Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, bagaimanapun masih mampu mengekalkan keharmonian di bawah lembayung ‘rakyat Malaysia’ dan mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi negara. Manakala, memberi kebebasan menganuti agama mengikut kaum masing-masing.
Baru-baru ini, Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari seorang pengisian kandungan dari luar negara, Ekaterina bahawa Malaysia merupakan negara terbaik untuk mendalami Islam. Beliau juga amat teruja dan mangagumi kelebihan di negar kita ini!
@gomalaysia Malaysia is helping out the Muslim community to grow 🙏🤲🇲🇾 #malaysia #malaysiatrulyasia #islam #welcometoislam #shahalam #omarsuleiman #faithevents #amazingmalaysia #islamic_media #muslimtiktok #omarsuleimanofficial #drhaifaayounis #yasminmogahed @faitheventsmy @Omar Suleiman Official #madani ♬ original sound – Go Malaysia!
Perkara berkenaan dimaklumkan Ekaterina menerusi satu muatnaik hantaran video menggunakan akaun TikTok @gomalaysia.
Dalam video berkenaan dapat dilihat Ekaterina yang hadir ke Malaysia untuk menghadiri ceramah di Malaysia dan menganggap Malaysia adalah sebuah negara terbaik khususnya bagi mereka yang berhasrat mempelajari tentang Islam.
Artikel berkaitan: Insaf Lepas Dengar Ceramah Ustaz Di Youtube, Jurusolek Ini Nekad Henti Guna Bulu Mata Palsu & Sanggul Tinggi.
Menerusi hantaran video sama, Ekaterina turut berkongsi beberapa aktiviti Islamik melibatkan penceramah agama dari luar negara yang pernah menjejakkan kaki untuk mengadakan majlis ilmu di dalam negara ini.
Dedah Ekaterina lagi, dirinya juga pernah menghadiri ceramah agama Islam yang diberikan oleh Omar Suleiman di Selangor.
“Baru-baru ini, saya baru sahaja menghadiri ceramah Omar Suleiman di Shah Alam,” katanya.
Dalam hantaran video sama, Ekaterina turut menyertakan sedutan ucapan daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan berhubung penerimaan negara terhadap segala aktiviti-aktiviti dakwah.
“Malaysia merupakan sebuah masyarakat terbuka. Alhamdulillah, suasana ini bersifat agak demokratik.
“Secara umumnya, pendedahan ilmu dari luar ini akan menjadikan pemikiran masyarakat lebih terbuka dan berfikir dengan lebih kritis dan kreatif.
“Ini yang menjadikan Malaysia sebagai tempat yang terbaik di dunia untuk mempelajari lebih banyak perkara mengenai Islam,” katanya.
Sebagai penutup di akhir video, Ekaterina berpendapat bahawa Malaysia amat memainkan peranan yang penting, khususnya dalam membantu komuniti Islam berkembang dengan lebih pesat secara global.
Artikel berkaitan: Stres Budak Zaman Sekarang Memang Real, Penceramah Motivasi Kongsi Luahan Murid Antaranya Sering Dibandingkan Dengan Sepupu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.