Nama Ummi Nazeera memang sudah dikenali ramai sementelah dia sudah lama menceburi industri hiburan tanah air. Ogos yang lalu, Ummi telah menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya sendiri.
Sejak berkahwin, Ummi kelihatan sungguh berseri-seri dan tampak semakin menawan. Memang manis dan cantik pada pandangan mata admin. Hijabista kongsikan 10 OOTD Ummi yang cukup memikat ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minggu Lepas Instafamous Ni Viral Muka Masuk TV Sebab Kes DS Najib, Rupanya Memang Suka Selfie
Minggu lalu instafamous ini, Dahlia Rizal, jadi viral dan bualan warga net gara-gara gambarnya terpampang di kaca televisyen ketika siaran Buletin Utama. Apa yang lucunya, wajah yang disiarkan bukanlah disebabkan cerita dirinya tetapi mengenai kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaik wajahnya terpampang, ramai netizen yang turut tertarik dengan paparan berkenaan. Masing-masing memberikan komen yang lucu.
_afiqamrddn i think the camera man having a crush on u
kim_azam Confuse drama ke berita ni hahaha
hafizhaiqall Kesian DS Najib.. Kamera tuju kat yg lebih menarik
aishaliyana Lol this is funny but very cool!
kamanobest dia tgok lawa semacam tu yg masuk tv
Bukan itu sahaja, malah empunya diri Dahlia sendiri turut rasa teruja apabila turut muat naik status berkenaan di laman Instagramnya.
View this post on Instagram
Sekali sekala masuk tv yang tak ada kena mengena dgn headline tak apa kan??
A post shared by Dahlia rizal (@itsdshazal) on
Menurut Dahlia dia tiada kena mengena dengan isu berita berkenaan dan hadir ke Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur bersama rakan sekuliah dan pensyarah atas urusan lain.
Ternyata jurgambar yang merakam gambar berkenaan turut terpesona dengan kecantikan wajah bidadari ini biarpun ketika itu sedang membuat liputan kisah perbicaraan Datuk Seri Najib.
Instafamous Dahlia sememangnya cukup popular di media sosial. Dia yang memiliki follower 356K ini sangat aktif di laman Instagramnya dengan muat turut foto dirinya terutama selfie tika santai atau bercuti.
Beruntung dikurniakan seraut wajah yang cantik. Walaupun masih muda, tetapi Dahlia dilihat lebih matang berbanding usia sebenar.
Bukan itu sahaja, malah #OOTD dirinya yang cukup gemar berselfie ini sering mendapat pujian warga net.
Ayuh kita lihat 10 #OOTD Dahlia Rizal yang boleh buat diri terasa cantik dan boleh jadi inspirasi kepada hijabi di luar sana.
#1. arinarissaa lawanyaa
#2. razvan4827 You are so natural beauty
#3. aku.lin18 Wuuu cantiknya jawline smooth je
#4. skawnya CANTIK SNGT DAHLIA CANTIK
#5. nrshhrah Cantikkk
#6. afiqhazz MasyaAllah so beautiful
#7. nabillahrosli_ Lawa nya share tips cantik
#8. _dhiyadamia Cantik sangat sangat
#9. ainudin_djauhar Indah…anggun
#10. asyalliee Gorgeous nyaa
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAHLIA RIZAL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Si Hijabi Kurus, Jangan Pakai Seluar Ketat Untuk Elak Nampak Hodoh. Nak Cantik, Ikut 7 Trik Ini!
Ramai yang beranggapan wanita bertubuh ramping lebih mudah untuk mengenakan pelbagai fesyen. Namun, terdapat segelintir hijabi yang terlalu kurus menghadapi kesulitan untuk berfesyen. Misalnya pakaian yang perlu dihindari adalah baju yang terlalu longgar seperti kemeja dan blaus. Ia akan menampakkan penampilan anda hodoh dan tidak kemas.
Selain itu, pakaian yang terlalu ketat juga tidak sesuai bagi tubuh yang ramping kerana ia akan membuatkan tubuh kamu lebih kurus. Elakkan pakaian berkolar berpotongan ‘V’. Sebaik-sebaiknya, kenakan pakaian yang menutup tulang selangka (bagi yang tidak berhijab).
Selain itu, warna pakaian sangat penting untuk efek sempurna. Elakkan pakaian berwarna hitam perlu dielakkan kerana ia akan memberi efek langsing pada bentuk tubuh badan. Anda digalakkan untuk memilih warna-warna yang cerah berbanding dengan warna gelap.
Begitu juga dengan pakaian yang bercorak juga sesuai untuk dipakai tetapi tidak terlalu banyak. Corak jalur ke bawah atau dikenali sebagai vertikal juga harus dielakkan kerana menampakkan anda kelihatan lebih kurus. Baju volume atau beralun-alun sesuai dipakai agar kelihatan lebih berisi.
Terdapat juga beberapa tip tambahan fesyen untuk anda yang mempunyai tubuh badan terlalu ramping. Perlu diingatkan pemilihan pakaian hendaklah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
- Bagi yang gemarkan gaun atau dres, fesyen jenis kembang di bawah amat sesuai untuk mengimbangi struktur tubuh badan kamu.
2. Perhiasan yang terdapat pada baju di bahagian hadapan juga sesuai untuk dipakai.
3. Kepada penggemar seluar, pilih seluar yang lebar di bahagian bawah.
3. Seluar pendek atau ketat perlu dielakkan sama sekali kerana ia akan membuatkan kaki anda lebih kecil.
4. Pemilihan fesyen skirt pensel juga boleh membuatkan kaki dan punggung kelihatan lebih kecil.
5. Bagi aksesori, elakkan kuantiti yang terlalu banyak. Nampak sarat penampilan anda.
6. Pilih anak tudung ninja untuk menampakkan wajah lebih berisi dan tidak terlalu kurus.
Kesimpulannya, perempuan yang terlalu kurus atau gemuk tidak semestinya perlu mengikut peraturan fesyen. Malah boleh berfesyen dengan pelbagai idea sendiri asalkan menampakkan diri anda kelihatan menarik!
Artikel Berkaitan: Pereka Fesyen Muslimah Paling Trending Di Asia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Inspirasi Gaya Selebriti Berhijab Dalam Parisian Chic, Ringkas Tapi Tetap Stylish!
Fenomena siri Netflix popular, Emily in Paris masih terasa sehingga kini. Bukan sahaja dari segi cerita bahkan ia turut mencetuskan trend fesyen OOTD ala wanita Paris di media sosial.
Dalam siri tersebut, Emily digambarkan sangat bergaya dengan pakaian berjenama. Umumnya, wanita Paris sebenarnya lebih suka gaya yang ringkas tapi tetap nampak gorgeous! Mereka tidak suka memakai pakaian yang terlalu sarat dengan aksesori tapi kekal menarik.
So, bagi hijabi yang ingin bergaya ala wanita Paris, Hijabista kongsikan lima inspirasi gaya yang boleh diikuti untuk penampilan harian anda.
Kemeja Putih
Item paling asas yang anda mesti ada ialah kemeja putih. Untuk penampilan yang luar biasa, anda boleh memilih baju putih dengan rekaan lengan yang ada fashion statement seperti beropol dan sebagainya. Padankan kemeja dengan seluar panjang atau jeans.
Skaf Atau Selendang
Bercakap tentang selendang, wanita Paris sememangnya terkenal dengan selendang berwarna terang dengan motif ukiran seperti yang biasa anda lihat pada pakaian dari rumah fesyen Hermes.
Maka, anda boleh memakai tudung dengan motif ukiran tersebut sebagai tudung. Pakai selendang seperti anda memakai tudung biasa, kemudian ikat di bahagian depan leher. Boleh juga gabungkan dengan pakaian dalam warna neutral, seperti hitam atau biru laut.
Topi Beret
Siapa kata perempuan bertudung tak boleh bergaya dengan topi? Jangan silap, anda masih boleh mengamalkan gaya tipikal wanita Paris dengan topi beret. Mudah sahaja, pakai tudung seperti biasa.
Kemaskannya dengan mengikatnya di belakang leher. Letakkan beret di kepala. Anda boleh menggabungkannya dengan mana-mana pakaian seperti blazer, baju putih atau dress.
Sweater Longgar
Salah satu item fesyen kegemaran orang Paris ialah sweater. Biasanya mereka akan menggabungkan sweater dengan seluar, jeans atau skirt.
Wanita juga boleh memakai sweater longgar dengan palazzo. Selitkan bahagian hadapan sweater ke dalam seluar dan lengkapkan dengan tali pinggang.
Trench Coat
Item fesyen ini ibarat tunjang utama apabila anda mahu kelihatan kasual tetapi memukau.
Gabungkan t-shirt putih bersama jeans, kemudian sarungkan trench coat sebagai outer. Anda boleh memilih boots atau pump heels bagi melengkapkan penampilan.
BACA JUGA: Sopan Tapi Tetap Nampak Stylish! Intip Gaya 3 Influencer Berhijab Antarabangsa Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI