Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Ibu dan anak sama-sama cantik! Masing-masing punya pesonanya yang tersendiri.
Itulah kelebihan yang dimiliki Abby Abadi dan dua anak daranya Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Terserlah keakraban mereka setiap kali meluangkan masa bersama.
Baru-baru ini, pelakon Gerak Khas ini memuat naik satu video pendek di Instagram peribadinya.
Video tersebut memaparkan keakraban Abby bersama dua puteri cantiknya itu ketika makan bersama di sebuah restoran.
Hampir mencecah usia 19 tahun, kecantikan Dania sering meraih pujian warga maya. Biarpun bertudung labuh dan berpakaian longgar, Dania sentiasa tampil bergaya sesuai dengan usianya yang masih muda.
Ads
Bergelar anak kedua dalam keluarga, Dania memiliki perwatakan yang lembut dengan senyuman yang menawan.
Biarpun pernah terpalit dengan kontroversi tahun lalu, Dania selesa mengambil langkah ‘berdiam diri’ dan meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Sementara adiknya Danisha, dilihat lebih low profile namun memiliki raut wajah yang ayu dan manis. Danisha merupakan anak ketiga (bongsu) dalam keluarga.
Ads
Pernah berkongsi di Instagramnya, Abby memberitahu Danisha yang digelar Baby Danisha mempunyai karakter berbeza daripada kakaknya Dania.
Kata Abby, Danisha seorang yang tidak suka bergambar. Apa pun, Dania dan Danisha dianggap bertuah kerana mewarisi kecantikan ibu mereka.
Apatah lagi, ibu kesayangan mereka itu tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak-anak yang dianggap kesayangan dunia akhirat.
Untuk rekod, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan merupakan bekas ahli kumpulan Elite.
Senaman sememangnya mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kesihatan dan kecergasan. Selebriti Indonesia, Zaskia Adya Mecca seorang yang sering melakukan senaman. Namun, akhirnya dia dilarang melakukan aktiviti itu oleh suaminya kerana ketika itu Zaskia sedang hamil.
“Ada satu ketika saya benar-benar ketagih sukan sehinggalah suami membantah, ‘Bolehkah kamu berhenti, bukan setiap hari! Rehatkan diri kamu 1-2 hari dalam seminggu,” kongsi Zaskia di laman Instagramnya baru-baru ini.
Setelah sekian lama, Zaskia Adya Mecca mula menjadikan senaman sebagai salah satu rutinnya. Lebih-lebih lagi ketika dia mula merasakan badannya semakin kurang cergas.
“Untuk bersenam semula bukan mudah. Ketika pandemik, ia adalah rutin selepas Kama dilahirkan di Jogja. Tetapi apabila keadaan kembali normal dan pulang ke Jakarta, kami benar-benar malas untuk memulakannya,” kata Zaskia.
“Kadang-kadang keliru dengan badan saya, kenapa rasa letih sepanjang masa. Saya bangun daripada rasa segar, saya letih, saya mengantuk pada sebelah petang, saya mabuk dalam tengahari memang tak bertenaga,” tambahnya.
Zaskia Adya Mecca bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang masih bersemangat untuk bersukan. Zaskia menyertai mereka dan mengambil bahagian dalam sukan.
BAHAGIA
Menurut Zaskia lagi, dia kini sering merasa gembira dan berharap dapat menjalani kehidupan yang sihat secara konsisten. Salah satunya adalah dengan bersenam secara teratur.
“Hormon endorphin itu muncul lagi yang dah lama terpendam! Bismillah, semoga ini menjadi dorongan untuk saya kembali menjalani kehidupan yang sihat dan betul,” ujarnya.
Ramai yang telah dengar berita buruk mengenai kecelakaan yang berlaku akibat serangan jantung. Tambahan lagi, peratusan penyakit yang banyak menyerang manusia sehingga maut adalah penyakit serangan jantung.
Apa yang merisaukan lagi apabila seseorang terkena serangan jantung di suatu situasi di mana mereka bersendirian–di dalam kereta misalnya. Jadi apa yang kita patut lakukan?
Simptom serangan jantung berbeza mengikut setiap individu
Setiap individu yang mempunyai risiko sakit jantung membawa simptom yang berlainan. Begitu juga situasi yang mereka hadapi–ada yang terkena serangan jantung sewaktu dalam kereta, ketika makan, malah ada juga ketika tidur.
Semakin tahun meningkat, kita banyak lihat peratusan kadar serangan jantung yang menyebabkan kematian meningkat. Jadi ianya sangat bahaya dan orang ramai perlu peka dengan keadaan ini.
Serangan jantung ada jenisnya–di sini kami ingin terangkan serangan jantung dan sakit dada pada sebelah kiri yang menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat. Maka, keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak, kolesterol, dan juga bahan lain yang boleh membentuk plak pada dinding arteri jantung.
Plak yang tersumbat juga boleh pecah dan membentuk darah beku, ianya boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan lagi otot jantung kekurangan darah dan mati dalam proses tersebut. Pelbagai simptom sakit dada pada sebelah kiri yang boleh di alami oleh mereka yang menghidap sakit jantung, antaranya:
Sakit dada pada sebelah kiri
Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu, atau belakang badan
Sudah semestinya serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ia pula sangat ‘mengejut’ dan selalunya mereka yang menghadapi serangan jantung ini akan berseorangan dan mereka akan jadi kaku seketika waktu kerana perit menahan sakit.
Apa yang anda perlu buat jika berlaku dalam situasi di mana pemandu atau salah seorang penumpang di dalam kereta terkena serangan jantung? Ini adalah cara-cara yang di syorkan oleh Hellodoktor:
Jika anda memandu dan mengalami serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan, bertenang dan menghala ke bahu jalan untuk berehat secepat mungkin.
Jika anda bersama penumpang lain di dalam kereta–suruh mereka dapatkan bantuan sejurus anda berhenti di bahu jalan.
Sila bawa bertenang walau apa pun terjadi.
Pastikan anda bawa mangsa yang terkena serangan jantung ke hospital secepat mungkin!
Hubungi khidmat kecemasan jika anda terlalu jauh dari hospital.
Berikan pesakit ubat jika mereka mempunyai ubat bersama mereka (nitroglycerin atau aspirin).
Jika anda baru sahaja pulih selepas terkena serangan jantung, pandu dengan perlahan untuk dapatkan bantuan terus kerana khuatir anda bakal di serang jantung lagi. Pastikan keadaan anda selamat dan hubungi khidmat kecemasan secepat mungkin sejurus anda sedar atau dapatkan bantuan secara terus.
Pizza adalah makanan kegemaran Hijabi? Jika ya adalah jawapanya! Anda mungkin tidak mampu menolak hidangan pizza yang enak dari Motorino ini!
Apa yang membuatkan Pizza Motorino ini berbeza dengan yang lain adalah, kepingan pizza Motorino amat rangup dengan taburan aneka jenis keju dan adunan sos lazat serta ramuan berkualiti di dalamnya menyerlahkan cita rasa sebenar piza Itali.
Malah, rangkaian restoran yang dimiliki dan dikendalikan lelaki kelahiran Belgium-Itali iaitu Cef Mathieu Palombino ini adalah penghasilan piza Neapolitan yang dimasak dalam ketuhar kayu yang diimport dari Itali.
Teringin Makan Pizza Itali? Motorino Pilihan Terbaik!
Melangkah masuk ke Motorino di SkyAvenue, ruang makan seluas 4, 000 kaki persegi dengan bahagian hadapan bangunan memaparkan rekaan tingkap gaya Itali berbingkai emas membuatkan para pengunjung seolah-olah berada di restoran Itali sebenar.
Malah, restoran francais di Malaysia juga merupakan yang terbesar setakat ini jika dibandingkan dengan beberapa cawangan lain seperti di Hong Kong dan Singapura!
Paling mencuri tumpuan tatkala menjamu selera di sini adalah kewujudan dua ketuhar piza yang dibawa masuk dari Naples, Itali semata-mata demi menerbitkan esensi The Motorino.
Begitu juga penyodok piza berbentuk dayung yang diperbuat daripada sekeping kayu dan ditempah khas untuk menghasilkan piza ala Itali.
Sebanyak 20 Pilihan ‘Topping’ Pizza Tersedia Untuk Menjamu Selera Hijabi
Di Motorino SkyAvenue, pelanggan tidak sekadar berpeluang menikmati hidangan piza terkenal ini malah disajikan dengan keseluruhan proses pembuatan piza Motorino. Terdapat lebih daripada 20 pilihan inti yang boleh ditambah ke dalam piza.
Ini termasuk ramuan kubis Brussel, dua jenis ikan bilis, arugula segar, keju mozarela, keju fior de latte iaitu mozarela segar yang diperbuat dengan susu lembu, ayam belanda, pepperoni dan kepah.
Harga piza yang ditawarkan bermula dengan harga RM45 hingga RM67 sekeping. Selain itu, terdapat sajian pencuci mulut seperti tiramisu, kek coklat dan gelato.
Bahkan, piza yang berasal dari Brooklyn dan East Village ini pernah diiktiraf sebagai restoran piza Itali Neapolitan terbaik di New York. Kini anda boleh menikmatinya di Resorts World Genting Highland.
Jika anda ke Genting Highlands usah lepaskan peluang ke Motorino yang terletak di aras 1, SkyAvenue yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari Ahad hingga Khamis dan 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!