Malas Nak Basuh Tangan Lepas Keluar Tandas, Anda Sengaja Tempah Penyakit

Share

Sudah menjadi tabiat untuk kita membasuh tangan sejurus memegang apa-apa benda lalu ingin pula menjamah pisang goreng yang di beli oleh rakan. Tapi, ada juga kadangkala malas nak basuh tangan ini sebab sinki yang jauh.

Sebenarnya ada sebab kenapa anda perlu basuh tangan selepas pegang bermacam-macam benda. Ingin tahu lebih lanjut, kita pelajari sama-sama.

Basuh sahajalah tangan, jangan malas!

Sumber gambar dari Canva

Tangan adalah salah satu nikmat tuhan yang banyak kita pakai, salah satunya seperti makan, pegang muka, dan juga banyak membantu dalam kehidupan seharian. Dengan itu, tangan boleh di jangkiti dengan beribu-ribu jenis kuman. Terdapat satu kajian daripada University Of Colorado yang menjelaskan purata tangan manusia mengandungi 3, 200 bakteria yang terdiri dengan 150 spesies yang berbeza.

Jadi anda ingin merungut lagi tidak mahu basuh tangan anda lepas sudah puas main telefon bimbit, keluar dari tandas, malah, selepas menggaru kulit kepala! Ketahuilah bahawa ianya sangat bahaya dan anda perlu tahu kenapa ia menjadi perkara yang anda patut patuh.

Artikel berkaitan: Basuh Tangan Pakai Sabun & Air Pun Dah Cukup, Lagi Bagus Kalau Pakai Sabun Untuk Seisi Keluarga

Sumber gambar dari Canva

Tangan banyak di gunakan hampir kepada semua aktiviti

Banyak perbuatan kita yang menngunakan tangan misalnya seperti makan dan minum, mengemas, mengangkat barang, bahkan, menjadi alas kepala jika tiada bantal, kedengaran lucu bukan? Jadi tidak hairanlah jika bakteria dan kuman boleh menempel pada tangan dan di sebarkan melaluinya.

Tidak membasuh tangan selepas membuat suatu perkara yang ‘kotor’ sangat membahayakan diri anda. Bayangkan kuman yang sudah menempel dari keluar tandas kini telah tersebar di muka anda, apa perasaan anda sekarang?

Satu faktor membantu mencegah penyakit berjangkit

Mencegah sesuatu penyakit lebih baik dari mengubati, itulah salah satu kata-kata hikmat yang sering kita dengar dalam penjagaan kesihatan. Baru-baru ini penyakit yang berjangkit seperti Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HDMD), cirit-birit, malah influenza senang sahaja tersebar akibat sentuhan.

Jadi kunci utama untuk mengelakkan permasalahan ini dari berterusan adalah dengan pencegahan—yakni basuh tangan anda! Pegang apa sahaja yang kelihatan ‘kotor’ boleh terus sahaja basuh tangan, khuatir kuman ‘influenza’ menempel lama di situ.

Sebagai Langkah berjaga-jaga, pastikan anda basuh tangan pada waktu yang bertepatan dan dalam keadaan yang sesuai. Jaga kesihatan ini tidak mudah seperti yang di sangka jadi selagi ada masa, jaga dengan lebih baik

Sumber info: Hellodoktor

Artikel berkaitan: Tabiat Membasuh Rambut Setiap Hari! Kulit Kepala Belum Sempat Bernafas Dah….

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee