Ramai yang menggemari makanan bergoreng, tetapi tidak sesuai untuk berbuka dengannya. Makanan rangup ini lazat dan boleh menjadi tidak sihat kerana ia tinggi kalori, selalunya tinggi natrium, dan lemak tepu.
Terdapat beberapa sebab mengapa makanan bergoreng biasanya bukan cara yang baik untuk berbuka di bulan Ramadan. Berikut adalah antara sebabnya.
Mengapa Makanan Bergoreng Tidak Sesuai Untuk Berbuka?
Menyebabkan Gangguan Pencernaan
Jika anda berpuasa selama sepuluh jam sehari, perut berehat dan tidak perlu bekerja keras. Apabila berbuka puasa dengan makanan bergoreng, perut perlu bekerja lebih keras dan boleh menyebabkan sakit, kembung perut, atau rasa tidak selesa.
2. Lemas atau Mengantuk
Ads
Selepas berpuasa seharian, badan perlu bekerja lebih keras untuk menghadam makanan yang digoreng. Ini boleh menyebabkan mengantuk atau lemah selepas makan. Jika berasa sangat mengantuk atau lemah selepas berbuka, anda mungkin ingin menyemak sama ada mana-mana hidangan berbuka puasa itu membuatkan berasa seperti ini.
3. Meningkatkan Kolestrol Darah
Ads
Makanan bergoreng ialah makanan tinggi lemak kerana ia dibuat dalam proses yang menggunakan minyak panas. Kepekatan lemak yang tinggi dalam makanan ini boleh menyebabkan paras kolesterol darah anda meningkat.
4. Meningkatkan Tekanan Darah
Makanan bergoreng biasanya masin dan mempunyai bahan tambahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda. Makan terlalu banyak garam boleh merosakkan elektrolit badan anda, yang boleh menyebabkan masalah seperti hipertensi. Jadi adalah idea yang baik untuk memilih pilihan makanan yang lebih sihat untuk berbuka puasa anda.
Pilihan menu berbuka puasa yang sihat disyorkan dalam bentuk cecair dan karbohidrat kompleks, tetapi dalam bahagian kecil. Berikut adalah beberapa pilihan:
Minum segelas air putih
Makan 2-3 biji kurma
Kacang rebus
Sayur bayam yang kaya dengan vitamin A,C,K
Yogurt
Buah-buahan
Selepas berpuasa, anda boleh makan hidangan utama selepas solat Maghrib. Dengan cara ini, perut anda selesa dan kesihatan anda terjaga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dahulu kita sering dengar mengenai kes yang berkait tentang seseorang individu yang menjadi mangsa kepada gejala menghendap secara fizikal. Tambahan pula zaman moden kini, kes menghendap atau stalk berlaku secara maya.
Ramai juga mangsa stalker secara maya ini mengalami masalah untuk sosial secara terbuka di sosial media dan ada juga yang terpaksa berpindah atas sebab keselamatan.
Rasa seolah-olah di perhatikan dari jauh
Gejala menghendap atau stalking ini merupakan satu perbuatan yang melibatkan satu individu atau berkumpulan yang mempunyai niat untuk memerhatikan seseorang. Tujuan stalker atau penghendap ini lakukan perkara ini bergantung kepada niat mereka samada telah obses kepada seseorang atau ingin mengancam seseorang itu.
Tambahan lagi, media sosial menjadi ruang untuk seseorang individu berkongsi kehidupan seharian mereka kerana aktiviti ini telah menjadi norma baharu buat zaman sekarang. Walaupun sebenarnya sosial media ini menjadi satu rujukan buat seseorang individu untuk mencari matlumat tak kira gaya fesyen, senaman, ataupun hiburan, ianya semua bergantung terhadap niat pengguna media sosial tersebut.
Jenayah jika stalk berulang-kali di alam maya
Dahulu, mangsa yang di hendap secara maya tidak dapat untuk membuat apa-apa aduan berkenaan kegiatan ini kerana ianya di anggap tidak mengancam mereka. Isu ini menjadi perdebatan kerana ia sukar untuk di ambil tindakan undang-undang terhadap perlaku tersebut.
Mengikut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perlaku membuat kegiatan menghendap secara atas talian dan tidak mengakibatkan ancaman atau kecederaan kepada mangsa, undang-undang tetap di laksanakan oleh kerana gangguan mental dan emosi yang di alami oleh mangsa.
Kelakuan ini menjadi satu tindakan jenayah jika ia di lakukan berulang kali di mana perlaku akan di sabitkan bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala menurut temubual bersama Bernama, Datuk Mas Ermieyati juga memberi penjelasan bagaimana undang-undang ini di laksanakan.
“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.”
“Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.”
“Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi,” katanya dalam temubual itu.
Oleh kerana itu, Datuk Mas Ermieyati menekankan bahawa pentingnya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya tunggu mangsa di cederakan pada kemudian hari.
“…kalau tidak ada satu undang-undang yang benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang),” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati sangat optimis dengan rang undang-undang yang di jangka akan di bacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan di luluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 untuk memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah sudah di bentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Selepas ini, sis semua tidak perlu risau jika ada individu yang cuba untuk menghendap sis melalui alam maya. Lindungi diri sis dan jangan takut untuk berkongsi masalah yang di hadapi.
Sejak dua menjak ini, anda ada terhidu sesuatu yang agak mengganggu fokus anda, di mana-mana sahaja bau yang sama. Bila anda cari punca bau tersebut, anda tidak jumpa pula, jadi mana datangnya bau busuk itu?
Anda berkemungkinan mempunyai satu masalah kesihatan yang membuatkan anda terhidu bau busuk sahaja sepanjang hari dan ianya berterusan! Fenomena ini boleh di katakan sebagai phantosmia atau halusinasi bau.
Ada bau busuk sangat tapi orang lain tak bau?
Ya, anda sudah tentu akan rasa bingung apabila terdetik seketika di mana anda terhidu bau yang sangat busuk seakan-akan bau telur busuk, tetapi orang sekeliling anda tidak bau apa-apa pun. Jadi anda sudah curiga dan risau jika anda di ‘hantui’ sesuatu yang tidak di ingini.
Jangan khuatir dengan keadaan sebegini kerana ada suatu fenomena yang di panggil sebagai phantosmia atau halusinasi bau (olfaktori). Apakah fenomena phantosmia? Ia merupakan satu penyakit yang membuatkan anda mengesan bau tertentu meski pun tidak ada bau di sekitar anda. Oleh kerana itu, kebanyakan orang sering memanggil fenomena ini sebagai ‘bau hantu’.
Bau yang anda terhidu itu bukan sekadar bau busuk semata-mata, ada kalanya seseorang itu juga boleh terhidu bau yang wangi dan harum. Aroma yang anda terhidu itu akan ‘menghantui’ mungkin buat seketika waktu atau juga boleh juga hilang serta-merta.
Menurut hellosehat, bau yang muncul secara tiba-tiba dan hanya kita sahaja yang menghidunya tidak berlaku tanpa sebab. Fenomena ini yang di panggil sebagai phantosmia berpunca dari gangguan saraf di otak yang terjadi akibat kecederaan kepala atau terdapat jangkitan pada saluran pernafasan seperti selsema.
Selain daripada itu, ada juga terdapat beberapa kondisi kesihatan yang lain juga di alami seperti berikut:
Penghidap sinus
Polip hidung
Tumor di otak
EPilepsi
Depresi atau kemurungan
Menghidap penyakit Parkinson, dan yang seangkatannya.
Tetapi susah untuk kita yang menghadapi masalah ini untuk memastikan sama ada betul atau tidak kita mengalami fenomena phantosmia ini. Bahkan, ada juga keadaan di mana bau yang kita terhidu itu memang wujud di persekitaran kita. Jadi ia akan memberikan kesukaran buat anda untuk mengenalpasti punca masalah ini.
Kadang kala bau-bau yang agak aneh ini berasal dari beberapa benda yang boleh mengeluarkan bau busuk seperti:
Penghawa dingin di rumah anda yang sudah lama tidak di cuci, ia akan membuatkan udara yang di keluarkan berbau busuk
Tempat tidur
Ruang pengudaraan rumah atau persekitaran yang tidak bagus, di mana ia akan membuatkan bau-bau yang tercampur terperangkap
Deodoran atau apa-apa produk yang berbau baru, jadi hidung anda mengambil masa untuk menyesuaikan dengan bau baru
Misalnya, anda ingin memastikan bau tersebut sebetul-betulnya bau yang tidak di hidu oleh orang lain tetapi cuma anda sahaja, anda perlu lakukan suatu catatan sendiri atau apa-apa note yang boleh anda nilai di kemudian hari. Jika bau itu sering tercium sewaktu malam hari, ia berkemungkinan terjadi akibat persekitaran anda.
Adakah terdapat solusi untuk mengubati halusinasi bau ini?
Sebenarnya, phantosmia atau halusinasi bau ini tidak di klasifikasikan sebagai satu penyakit yang teruk mahupun serius, ianya boleh hilang dengan sendiri mengikut masa, ada kalanya mengambil masa beberapa minggu atau bulan. Namun, jika ia boleh menganggu aktiviti seharian anda dan membuatkan anda tidak selesa, kami syorkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Apa yang anda akan lakukan ketika berjumpa dengan doktor? Kebiasaannya doktor akan meminta anda untuk mencuci bahagian dalam hidung anda dengan air larutan saline (air garam). Cara ini di gunakan sebagai fungsi mencuci dan menghilangkan sumbatan yang berlaku pada hidung anda juga mengurangkan kondisi kesihatan yang berlaku.
Ada sesetengah perkara berlaku di mana, pesakit yang menghidap kondisi kesihatan ini masih lagi dalam keadaan yang sama, doktor akan memberikan beberapa ubat untuk di ambil, salah satunya adalah:
Anestesia, bagi membunuh sel saraf dalam hidung
Ubat yang berfungsi untuk menyempitkan saluran darah di dalam hidung
Krim hidung yang mengandungi steroid atau juga berbentuk semburan
Apa yang anda perlu tahu, keadaan kondisi kesihatan phantosmia ini akan di berikan rawatan mengikut keadaan pesakit serta puncanya. Sekiranya keadaan ini terganggu akibat gangguan saraf otak di akibatkan oleh epilepsi, doktor akan melakukan pembedahan dengan kadar yang cepat untuk merawat pesakit tersebut. Pastikan anda peka akan kesihatan tubuh badan dan pelihara sementara masih di berikan rezeki ini.
Peguam muda yang juga TikToker berusia 26 tahun, Tun Laila Tun Rafaee kini menjadi perhatian ramai di platform media sosial.
Baru-baru ini, videonya tular di TikTok kerana memberi ulasan berkenaan kes mahkamah yang sedang hangat diperkatakan iaitu melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang mencabar 18 peruntukan di bawah Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.
Dalam ulasan tersebut, Tun Laila menerangkan secara terperinci tentang kes itu termasuk menjelaskan mengapa panel yang terdiri daripada sembilan hakim memutuskan 16 peruntukan di bawah undang-undang syariah Kelantan sebagai tidak sah.
Penjelasannya tersebut berjaya menarik perhatian warganet dan mencecah lebih 5 juta tontonan di akaun TikToknya.
JIWA SEORANG PEGUAM
Tun Laila didaftarkan sebagai peguam oleh Mahkamah Tinggi Malaya pada Oktober 2023 setelah menamatkan chambering selama sembilan bulan. Tun Laila kini menetap di Selangor.
Menyingkap latar belakang pendidikannya, Tun Laila merupakan graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Minat dan kecintaannya terhadap bidang perundangan menjadi pencetus kepada Tun Laila memilih peguam sebagai kariernya.
Memetik laporan mStar, Tun Laila mendedahkan bahawa dengan menjadi seorang peguam dia berpeluang belajar banyak perkara. Katanya lagi, kita hidup pun berlandaskan undang-undang.
“Undang-undang (peraturan) sudah ada dalam hidup kita. Saya memilih kerjaya sebagai peguam berdasarkan minat. Saya ingin tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sebagai seorang peguam, saya belajar banyak perkara. Dari hak seseorang kepada orang lain.”
TURUT BERGELAR INFLUENCER
Selain melaksanakan tugas hakikinya sebagai peguam, Tun Laila juga kini terkenal sebagai pempengaruh (influencer). Tun Laila memulakan perjalanannya sebagai pempengaruh sejak tahun 2022.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok Tun Laila iaitu @yarafaee sudah pun mencecah lebih 700 ribu pengikut.
Selain berkongsi maklumat tentang undang-undang di Malaysia, Tun Laila turut menerima reviu berbayar daripada beberapa jenama terkenal di Malaysia seperti Coffee Bean, Sports Direct, dan Secret Recipe.
“Walaupun menjadi peguam dan influencer, saya bersyukur kerana majikan memahami double life saya. Malah, beliau banyak menyokong apa yang saya lakukan,” ujar anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini.
Hijabista mendoakan semoga karier Tun Laila semakin berkembang. Teruskan berkongsi ilmu-ilmu perundangan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Kredit: Tiktok Tun Laila Tun Rafaee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...