Tidur yang cukup penting bagi mengekalkan badan yang sihat. Tidur adalah waktu untuk badan berehat dan memulihkan tenaga. Apabila seseorang itu tidak cukup tidur, emosinya terganggu.
Tidur yang tidak mencukupi bukan saja menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan mental yang menjejaskan kebolehannya menguruskan emosi dengan baik malah mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti kanser.
Ada tak yang susah nak tidur? Puas dah paksa mata tapi susah nak lelap juga? Bagi mereka yang susah sangat nak tidur, apa kata kalau cuba baca doa ini. Doa ini diambil dari kitab Al-Adzkar karya Imam An-Nawawi.
Suatu ketika Zaid bin Tsabit susah nak tidur, kemudian dia mengadu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan Baginda mengatakan kepada Zaid agar membaca doa ini.
Setelah membaca doa ini, penyakit susah tidurnya pun hilang dan Zaid kembali tidur seperti biasa.
Jadi bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur terutama di musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mengamalkan membaca doa ini.
Semoga tidur malam anda lebih lena dan anda bangun untuk sahur dengan lebih segar dan bertenaga. Dengan cara itu anda mampu melakukan amal ibadah dengan lebih tenang.
Sumber kredit: Ustaz Syed Abdul kadir Aljoofre
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menyesal Tidak Endahkan Masjid Sebelum Ini, Ramai Terharu Bila Masjid Nabawi Dibuka Untuk Solat
Banyak hikmah di sebalik pandemik Covid-19 antaranya jika sebelum ini kita tidak mengendahkan untuk solat di masjid tetapi ketika wabak Covid-19 mengganas di serata dunia, pintu-pintu masjid-masjid terus tertutup rapat.
Ketika itulah ramai yang menyesal dan menangisi peluang yang selama ini disia-siakan. Hati seakan sedih dan pilu kerana tidak lagi berpeluang untuk menunaikan ibadah solat di masjid serta solat berjemaah.
Ikuti perkongsian Najmi Farisham.
Betapa rindunya hati insan untuk kembali berjemaah di Masjid Nabawi. Akhirnya pada subuh pagi tadi (31 Mei 2020), pintu masjid yang telah sekian lama ditutup rapat dibuka semula. Orang ramai berduyun-duyun ke sana bagi mendapatkan tempat dan saf.
Ada garis panduan yang harus dipatuhi. Pelitup muka wajib dipakai. Kanak-kanak tidak dibenarkan langsung untuk datang. Air zamzam pula dihentikan penyediaannya buat sementara waktu.
Syukur. Alhamdulillah. Segala pujian hanyalah bagi Allah SWT.
Doa dipanjatkan tanda syukur. Air mata mengalir keluar tanda gembira. Perasaannya seperti hari inilah hari raya. Setelah hampir 2 bulan lebih tidak menjejakkan kaki ke masjid yang dicintai ini. Setelah mengharungi 30 hari Ramadan tanpa bertarawih berqiamullail di sini.
Hari ini, seakan tidak percaya. Penduduk setempat sudah boleh masuk berjemaah semula di sini.
Walaupun pembukaannya dibuat secara berperingkat, namun sedikit kelonggaran ini sudah cukup nikmat. Tiadalah nikmat yang asyik direbut saat bermukim di Madinah selain daripada dapat solat di Masjid Nabi SAW.
Lockdown tempoh hari menyedarkan kita semua akan nikmat yang tidak terperi ini. Tuhan menegur sikit saja hati-hati yang terleka. Ketika ada ruang dan peluang untuk menziarahi masjid, kita buat-buat sibuk dengan aktiviti lain.
Akhirnya kita semua merinduinya bersama. Menyesal akan sikap tidak endahkan masjid sebelum ini.
Dan kini, bila dengar saja ada masjid akan kembali dibuka. Kita semua seronok. Biarlah sebelum ini jarang sekali menjejakkan kaki ke masjid. Namun perasaan sebegini, dirasai oleh semua.
Ya Rabb, dekatkan hati-hati kami dengan masjid walau di mana kaki ini berpijak.
Setakat ini, hanya Masjidilharam yang masih belum dibuka kepada orang ramai. Selain daripada itu, sekitar 90,000 buah masjid di seluruh Arab Saudi sudah mula dibuka untuk solat berjemaah dengan garis panduan yang mesti dipatuhi.
Itulah.
Sumber kredi: Najmi Farisham
Sumber gambar: Media Haramain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Mustajab & Selamat Dari Fitnah Kubur, Ini Antara Keistimewaan Hari Jumaat Yang Anda Harus Tahu
Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
1.HARI YANG PALING UTAMA
Rasullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari jumaat, didalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga ia wafat, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyaklah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rusak dan habis Nabi SAW bersabda: “Dapat kamu katakan aku akan rusak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi-nabi.”
2.WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
Pada hari Jumaat ini adalah waktu yang paling mustajab jika kaum muslimin berdoa dan mengharap sesuatu dari Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata: “Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah)yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
3.HARI UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD SAW
Dalam buku “Durratun Nashihin” dijelaskan, pernah suatu ketika Nabi Musa as. pergi ke Bukit Baitul Maqdis. Di sana ia melihat suatu kaum yang tengah beribadah kepada Allah SWT dengan kesungguhan yang tinggi. Nabi Musa terus bertanya kepada mereka dan mereka menjawab:
“Kami termasuk umat tuan, kami telah beribadah kepada Allah SWT disini semenjak 70 tahun dengan kekhusyukan yang sesungguhnya. Pakaian kami adalah kesabaran, dan makanan kami adalah tumbuh-tumbuhan di bumi, sedangkan minuman kami adalah air hujan.”
Melihat itu Nabi Musa as merasa senang. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya:
“Hai Musa, ada satu hari untuk umat Muhammad, yang solat dua rakaat pada hari itu lebih utama daripada ini semua. Tuhanku, hari apakah itu? Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya hari itu adalah hari jumaat.”
Hari jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu segala hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Labahah bin Abdul Munzir ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari jumaat itu ialah kepala sekalian hari yang terbesar disisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)
4.TERPELIHARA DARI FITNAH KUBUR
Orang-orang yang matinya pada hari atau pada malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis dinyatakan:
Dari Abdullah bin Amr ra.dari Nabi SAW beliau bersabda:
“Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)
5. BAIK UNTUK MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab: “Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya baginda? Rasulullah SAW menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.
Jika kita ingin mengadakan walimatul urus bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain seperti cuti sekolah, hari Ahad serta hari yang dirasa sesuai untuk mengadakannya. Namun usahakanlah hari pernikahan itu dilakukan pada hari Jumaat. Sebahagian ulama mengatakan; Telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari Jumaat iaitu:
*Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa
*Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha
*Pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Shafrawa
*Pernikahan antara Nabi Sulaiman as.dengan Puteri Balqis
*Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
*Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
*Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah
Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Amal Jariah Ini Akan Buat Pahala Tetap Mengalir Tanpa Henti, Walaupun Anda Sudah Meninggal Dunia
Isi Kandungan
ToggleMati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
Tiada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
1. Terlibat dalam pembinaan masjid. Tentunya pahala anda akan berganda-ganda.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital-hospital. Apabila orang sakit menggunakannya, kita juga akan mendapat pahala.
3. Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca mahupun diselak helaiannya.
4. Apabila air diminum dari water cooler dan dapat menghilangkan dahaga orang ramai, anda juga turut mendapat pahalanya.
5. Menanam pokok untuk orang berteduh dari panas terik dan hujan lebat, serta juga tempat berteduh haiwan, anda akan mendapat ganjaran pahala.
6. Dan yang paling mudah tolong sebarkan perkara ini, pasti anda akan mendapat pahala dengan mudah.
Insya-Allah, amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI