Ramai yang masih lagi runsing dengan masalah yang sedia ada tambahan lagi jerawat yang muncul secara tiba-tiba di muka!
Banyak juga pantang larang yang membataskan kita untuk makan spesifik makanan seperti kacang, makanan berminyak dan yang berkaitan. Tapi adakah makanan yang diperkatakan faktor utama tumbuhnya jerawat? Mitos atau fakta?
Sebelum itu, kita kena tahu bahawa jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak atau sel kulit mati. Jerawat juga boleh jadi daripada biasa kepada yang lebih teruk.
Jadi disini, sis nak senaraikan beberapa makanan yang banyak diperkatakan sebagai faktor utama munculnya jerawat di muka.
Ramai yang sebut dan cuba mengelakkan untuk makan kacang kerana khuatir akan menambahkan lagi masalah jerawat di muka. Menurut Aziz (2022), penyelidik saintifik mendedahkan bahawa hubungan antara kacang dan jerawat masih belum dikenalpasti.
2. Coklat
Coklat sering dikaitkan dengan permasalahan ini, namun mengikut dermatologi Los Angeles, sebenarnya ia bukan faktor utama (Aziz, 2022). Kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula atau makanan berlemak yang tinggi dapat menyumbangkan pengeluaran sebum yang tinggi. Namun, ada juga sebenarnya yang alah kepada coklat yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
3. Keju
Terdapat banyak kajian yang bercanggah untuk memastikan makanan tenusu seperti keju ini faktor keluarnya jerawat. Namun, produk yang berasaskan susu ini mengeluarkan sesuatu hormon yang mana boleh mengakibatkan hormon bagi sesetengah individu terganggu.
4. Makanan berminyak
Jelas sekali ramai juga cuba untuk mengelakkan dari makan makanan yang berminyak. Pengambilan makanan yang berminyak tidak berkait dalam punca kemunculan jerawat di muka. Cuma orang ramai disarankan untuk mengurangkannya demi menjaga kesihatan.
Nampak tak sis, sebenarnya kita kena selidik dahulu mengenai apa yang kita makan. Apa yang penting
sis perlu tahu apa yang buatkan sis alah dan juga pantau pengambilan sesuatu jenis makanan.Artikel Berkaitan: Atasi Masalah Jerawat Dengan Pemakanan! Ini 5 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Masalah Jerawat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.