Hijabi sering memandang ringan dengan masalah jerawat badan ini. Jangan begitu kerana tahukah anda jerawat badan ini akan ‘mematikan’ selera si suami sekiranya anda sudah berumah tangga.
Tanpa disedari, jerawat badan juga boleh membuatkan anda merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. Jadi, mulai hari ini, ambil peduli dengan jerawat badan yang ada pada tubuh anda. Jom hapuskan jerawat tersebut dengan 8 cara mudah ini.
1. Rajin Bersihkan Diri
Jika anda mandi dengan kerap, maka kulit dan liang-liang kulit akan bersih dan segar pada setiap masa. Keadaan ini dapat mengelakkan longgokan minyak dan kotoran. Ingat, kulit yang bersih mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat.
Ada kemungkinan jerawat yang tumbuh di badan anda disebabkan oleh sabun atau gel mandian yang anda gunakan. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit anda bagi menghapuskan bakteria dan membuang sel-sel mati.
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah penting untuk mengekalkan kestabilan hormon dalam badan anda. Air juga membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu melindungi liang kulit anda daripada tersumbat.
Anda boleh beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang menjadikan kain lebih lembut dan juga membunuh kuman dengan betul. Sentiasa ingat bahawa memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria pada kulit anda dan mampu mengelakkan jerawat badan.
Makanan bergoreng meningkatkan tahap minyak dalam badan anda. Ini bukan sahaja membawa kepada pertambahan berat badan tetapi juga membuat liang kulit anda tersumbat dengan minyak. Sebaiknya, makan sayur-sayuran atau buah-buahan bagi mengembalikan semula kulit yang cantik.
Minyak Tea Tree adalah minyak yang paling selamat untuk disapu pada apa sahaja jenis jerawat. Ekstrak Tea Tree mengandungi ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat yang mengelakkan pertumbuhan dan penyebaran jerawat. Ia berkesan merawat jerawat yang sedia ada.
Gel Aloe Vera melegakan kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu mengeringkan jerawat dan mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna.
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar tidak terlalu berpeluh dan kulit yang melekit juga boleh membawa kepada jerawat badan. Anda perlu memilih fabrik lembut dan ringan yang membolehkan udara melaluinya seperti kapas dan linen.