan ‘Paksa’ Kulit Mengelupas, Pilih Skrub Yang Tak Rosakkan ‘Skin Barrier’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gigih Jual Ikan Masin Dengan Untung 50 Sen, Dalam Diam Pakcik Ini ‘Pasang Niat’ Ingin Jejak Kaki Ke Tanah Suci
Mengerjakan ibadah umrah merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh seluruh umat Islam dan wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Betapa indahnya dapat melihat keindahan bumi Mekah dan Madinah serta merasai suasana tempat kelahiran Rasulullah dan Kota penghijrahan Baginda.
Buat individu yang kurang berkemampuan, mereka membanting tulang demi mengumpul wang yang cukup untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Ada juga yang sanggup berniaga di mana sahaja demi mencapai hasrat itu.
Seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini; mengenai kegigihan seorang pakcik yang berniaga ikan masin di hadapan sebuah pasar raya semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengerjakan ibadah umrah.
Artikel berkaitan: Lambaian Kaabah Ubah Nasib Wanita Ini Setelah Setahun Sakit Teruk Bertongkat, Hebatnya Kuasa Doa!
Gigih Berniaga Ikan Masin Depan Pasaraya
Pemilik akaun TikTok @vitaminbae_ telah memuat naik video tersebut yang telah mendapat perhatian serta ‘menjentik’ hati masyarakat. Difahamkan, pakcik yang ditemui itu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 an dan menjual di hadapan sebuah pasaraya di Tawau, Sabah.
@vitaminbae_ Rezeki pakcik yang gigih berjualan untuk kumpul duit pergi Umrah. Semangat terus pakcik! #vitaminbae #tapaumisteri #tapaukosong #tapauringan ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemilik akaun tersebut mendekati serta menghulurkan sedikit bantuan. Apa yang lebih sebak adalah pakcik tersebut hanya mengira dengan menulis pada tapak tangannya.
Setelah itu, lelaki tersebut telah menghulurkan duit melalui polisterin makanan. Dia juga sempat bersembang dengan pakcik tersebut sehingga pakcik tersebut menyatakan bahawa dia ‘memasang niat’ untuk mengerjakan umrah.
Tulis @vitaminbae_, dia langsung tidak menyangka bahawa pakcik itu berusaha keras melakukan perniagaan tersebut bagi mengerjakan umrah pada tahun hadapan walaupun keuntungan yang diambilnya tidak banyak iaitu hanya RM 0.50 sahaja untung yang diambil dari setiap pek yang dijual.
Sebak mendengar hasrat pakcik ini, lelaki tersebut terus menghulurkan lagi sejumlah wang kepada pakcik tersebut. Bersyukur atas pemberian yang diberkan, pakcik ini terus mengangkat tangan untuk berdoa.
“Mudahan panjang umur, umur dunia. Ini kita punya umur.
“Akhirat pun inshaaAllah, masuk syurga kita sama-sama,” kata pakcik tersebut.
“Semoga termakbul…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta mendoakan agar suatu hari nanti hasrat pakcik tersebut akan tercapai. Video tersebut kini telah tular dan mendapat lebih 360.7K tontonan dan 34.2K kesukaan.
“Saya berdoa Ya Allah semoga rezekinya dpt pergi umrah…”
“Alhamdulillah syukur mudah2an doa pakcik t’makbul amin….”
“Semoga Allah permudahkan segala urusan pakcik tuk menunaikan ibadah Umrah..aamiin”
“Mahal tuh doa dari Pakciknya.. semoga makbul”
“Moga murah rezeki dan dipermudah urusan saudara dunia akhirat…”
“Alhamdulilah. tkasih hamba Allah yg mulia hatinya..memudahkn urusan org lain..semoga pakcik juga dijemput menjadi tetamu Allah”
Artikel berkaitan: Tip Kumpul Duit Nak Pergi Buat Umrah, Boleh Ikut Cara Yang Ustaz Ini Kongsikan
Sumber: TikTok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cegah Kemurungan Berpanjangan Dan Atasinya Dengan Cara Islam. Doa-Doa Ini Patut Diamalkan
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berpanjangan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Banyak punca berlakunya kemurungan dalam diri seseorang. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya disebabkan oleh perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine). Ada juga yang mewarisi kemurungan daripada generasi keluarganya terdahulu atau persekitaran hasil daripada peristiwa hidup seperti kegagalan, kematian, atau bencana yang melanda dan kekurangan sokongan keluarga dan sosial.
Kemurungan turut boleh terjadi apabila seseorang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidism atau penyakit kronik lain. Kemurungan juga secara psikologinya berpunca daripada gaya dan corak pemikiran seseorang yang melibatkan bagaimana persepsi seseorang kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya. Pakar psikologi dan perubatan mencadangkan banyak langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif dalam membendung kemurungan daripada menjadi kronik, Antaranya
PUNCA PENYAKIT – Ketahui penyakit kita dengan cara berjumpa dengan pakar psikiatri atau doktor dan mendapatkan konsultasi daripada mereka.
UBAT-UBATAN – Makan ubat-ubatan dan rawatan susulan andai dinasihatkan sebegitu oleh pakar perubatan.
BERFIKIR SECARA POSITIF – Amalkan cara berfikir yang positif dan tenang dan menguruskan konflik-konflik yang boleh memekarkan tekanan dan kemurungan.
GAYA HIDUP – yang sihat perlu menjadi amalan dengan cara bersukan, berekreasi atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuat kita rasa gembira, dapat bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan, dan memenuhi hobi atau aktiviti kegemaran kita.
Atasi Kemurungan Cara Islam
Begitu pun, Islam memberikan panduan yang berbeza dalam pemerihalan usaha mengatasi masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada perasaan, jiwa dan nafsu.
Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya. Penyembuhan kemurungan dan masalah mental cara islam adalah secara kerohanian.
ZIKIR – Alternatif terbaik untuk merawat penyakit-penyakit mental ini dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa-doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar maa’ruf sebagaimana yang digariskan oleh syariat Islam.
SOLAT – Allah SWT akan membantu dan melindungi kita sebagai hamba-Nya mengatasi sebarang permasalahan termasuk masalah mental dan kemurungan dengan syarat kita berusaha dan berdoa dengan penuh
kesabaran dan tidak sesekali culas melaksanakan solat.
BERWUDUK & SELAWAT – Untuk terapi jiwa gunakan pendekatan Islam amalan membaca al-Quran, berwudhu’, dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagai satu bentuk usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
MENJAGA KESIHATAN – Islam menggalakkan kita meyeimbangkan juga usaha membendung penyakit mental ini secara fisiologi atau lahiriah. Antaranya ialah menjaga kesihatan diri melalui pemakanan seimbang dan mengikut sunnah dan aktiviti fizikal dan riadah secara tekal.
KOMUNIKASI YANG BAIK – Islam juga menyarankan melalui panduan Sunnah Rasulullah SAW yang sangat banyak dalam hal pembentukan silaturrahim dan hubungan sosial yang baik dalam masyarakat. ‘Kera sumbang’ adalah terma dan petunjuk kepada kecenderungan penyakit mental di mana kurangnya asimilasi, komunikasi, dan perkongsian aspirasi bersama pihak lain secara kolektif.
KELUARGA – Hubungan yang erat antara ahli keluarga dan masyarakat sekeliling berupaya merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Saranan Islam yang dinamakan ‘hidup berjemaah’ yang sangat cocok dalam merungkai kehebatan penyakit sosial seperti kemurungan dan tekanan perasaan. Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan perasaan dan kemurungan, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.
Himpunan Doa Untuk Hilangkan Rasa Susah Hati, Stress Dan Gelisah
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan.
Doa 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
Doa 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Doa 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
Doa 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
Doa 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Doa 6
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28
Doa 7
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wanikmal wakil)
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
– Surah Al-Imran Ayat 173
SUMBER : USIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Termometer Ini Sesuai untuk Memantau Keadaan Kesihatan Ketika Virus Sedang Menular. Ini Cara Pilih Termometer!
Termometer digital sangat membantu dalam mengukur suhu badan kerana hasilnya dapat dibaca dalam waktu cepat dan berupa angka yang pasti. Termometer digital ketika ini banyak di pasaran dengan pelbagai rekaan, serta penggunaannya bukan hanya digunakan di ketiak, tetapi ada juga diletakkan di telinga atau dahi. Lalu, termometer yang mana baik digunakan?
Di saat virus covid-19 menular seluruh dunia, artikel ini panduan untuk semua untuk mengawal suhu badan dan kesihatan sesama sendiri. Poin-poin yang perlu dititikberatkan ketika anda ingin membeli termometer digital dan cadangan 10 termometer digital terbaik yang dapat anda gunakan seharian bagi mengawal suhu badan anda dan keluarga.
Jenis termometer digital
Di pasaran ada dua jenis jenis termometer digital, iaitu jenis termistor dan inframerah. Mari kita pelajari keunggulan, mekanisma, dan perbezaan dalam formula jenis termometer tersebut.
Termometer jenis termistor, mengukur suhu badan di ketiak dan di bawah lidah
Termometer jenis termistor merupakan termometer yang digunakan di ketiak atau bawah lidah. Termometer jenis ini merupakan termometer yang banyak digunakan di klinik mahupun di rumah.
Termometer jenis ini menggunakan formula pengukuran tepat dan ada juga yang menggunakan formula ramalan dalam menampilkan suhu yang diukurnya. Dengan formula pengukuran sebenar, termometer akan menampilkan suhu badan yang sebenarnya. Prinsip penggunaannya hampir sama dengan termometer merkuri iaitu termometer harus diletakkan beberapa waktu di tempat pengukuran agar hasil yang tepat muncul.
Sedangkan dengan formula ramalan, termometer akan menampilkan suhu badan akhir yang telah dihitung dan diramalkan berdasarkan suhu badan yang dirasakan di awal. Hasil yang diperoleh memang akan dengan cepat, namun ternyata hasil pengukuran tersebut kadang agak berbeza dengan keadaan yang sebenanrnya. Kerana itu, kini formula mengamal sudah mulai dialihkan ke formula pengukuran sebenarnya.
Termometer jenis inframerah, mengukur suhu badan di telinga dan dahi
Termometer jenis inframerah adalah jenis termometer yang mengukur jumlah radiasi inframerah yang dipancarkan badan untuk mengetahui suhu badan. Termometer ini sangat bersih kerana tidak perlu menyentuh kulit seperti termometer jenis termistor. Selain itu, termometer ini sangat mudah digunakan dan hasilnya pun muncul dengan cepat, hanya sekitar sesaat.
Kekurangan jenis ini adalah ketika ingin mengukur suhu badan di telinga, hasilnya dapat tepat hanya jika hujung peralatan itu diarahkan terus ke gendang telinga. Selain itu pengukuran suhu di dahi juga kadangkala memberikan hasil yang kurang tepat. Anda perlu lebih berhati-hati ketika jika menggunakannya pertama kali. Jika selalu menggunakannya, kesalahan pengukuran akan semakin jarang terjadi.
Cara memilih termometer digital
Termometer digital dari pelbagai pengilang kini sudah banyak dijual di pasaran, namun termometer digital seperti manakah yang terbaik? Berikut beberapa poin yang perlu anda perhatikan dalam memilih termometer digital.
Pilihlah sesuai dengan tujuan penggunaan
Penting untuk membeli termometer digital yang sesuai dengan tujuan menggunakannya. Beberapa termometer digital yang dicadangkan untuk tujuan tertentu, jom baca artikel ini lebih lanjut!
Untuk bayi dan anak kecil, gunakan termometer bahan lembut dan kiraanya cepat
Bayi seringkali mengalami demam, oleh kerana itu anda perlu untuk memiliki termometer sendiri di rumah. Jika anak anda tidak gemar ketika termometer disisipkan pada ketiaknya, anda boleh gunakan termometer digital dengan formula ramalan yang dapat mengukur dengan cepat.
Ketika termometer diselitkankan pada ketiak bayi, orang dewasa memang perlu menahannya agar termometer tidak bergeser. Lebih baik jika hujung termometer dibuat dari bahan yang sangat lembut sehingga boleh dilentur. Namun, jika pengukuran suhu pada ketiak sulit dilakukan, jauh lebih baik anda menggunakan termometer inframerah yang disisipkan di telinga atau dahi.
Pilihlah termometer yang memang dikhususkan untuk bayi jika anda masih memiliki bayi di rumah, kerana termometer tersebut dapat mengesan suhu hanya dalam beberapa saat, dan juga dapat segera memanas hanya ketika menyentuh dahi.
Pemakaian termometer untuk seluruh anggota keluarga
Jika anda mencari termometer untuk digunakan oleh seluruh anggota keluarga, anda perlu memilih termometer yang membawa konsep formula ramalan namun juga dapat digunakan pada ketiak untuk mendapat hasil yang sebenarnya.
Jika anda ingin mengukur suhu dalam keadaan terburu-buru, gunakan termometer pada telinga atau dahi. Namun ketika anda ingin mengukur suhu secara tepat, Anda dapat menyisipkannya pada ketiak. Sangat praktis dan serbaguna untuk digunakan dalam pelbagai situasi.
Menggunakan termometer untuk mengukur suhu basal
Termometer basal adalah termometer khusus untuk mengukur suhu badan terendah wanita pada setiap bulannya guna mengetahui masa subur. Pengukuran yang terbaik adalah pada saat suhu badan terendah dicapai, iaitu waktu pagi hari setelah bangun tidur dan sebelum melakukan aktiviti lain. Pengukuran dilakukan dengan meletakkan termometer di mulut selama 5-6 minit untuk mendapat hasil yang tepat.
Untuk mengetahui masa subur, sebaiknya dilakukan selama 3 bulan berturut-turut, dan hasilnya dicatat setiap hari. Termometer basal ini biasanya dapat dihubungkan dengan media lain seperti smartphone atau komputer, supaya datanya dapat dipindahkan dan disimpan dengan baik.
Pemakaian termometer untuk orang ramai
Bagi perusahaan yang ingin melakukan pengukuran suhu pada banyak subjek, dicadangkan menggunakan termometer inframerah. Thermometer bersih kerana tidak perlu berhubung dengan badan, dan memungkinkan untuk mengesan suhu dengan cepat, sekitar 1 saat. Jika anda ingin memeriksa suhu banyak orang dengan cepat, pilihlah yang dapat mengesan suhu dengan cepat tanpa menyentuh kulit.
Pilihlah termometer yang juga memiliki kegunaan lain
Selain poin-poin di atas, anda juga dapat lihat juga keunggulan lain yang menyokong keselesaan penggunaan termometer digital. Berikut penjelasannya.
Perhatikan adakah termometer tersebut dapat dicuci dengan air
Termometer yang bersentuhan langsung dengan kulit harus selalu dijaga kebersihannya. Terutama, jika anda menggunakannya untuk seluruh anggota keluarga. Atau ketika anda ingin mengukur suhu badan pada mulut, perhatikan aspek kebersihannya.
Dalam kes seperti ini, lebih baik jika termometer tersebut dapat dicuci. Untungnya, ketika ini sudah ada beberapa produk yang dilengkapi dengan fungsi tahan air sehingga anda dapat mencucinya agar tetap bersih.
Pilihlah termometer yang mudah diganti bateri
Ketika bateri mula lemah, atau ketika volume suara mulai berkurang, mungkin bateri termometer tersebut sudah mulai habis. Untuk menghindari bateri yang habis secara tiba-tiba, penting untuk selalu memeriksa warna dan suara termometer.
Ada beberapa produk yang menampilkan level bateri pada layarnya, membuat pengguna lebih mudah untuk mengetahui level bateri yang berbaki.
Lampu mempermudah melihat hasil bacaan
Termometer dengan layar besar akan mempermudah pengguna untuk melihat hasil yang ditampilkan, namun dengan adanya lampu latar, pembacaan hasil akan lebih mudah lagi.
Bila anda ingin mengukur suhu badan anggota keluarga di tengah malam atau pagi hari, secara langsung dapat melihat hasil pengukuran tanpa perlu menyalakan lampu.
10 cadangan termometer digital terbaik yang boleh anda beli secara offline mahupun online. Pilihlah yang paling sesuai dengan keperluan anda.
1. Digital Thermometer Karakter
Termometer yang dapat mengukur suhu dengan tepat
Termometer ini direka khusus untuk kanak-kanak, kerana anak-anak seringkali tidak suka ketika ada termometer disisip di ketiaknya. Namun, ketika anda menggunakan termometer ini, mata anak anda dapat tertuju pada ujung termometer yang ada karakter haiwan lucunya, sehingga mereka tertarik dan akan tenang sejenak untuk diukur suhu badannya.
Selain rekaanya yang unik kerana menggunakan karakter binatang, warnanya pun direka mengikuti warna asli dari binatang tersebut. Anak anda pasti menyukai termometer ini. Rekaan yang menarik ini tentu berterusan dengan fungsi yang baik. Termometer dapat memberikan hasil pengukuran yang tepat dengan rentang kesalahan kurang lebih 0,1 oC dalam waktu kurang lebih 1 minit.
2. Beurer Multifunction Thermometer
Produk keluaran Jerman dengan masa garansi 3 tahun
Termometer produksi Jerman ini diyakini memiliki kualiti yang baik dan tahan lama. Hal ini dapat dilihat dari masa jamina yang diberikan, iaitu hingga 3 tahun. Namun jika termometer tiba-tiba rosak sebelum tahun ketiga habis, anda boleh memfailkan tuntutan pembaikan tanpa bayaran.
Termometer ini memiliki bentuk yang selesa untuk digenggam, sehingga dapat digunakan untuk seluruh anggota keluarga. Termometer ini dapat digunakan baik di telinga mahupun di dahi, praktik untuk digunakan pada anak-anak yang biasanya tidak boleh diam walau hanya beberapa saat. Layarnya pun cukup besar, sehingga anda mudah melihat hasil pengukuran yang tertera.
3. Thermo One Thermometer Digital
Selamat dan mudah dibawa kemana sahaja
Termometer berikut ini tentu akan menjadi salah satu barang kegemaran. Anda yang masih memiliki anak kecil tetapi ingin pergi berlibur atau menginap di tempat lain selama beberapa hari. Keadaan lingkungan yang berbeza dari keadaan di rumah seharian mungkin saja tidak sesuai untuk si kecil. Oleh kerana itu, anda perlu selalu membawa termometer untuk berjaga-jaga.
Termometer ini memiliki tutup dari bahan yang keras yang menutupi 7/8 dari termometer tersebut. Hal ini membuat termometer ini selamat di dalam beg tangan anda. Bentuknya yang kecil pun tidak memakan banyak tempat mahupun menambah beban bawaan anda. Namun, sebaiknya termometer diletakkan dalam bekasnya tersendiri untuk menghindari geseran yang atau tertindih barang lain.
4. Rycom Infrared Thermometer
Dapat digunakan untuk mengukur suhu apa saja
Adakah anda sedang mencari termometer yang dapat digunakan tidak hanya untuk mengukur suhu badan tapi juga dapat untuk mengukur suhu benda lainnya? Jadi, produk ini sangat tepat untuk anda. Produk ini selain untuk mengukur suhu badan, juga dapat anda gunakan untuk mengukur benda lain, seperti suhu makanan bayi, susu yang ingin diminum, atau suhu air mandi bayi.
Anda tidak perlu lagi mencelupkan jari ke dalam air mandi yang panas, atau mengira-ngira adakah bubur bayi anda sudah boleh dimakan atau tidak. Tinggal mengarahkan termometer ini ke benda tersebut, maka sedetik kemudian anda dapat langsung mengetahui suhunya, sangat mudah!
5. Omron Forehead Thermometer
Bandingkan hasil pengukuran sekarang dengan hasil pengukuran sebelumnya
Termometer ini dapat mengeluarkan bunyi beep yang panjang ketika hasil pengukuran suhu muncul, namun produk ini juga tidak bersuara ketika menu silent mode-nya diaktifkan. Ketika anak anda sedang tidur, tidak perlu mengganggu tidur mereka dengan suara beep dari termometer
Termometer ini juga otomatis menampilkan hasil dari pengukuran suhu sebelumnya. Ketika anak anda demam, anda dapat mengetahui apakah suhu badannya sudah turun atau belum dengan membandingkan langsung hasil pengukuran yang baru dengan yang sebelumnya. Anda juga dapat membandingkan dengan pengukuran beberapa kali sebelumnya, kerana termometer ini dapat menyimpan hingga 25 hasil pengukuran.
6. Microlife Digital Thermometer
Rekaan elegan dan dilengkapi dengan indikator bateri
Termometer ini memiliki rekaan yang sangat elegan, baik dari segi model mahupun bahan yang dipakai. Tutupnya yang tranparent membuat termometer ini kelihatan mewah. Selain itu, bahagian hujung pengukuran termometer dilapisi dengan emas, membuat produk ini semakin elegan dan mewah. Pelapisan emas tersebut juga bertujuan untuk menghindari terjadinya reaksi alergi pada kulit yang sensitif.
Nilai tambah lain dari produk ini adalah adanya indikator bateri yang memberitahu ketika bateri sudah mahu habis. Kini jika termometer tidak mahu menyala, tidak perlu lagi untuk mengira-ngira apakah termometer tersebut rosak atau hanya kerana baterinya habis.
7. Omron Digital Thermometer
Termometer yang tahan air
Termometer ini sesuai untuk anda yang sangat menyukai kebersihan dalam segala hal. Setelah digunakan pada ketiak atau mulut, anda dapat mencuci dan mengeringkannya sebelum menyimpannya kembali. Produk ini tidak akan rosak kerana telah direka untuk tahan terhadap air. Termometer akan tetap bersih pada pemakaian selanjutnya.
Keunggulan lain dari termometer ini adalah anda dapat menggunakan produk ini untuk waktu yang lama. Hal ini kerana termometer ini dapat diganti baterinya jika telah habis. Anda hanya perlu menyediakan bateri penggantinya sahaja di rumah. Namun, jika ada anak kecil di rumah, anda perlu berhati-hati dalam menyimpan bateri agar tidak terjangkau oleh anak anda.
8. Little GiantFlexible Digital Thermometer
Termometer fleksibel untuk anak usia tiga tahun ke atas
Termometer ini untuk kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas, produk ini dapat menjadi pilihan. Termometer ini sesuai untuk anak yang telah berusia tiga tahun ke atas kerana mereka sudah dapat mengerti ketika anda meletakkan termometer pada badannya, sehingga mereka akan diam dengan tenang sampai pengukuran selesai dilakukan.
Hujung pengukuran termometer direka sangat fleksibel sehingga anak dan juga anda akan lebih selesa dalam menggunakannya. Dengan bahannya yang lembut dan elastis, termometer ini selamat untuk kulit kanak-kanak. Selain itu, anda juga boleh mencuci termometer ini setelah digunakan. Sehingga termometer tetap terjaga kebersihannya walaupun digunakan oleh seluruh anggota keluarga.
9. Lotus Infrared Forehead Thermometer
Dapat menyimpan data hingga 32 hasil pengukuran
Termometer ini dapat digunakan untuk mengukur suhu badan basal guna mengetahui masa subur seorang wanita. Termometer ini dapat menyimpan data hingga 32 kali hasil pengukuran. Tidak ada masalah jika anda lupa menuliskan hasil pengukuran selama beberapa hari atau hingga satu bulan, anda tetap dapat membuat grafik suhu basal pada bulan tersebut.
Selain itu, kebersihannya pun terjamin kerana termometer yang sering disebut termometer tembak ini, dapat mengukur suhu badan tanpa perlu kontak dengan kulit. Penggunaan untuk mengukur suhu basal cukup dengan diarahkan ke mulut setiap kali bangun tidur, maka hasil akan terus muncul dalam sesaat.
10. Abaty Multifunctoin Infrared Thermometer 8 in 1 IT-903
Tiga warna lampu latar yang berubah sesuai suhu badan
Jika anda sedang mencari termometer yang memiliki lampu latar untuk memudahkan melihat hasil pengukuran, produk ini pilihan yang terbaik. Termometer ini tidak hanya memiliki 1 warna, melainkan 3 warna latar yang dapat berubah sesuai indikasi suhu badan. Warna hijau ketika suhu badan normal, warna oren ketika suhu antara 37,5o-38oC, dan warna merah ketika suhu badan lebih dari 38oC atau demam.
Termometer ini sangat membantu ketika anda sedang tidak memakai kacamata, kerana anda dapat mengetahui anda demam atau tidak dengan hanya melihat warna layar yang muncul saja. Penggunaannya pun mudah, hanya tinggal dimasukkan ke dalam telinga atau ditempelkan ke dahi, dan hasil akan muncul 1 saat kemudian.
Bagaimana cara membuang termometer?
Termometer digital yang dapat diganti baterinya tentu dapat dipakai untuk waktu yang lama. Namun, banyak juga termometer digital yang tidak boleh diganti baterinya ketika termometer tersebut sudah tidak dapat dinyalakan kembali.
Termometer seperti ini biasanya memiliki rentang hidup yang telah dikira oleh pengilang. Hal ini dapat kita lihat dalam buku panduan produk tersebut. Biasanya akan disebutkan masa hidup termometer tersebut adalah sekian tahun dan sekian bulan.
Ketika masa pakai termometer tersebut telah habis, anda dapat membuangnya seperti membuang peralatan rumah tangga lainnya, hanya saja sampah termometer ini tidak boleh dibakar. Namun, semua itu kembali kepada peraturan pemerintahan setempat, Anda dapat mempelajari terlebih dahulu kebijakan pemerintah daerah Anda mengenai hal ini.
Termometer digital adalah kemajuan teknologi yang cukup membantu untuk mengetahui suhu badan dengan cepat dan tepat. Penanganan juga dapat lebih cepat diberikan jika ternyata hasil pengukuran menunjukkan suhu tinggi atau demam.
Baik penggunaan termometer yang ditempelkan pada anggota badan, atau termometer tembak, semuanya sama memberikan hasil yang cepat dan tepat. Semakin sering Anda menggunakannya, hasil yang diperoleh akan semakin tepat. Lalu, manakah termometer yang menjadi pilihan Anda?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI