Sejak bergelar isteri, Nabila Razali atau nama komersilnya Bella kelihatan semakin berseri-seri.
Nampaknya, seri pengantin yang dimiliki oleh artis berusia 31 tahun ini masih belum hilang. Orang kata masih dalam mood ‘bulan madu’ kan?
Rupa-rupanya Bella sangat konsisten dengan rutin penjagaan kulitnya sejak zaman bujang lagi.
Hijabista kongsikan temu bual bersama Bella, bercakap tentang rutin penjagaan asas kulitnya agar kekal berseri dan flawless.
Ads
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua dan Pematah Hati ini, untuk mendapatkan kulit cantik seperti yang diimpi memerlukan pelaburan kos yang tinggi.
“Tak dinafikan, ia melibatkan kos yang banyak jugalah. Sebab dalam rutin penjagaan kulit Bella perlu ada krim siang dan malam, eye mask, pelembap, penyegar, serum, dan sebagainya.
“Kalau ada jerawat nak kena ada acne patch. Banyak la sikit, renyahlah kejenya. Tapi, it is an investment kepada wanita dan juga lelaki di luar sana.
“Jangan pandang remeh kepada rutin penjagaan kulit ni. Semakin kita menua, kita pun tak tahu apa yang ada pada kulit kita kan.
“Mungkin sekarang ‘letop’ lah tapi bila dah tua nanti dah start keluar jeragat. Jadi, sangat pentinglah amalan rutin penjagaan kulit ni.”
Ads
Kulit Pernah Breakout
Bella atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali turut mendedahkan dia juga pernah mengalami masalah kulit sebelum bergelar artis.
“Bella rasa sewaktu Bella belajar dulu kot. Waktu belajar dulu kita tak ada banyak modal nak beli barang-barang ni semua.
“Tapi sekarang alhamdulillah. Kalau dulu, ada jerawat je picit. Itu sajalah penyelesaiannya. Lepas tu tinggal dark spot pada kulit. Bella pula jenis tangan gatal, ada je jerawat rasa nak picit.
“Sedangkan kita pun tak tahu bakteria apa yang ada dekat kuku kita kan. Bila picit tu tinggal bekaslah. So itu yang membuatkan Bella hilang keyakinan sikit.”
Ads
Masa berlalu, ia mula memberi kesedaran buat Bella tentang penjagaan kulit.
“Alhamdulillah, sekarang Bella pun dah ada duit. Bella dah start jaga kulit muka. Sekarang ni tak ada lah flawless sangat tapi ada perubahan yang baik pada kulit Bella.”
Pernah Cuba Putih Telur
Bella juga pernah menggunakan putih telur sebagai mask. Dia percaya bahan tersebut dapat membantu menjadikan kulitnya tegang.
“Bella try dan memanglah bila putih telur tu dah kering, kulit kita akan jadi tegang. Bila dah cuci, rasalah anjal dan sebagainya.
“Tapi, macam mana pun kulit kita memerlukan nutrien-nutrien yang lain juga untuk menaikkan seri wajah,” ungkap Bella yang tak pernah lokek dengan senyuman.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setelah setahun berumahtangga, Mat Dan dan pasangannya kini telah selamat menimang cahaya mata sulung awal Mei lalu. Mat Dan mengumumkan status terkininya itu dalam laman sosialnya. Kalau sebelum ini hanya gambar jari sahaja dimuat turut, tetapi hari ini Mat Dan memuat turut foto penuh bayi lelakinya hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Nadifa Adnan.
Sebaik dimuat turut tiga jam lalu, netizen turut memuji kecomelan bayi Pan Asian ini. Ramai yang kata, jika mengikut bentuk hidung dan tinggi seperti ayahnya, Mat Dan.
Sebelum itu dalam status terdahulu Mat Dan memberitahu kelahiran anak sulungnya ini dan berkata keduanya berada dalam keadaan sihat. Malah dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak sulungnya ini.
Bayi lelaki yang lahir pada 5 Mei lalu di sebuah hospital swasta tetapi dia hanya memberitahu kepada umum tiga hari lalu.
Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi ini daan mendoakan anak kecil ini menjadi anak dan hamba Allah yang soleh.
@ibnati86 Tahniah matdan & difa.. Semoga jd anak yg soleh.. Berjaya dunia akhirat.. Penyejuk hati & mata ibu ayah..
@rose.jamilahTahniah mat dan isteri Difa….semoga menjadi anaknyang soleh..aamiin
@yin_youngliving Alhamdulillah & tahniah @mat_dan1 dan isteri. Moga berlimpah rezeki dan keberkatan buat kalian sekeluarga
Sebaik memberitahu kelahiran bayinya itu, ramai yang memberi komen tidak sabar untuk melihat wajah penuh bayi lelaki berbangsa ini. Maklumlah bayi ini adalah hasil perkahwinan campur dan pastinya comel.
Sebelum ini Mat Dan yang sudah hampir 9 tahun menetap dan menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua telah mendapat status penduduk tetap (PR) Februari lalu.
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler berasal dari United Kingdom yang telah lama menetap di Terengganu hingga berjaya menguasi bahasa tempatan dengan lancar dan kefasihannya itu menarik perhatian ramai.
Pasangan ini juga yang sudah setahun berumah tangga dan dilihat sebagai pasangan yang cukup romantik dan bahagia.
Sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang lalu ketika sarat mengandung anak mereka, Mat Dan turut mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat isterinya itu yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang.
Malah sepanjang setahun usia perkahwinan mereka juga Mat Dan berkata mereka berdua telah saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dia turut mengharapkan perhubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.
Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam setelah sekian lama hidup seorang. Maklumlah orang yang dikenali berstatus selebriti dan dalam masa sama perlu menjaga hati semua pihak terutama anak-anak. Namun dengan restu anak-anak jugalah akhirnya, Rapidah Abd Ghani menerima kehadiran Datuk Jalaluddin Hassan sebagai suaminya. Pesan anak-anak, solatnya akan menjadi lebih berganda pahalanya jika berjemaah bersama suami.
A post shared by Hiburan@Sinar (@hiburan.sinar) on
Pada awalnya dia tidak menyangka bertemu jodoh dengan pelakon berkenaan. Walaupun mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu, tetapi dia terbuka hati melihat sikap Jalaluddin yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan cucu-cucunya.
“Anak-anak saya pun semua bersetuju saya berkahwin kerana kata mereka solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya yang bersyukur kerana segalanya kini telah selesai dan segala urusan dipermudahkan.
Perkahwinan mereka mendapat restu anak-anak.
Pasangan ini selamat selamat diijabkabulkan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn hanya dengan sekali lafaz. Kedua-dua mempelai kelihatan tampil cukup berseri dengan busana warna putih sedondon.
Setelah hampir setahun kehilangan isteri tercinta, pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan kembali menemui cinta barunya, setelah pertama kali bertemu wanita yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat anak itu ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.
Terpikat dengan cara Rapidah melayan tetamu ketika sambutan Aidilfitri lalu.
Ketika itu dia menghadiri rumah terbuka temannya, seorang pengarah dan aktivis teater, Lokman Ghani. Melihat cara Rapidah melayan tetamu juga pergerakannnya mengingatkan dia kepada arwah isterinya.
“Daripada pertemuan itu, kami sempat bergambar bersama dan saya turut memberikan dia nombor telefon kerana ingin dia menghantar gambar yang diambil kepada saya. Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan Alhamdulillah dipertemukan jodoh,” ujar Jalaluddin kepada Mstar.
Semoga bahagia hingga ke jannah.
Lebih bermakna perkahwinan ini kerana hubungan mereka turut direstui oleh anak-anak Jalaluddin yang mahukan dia gembira dan rasa bahagia.
Bagaimanapun pasangan ini juga turut diduga dengan halangan apabila ibu Rapidah tidak dapat menerima kehadiran Jalaluddin kerana berstatus artis pada mulanya.
Namun setelah diyakinkan oleh Loman Ghani, barulah ibunya dapat menerima kehadiran Jalaluddin dan menerima dengan hati terbuka.
Jika tiada halangan, pasangan ini akan mengerjakan umrah Febuari tahun depan.
Admin ucapkan selamat pengantin baru dan doakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab. Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan. Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa beliau menghilangkan diri dalam dunia seni.
Dalam satu video, Edika berkongsi pengalamannya selama 12 tahun menjaga isterinya yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin. Akibatnya isterinya menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap. Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
TIDAK PERNAH ANGGAP OKU
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna. Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Reda dengan dugaan dari Tuhan.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada. Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga.
DISURUH KAHWIN LAIN
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya. Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan. Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Dengarkan Video Penuh:
KREDIT FOTO: FACEBOOK & IG EDIKA YUSOF
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tak terasa, Ramadan semakin menuju ke penghujung dan Syawal pula bakal menjelang. Inilah masa yang dinanti-nantikan—bukan sekadar untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi...