Siapa yang tidak kenal dengan suri hati Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini ini. Gayanya yang anggun acapkali menjadi perhatian warganet. Mendirikan rumah tangga bersama Rizman Rizman pada 13 September 2019, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka setahun selepas disatukan.
.
Terbaru dalam sebuah hantaran di laman Instagram Rizman Ruzaini, mereka telah mengumumkan perjalanan baharu Nurida yang kini sudah berhijab. Menurut apa yang ditulis, “Alhamdulillah. A new journey for our Ladyboss @nuridasuraya. Semoga istiqamah. InshaAllah Amin ya rabbalalamin.”
.
.
Dalam tinjauan Hijabista ke Instagram Nurida penampilan berhijab yang ditampilkan olehnya sudah bermula sebelum lebaran lagi, gaya fesyennya yang menawan menarik perhatian dan boleh menjadi rujukan bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mengenakan hijab.
.
Semoga pengasas kepada jenama Rizman Ruzaini Beauty ini akan terus istiqamah dalam perjalanannya sebagai wanita muslim berhijab lantas menjadi ikutan yang baik kepada semua.
Sumber gambar: Instagram Rizman Ruzaini & Nurida Suraya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Menjadi Asbab Penghijrahan” Imej Berhijab NORA DANISH Raih Pujian & Doa
Masya-Allah, manisnya Nora Danish berhijab! Pelakon cantik Nora Danish menarik perhatian warga media sosial apabila tampil dengan imej berhijab. Rata-rata memuji dan mendoakan agar Nora kekal istiqamah. Semoga ia menjadi asbab kepada penghijrahan.
Menerusi perkongsian di instagram peribadinya, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik foto memaparkan dirinya menggayakan hoodie kelabu dan tudung berwarna hitam.
Pun begitu, Nora tidak memberi sebarang kenyataan berhubung penampilannya itu. Nora juga telah menutup ruangan komen dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada para peminat serta rakan artis.
Ekoran tercetusnya spekulasi berhubung imejnya itu, Nora akhirnya mendedahkan sebab dia tampil berhijab sejak kebelakangan ini.
Dedah Nora, dia merasa senang untuk memakai pakaian menutup aurat sepanjang menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri yang kni sedang menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, dengan menutup aurat akan memudahkannya untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga bekas suaminya itu.
“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana mencetuskan banyak tanda tanya.
“Jadi kalau saya menjaganya (Nedim) di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk mengerjakan solat dan dalam masa sama saya megaji juga.”
Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakannya.
“Saya hargai dan harap doa anda, doa ibu anda dan doa saya juga Allah makbulkan Insya-Allah,” jelas Nora menerusi sebuah video di akaun Tiktok peribadinya.
Terdahulu, Nora sah bercerai talak satu dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu, setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15. Mereka bercerai pada 2008.
Hijabista mendoakan agar Nora Danish terus istiqaamah seterusnya dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berwatak Kasar Dalam Drama, Tunku Hanis Kini Manis Berhijab & Padam Foto Freehair Di Instagram
Memberikan lakonan yang meyakinkan dalam drama yang sedang hangat ditayangkan sekarang iaitu Leftenan Zana, Tunku Hanis ternyata membuka mata ramia orang terhadap bakatnya.
Tampil dengan imej berambut pendek dalam drama, dia sebenarnya telah mengambil keputusan untuk berhijab selepas tamat pengambaran drama tersebut.
Makin ayu dengan gaya dan imej terbaru, penampilannya yang terkini mendapat pujian ramai dan diterima baik oleh semua.
View this post on InstagramA post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
View this post on InstagramA post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
View this post on InstagramA post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
Peminat-peminatnya juga tidak lupa menitipkan kata-kata semangat buat dirinya dan menggemari imej barunya ini.
Tunku Hanis juga telah memadam gambar-gambarnya sewaktu masih tidak berhijab di laman instagramnya. Gaya sopannya ini mendapat pujian ramai kerana tidak menyangka ianya berlainan dengan karakter yang dibawanya dalam drama tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
View this post on InstagramA post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
View this post on InstagramFrom day to day i just love to talk to god even more. ❤
A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on
kredit: instagram @tunkuhanis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Strategi Mudah Untuk Elak Hijabi Muflis Di Usia Muda. Berbelanja Jangan Ikut Emosi Okay!
Kewangan bukan semata-mata ilmu matematik. Sebenarnya ia jauh tentang hal mengurus emosi. Berjaya atau tidak dalam mempertahan kubu yang dibina, semuanya bergantung pada dalaman diri.
Selalu terjadi, kita gagal untuk menyimpan bukan kerana tidak cukup wang, tetapi tabiat diri dan desakan emosi yang menggagalkan kita untuk membuat simpanan.
Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad, orang kaya mengumpul harta dan mempertahankan harta sama ibarat sang tentera melindungi kubu dalam peperangan. Apa jua yang berlaku, kubu mestilah didahulukan.
Maka untuk menjadi kaya, perlulah kita mengawal emosi dan membiasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan atau kewangan kita daripada bocor.
Berikut merupakan antara 6 strategi penting yang boleh membantu:
Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu
Apabila mendapat wang, bayar diri sendiri dahulu dengan menambahkan wang simpanan. Selebihnya barulah berbelanja. Bukan berbelanja dahulu, kemudian ada duit lebih baru ingin memendam azam untuk menyimpan. Percayalah, jika ditunggu duit lebih, memang selamanya, kita tidak akan menyimpan wang kocek untuk hari esok.
Strategi #2 –Alih Duit Kepada Harta
Jika mempunyai duit simpanan jangka panjang, tukar duit tersebut ke dalam bentuk harta sebenar seperti jongkong emas, tanah lot atau rumah-rumah sewa. Usah biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.
Strategi #3 –Kerat Semua Kad Kredit
Kerat semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit adalah lubang hutang paling mudah. Sememangnya tampak hebat jika memiliki kad kredit Platinum, tetapi ketahuilah bahawa kad kredit boleh menjadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tidak menyedari duit sebenarnya sedang tiris. Apabila tersedar, hutang bertimbun menggunung. Dengan kadar faedah paling tinggi berbanding pinjaman yang lain, malah kadar faedahnya adalah pengkompaunan.
Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai Sahaja!
Jika ingin membeli barang, pastikan membeli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta ‘zero interest payment’ sekalipun. Walaupun mungkin ‘zero interest payment’ tu secara matematiknya seperti terlihat untung, akan tetapi ia secara tidak langsung memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia musuh dalam selimut yang paling bahaya.
Strategi #5 – Langsaikan Hutang Sekecil Zarah
Apabila berniat untuk melangsaikan hutang, sasarkan untuk membayar hutang yang jumlahnya paling kecil dahulu kerana apabila satu hutang sudah selesai, ia menjadi motivasi untuk melangsaikan hutang-hutang lain. Pabila terang-terangan bebas hutang, kita pasti akan terasa cukup berat untuk berhutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
p/s: Andaikan ada dua hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, apa kata selesaikan hutang yang berkadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta
Jika kenaikan gaji sudah bertambah baik atau pendapatan sudah meningkat, manfaatkan kenaikan tersebut untuk membuat hutang-hutang baik seperti menambah rumah sewa, beli tanah dan sebagainya. Bukannya silih ganti kereta baru! Memang bukan senang untuk memaksa diri untuk menyimpan wang, namun jika berhutang, kita terpaksa langsaikannya! Walau apa pun, hutang piutang tersebut mesti diurus dengan baik, agar kita hidup tanpa himpitan hutang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI