Fesyen

“Makin Besar, Makin Cantik Anak Dara!” ABBY ABADI Kongsi Momen Mesra Bersama Marissa Dania & Danisha Raih Pujian

Share

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Ibu dan anak sama-sama cantik! Masing-masing punya pesonanya yang tersendiri.

Itulah kelebihan yang dimiliki Abby Abadi dan dua anak daranya Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Terserlah keakraban mereka setiap kali meluangkan masa bersama.

Baru-baru ini, pelakon Gerak Khas ini memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya.

Video tersebut memaparkan keakraban Abby bersama dua puteri cantiknya itu ketika makan bersama di sebuah restoran.

Dalam video itu, gelagat Abby mencium pipi Dania dan Danisha secara berulang kali mencuri perhatian para pengikutnya.

Reaksi Dania dan Danisha ketika itu pula sedikit malu-malu.

Tulis Abby di ruangan kapsyen, mereka jarang dapat bergambar bertiga kerana banyak halangan.

“Kadang tak bersiap, kadang comot.. kadang tudung tak betul, kadang itu kadang ini.. macam-macam masalah”

Abby, 43, turut mempunyai seorang anak lelaki Mohamed Danish Hakim yang kini mencecah usia 21 tahun.

Anak terunanya itu juga dilihat semakin matang dan mewarisi ketampanan bapanya, Norman Hakim.

Untuk info, Abby dan Norman mendirikan rumahtangga pada 2002 namun bercerai pada 2008.

Kini mereka bahagia bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Abby kini bahagia dengan perkahwinannya yang terkini bersama Muhammad Faizal Zakaria.

Hampir mencecah usia 19 tahun, kecantikan Dania sering meraih pujian warga maya. Biarpun bertudung labuh dan berpakaian longgar, Dania sentiasa tampil bergaya sesuai dengan usianya yang masih muda.

Bergelar anak kedua dalam keluarga, Dania memiliki perwatakan yang lembut dengan senyuman yang menawan.

Biarpun pernah terpalit dengan kontroversi tahun lalu, Dania selesa mengambil langkah ‘berdiam diri’ dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.

Sementara adiknya Danisha, dilihat lebih low profile namun memiliki raut wajah yang ayu dan manis. Danisha merupakan anak ketiga (bongsu) dalam keluarga.

Pernah berkongsi di Instagramnya, Abby memberitahu Danisha yang digelar Baby Danisha mempunyai karakter berbeza daripada kakaknya Dania.

Kata Abby, Danisha seorang yang tidak suka bergambar. Apa pun, Dania dan Danisha dianggap bertuah kerana mewarisi kecantikan ibu mereka.

Apatah lagi, ibu kesayangan mereka itu tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak-anak yang dianggap kesayangan dunia akhirat.

Untuk rekod, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan merupakan bekas ahli kumpulan Elite.

Abby turut mempunyai tiga anak angkat yang dijaga sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Kredit Foto: Instagram Abby Abadi, Marissa, Maria Danisha & KernaDia

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd