Bukan hanya di bahagian leher mahuoun ketiak yang sentiasa mengalami masalah ini, malah di wajah juga antara bahagian yang seringkali berdaki jika tidak dicuci dengan rapi. Kulit wajah yang berdaki bukan sahaja menghilangkan seri wajah, malah ia akan menjadikan keseluruhan kulit muka menjadi kusam dan kotor.
Sebelum kamu dilabel sebagai seorang yang malas menjaga muka, baik kamu ikuti langkah ringkas ini untuk menghilakan kotoron degil dan daki di muka.
1. Mencuci tangan
Sebelum meletakkan pencuci muka ke atas tangan, amat penting untuk membersihkan kedua-dua belah tapak tangan dengan bersih terlebih dahulu kerana tapak tangan terdapat banyak bakteria yang boleh merosakkkan kulit muka. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan bakteria, kamu disarankan untuk membasuh kedua-dua belah tangan terlebih dahulu.
2. Membersihkan muka
Langkah kedua adalah dengan membuang segala kotoran di muka seperti make up dengan kapas dan make up remover kerana pencuci muka tidak cukup untuk menghilangkan kotoran dan daki di muka. Liang-liang pori akan tersumbat dan tidak bersih secara mendalam jika tidak membuang kotoran di muka terlebih dahulu. Membersih muka di waktu pagi dan juga sebelum tidur amatlah digalakkan untuk memastikan muka sentiasa segar dan bersih. Terutamanya kepada kamu yang memiliki kulit yang berminyak, pastikan membersih muka dengan kerap.
3.Memilih pencuci muka
Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit dan titiskan ke atas tapak tangan. Ratakan ke seluruh muka yang sudah dibilas dengan air terutamanya di dahi dan T-zone. Urutkan muka dalam bentuk pusingan dengan perlahan-lahan selama 60saat supaya ianya meresap di dalam kulit. Untuk produk yang sesuai, pastikan kamu faham tentang masalah kulit muka supaya produk yang dibeli bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Kalau tidak, membazir wang nanti!
4. Membilas air
Seterusnya, bilas muka dengan air yang bersih sebaiknya air suam. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka yang lembut seperti microfiber towel. Sebenarnya, membilas muka dengan air yang suam atau sejuk amat disarankan untuk memastikan fungsi kebaiakn produk yang dipakai tadi berkekalan di muka dan memberi kebaikan kepada kulit wajah.
5. Menggunakan toner
Aplikasikan toner pada muka selepas membilas untuk menghilangkan lagi kotoran dan daki pada kulit muka. Untuk memberikan lebih rasa segar, kamu juga boleh memilih produk toner yang mempunyai ‘cooling effect’ seperti jenama OXY. Tapi harus diingat, pastikan ia bersesuaian dengan jenis kulit muka kamu!