Sebulan berjuang dalam bulan ramadan menahan rasa, alhamdulilah anda berjaya menurunkan berat badan. Tetapi dugaan yang paling hebat bagi mereka yang berdiet adalah bulan Syawal.
Apabila Raya pelbagai hidangan yang menarik dan sedap dihidang untuk tetamu yang datang. Namun bukan itu penghalang bagi mereka yang berdiet, tak salah untuk menikmati setiap hidangan. Ada cara untuk selaraskan makanan yang anda ambil dengan aktiviti harian untuk membakar setiap kalori yang ada dalam hidangan raya.
3. RENDANG AYAM – Dengan berjalan di hari raya selama 30 minit, mungkin anda berjaya menghapuskan 100 kalori. Jadi rajin-rajin menziarah sedara-mara ya!
4. KUAH KACANG – Apalah maknanya makan nasi impit tanpa kuah kacang. 1 senduk 130 kalori jogging boleh selamatkan keadaan.
5. LEMANG – Apabila beras ditambah dengan santan makin berlemak dan enak. Tak cukup satu, mungkin lebih dari satu. Awas kalori akan bertambah apabila anda mengambil lebih dari satu.
6. TART NENAS – Apabila balang di tangan, antara sedar dengan tidak boleh habis sebalang. Walaupun 50 kalori sebiji, bayangkan apabila anda ambil lebih dari satu.
7. MINUMAN BERKABONAT – Musim perayaan ni tak tentu cuaca yang bakal kita hadapi. Selalunya anda akan terdorong mengambil lebih satu gelas air sejuk sekiranya musim panas, tambahan pula minuman berkarbonat.
8. ALMOND LONDON – Nikmatilah kuih raya yang dihidangkan, jangan di sebabkan anda diet jangan lupa nikmatinya. Diet boleh ditangani sekiranya kita selangkan dengan aktiviti yang disarankan.
9. DODOL – Manisan ini tidak selalu ada di setiap rumah, anda dah selamat. Kalau nak merasa hanya sepotong silakan. Insyallah dengan mengayuh basikal 10 minit anda di tahap sleamat.
10. TEH TARIK – Minuman ni bukan minuman perayaan tetapi minuman ini kegemaran mereka yang selepas beraya sambung mengopi di kedai mamak. Kalori yang perlu dibakar 3 kali ganda. Awas ya!
11. KEREPEK PISANG – Kudapan ketika menonton hebat di TV. Selalunya diambil ketika sedang waktu rehat dan lapang. Namun 3 keping tidak cukup bukan, tetapi kalorinya hanya 40.
12. AIR KOSONG – Air paling selamat bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Lebihkan pengambilan air kosong bagi mengimbangi diet sihat anda.
13. AIR SIRAP – Kalori air ini masih rendah tetapi tidak disarankan pengambilan yang berulang kerana apabila anda ambil lebih dari segelas kalorinya akan bertambah.
Nikmatilah setiap hidangan yang dihidang oleh tetamu yang datang ziarah namun jangan lupa misi diet seawal bulan ramadan. Sayang kalau baju raya hanya pakai sekali dua sahaja. Selamat mencuba!