Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dan pelakon cantik manis Nabila Razali yang baru dua bulan bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani.
Mereka bernikah pada 18 November 2022 di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.
Sejak bergelar isteri, Nabila Razali atau nama komersilnya Bella kelihatan semakin berseri-seri.
Nampaknya, seri pengantin yang dimiliki oleh artis berusia 31 tahun ini masih belum hilang. Orang kata masih dalam mood ‘bulan madu’ kan?
Rupa-rupanya Bella sangat konsisten dengan rutin penjagaan kulitnya sejak zaman bujang lagi.
Hijabista kongsikan temu bual bersama Bella, bercakap tentang rutin penjagaan asas kulitnya agar kekal berseri dan flawless.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua dan Pematah Hati ini, untuk mendapatkan kulit cantik seperti yang diimpi memerlukan pelaburan kos yang tinggi.
Apatah lagi dirinya yang bergelar public figure.
“Tak dinafikan, ia melibatkan kos yang banyak jugalah. Sebab dalam rutin penjagaan kulit Bella perlu ada krim siang dan malam, eye mask, pelembap, penyegar, serum, dan sebagainya.
“Kalau ada jerawat nak kena ada acne patch. Banyak la sikit, renyahlah kejenya. Tapi, it is an investment kepada wanita dan juga lelaki di luar sana.
“Jangan pandang remeh kepada rutin penjagaan kulit ni. Semakin kita menua, kita pun tak tahu apa yang ada pada kulit kita kan.
“Mungkin sekarang ‘letop’ lah tapi bila dah tua nanti dah start keluar jeragat. Jadi, sangat pentinglah amalan rutin penjagaan kulit ni.”
Kulit Pernah Breakout
Bella atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali turut mendedahkan dia juga pernah mengalami masalah kulit sebelum bergelar artis.
“Bella rasa sewaktu Bella belajar dulu kot. Waktu belajar dulu kita tak ada banyak modal nak beli barang-barang ni semua.
“Tapi sekarang alhamdulillah. Kalau dulu, ada jerawat je picit. Itu sajalah penyelesaiannya. Lepas tu tinggal dark spot pada kulit. Bella pula jenis tangan gatal, ada je jerawat rasa nak picit.
“Sedangkan kita pun tak tahu bakteria apa yang ada dekat kuku kita kan. Bila picit tu tinggal bekaslah. So itu yang membuatkan Bella hilang keyakinan sikit.”
Masa berlalu, ia mula memberi kesedaran buat Bella tentang penjagaan kulit.
“Alhamdulillah, sekarang Bella pun dah ada duit. Bella dah start jaga kulit muka. Sekarang ni tak ada lah flawless sangat tapi ada perubahan yang baik pada kulit Bella.”
Pernah Cuba Putih Telur
Bella juga pernah menggunakan putih telur sebagai mask. Dia percaya bahan tersebut dapat membantu menjadikan kulitnya tegang.
“Bella try dan memanglah bila putih telur tu dah kering, kulit kita akan jadi tegang. Bila dah cuci, rasalah anjal dan sebagainya.
“Tapi, macam mana pun kulit kita memerlukan nutrien-nutrien yang lain juga untuk menaikkan seri wajah,” ungkap Bella yang tak pernah lokek dengan senyuman.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini