Makanan pedas memang sedap, dan ramai influencer suka mencabar satu sama lain untuk makan makanan pedas. Kini terdapat pelbagai jenis makanan pedas dan makanan ringan yang ada.
Walau bagaimanapun, penting untuk berhati-hati apabila anda makan makanan pedas, kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan jika anda tidak menyukainya.
Menurut pakar penjagaan kecemasan dia mengatakan bahawa makan terlalu banyak makanan pedas boleh menjadi sangat berbahaya kepada kesihatan anda. Beliau terutamanya menyatakan bahawa ini adalah masalah jika anda melakukannya dengan kerap.
Lada cili yang menjadikan makanan pedas mengandungi bahan yang dipanggil capsaicin. Kapsaisin inilah yang menjadikan lada cili pedas, dan setiap orang bertindak balas secara berbeza terhadapnya. Lebih panas cili, lebih banyak kapsaisin yang ada.
Risiko Mengambil Makanan Terlalu Pedas
Mengalami Masalah Perut
Kapsaisin adalah bahan yang boleh membuat kulit anda terasa panas. Ini menipu sistem saraf anda untuk berfikir bahawa badan anda benar-benar panas.
Apabila anda berasa panas, otak anda menghantar isyarat kepada badan anda untuk mula menyejukkan badan.
Makanan pedas boleh membuatkan anda berasa sakit di perut, usus dan bahagian lain badan anda. Badan anda mungkin cuba menyingkirkan bahan pedas dengan membuat anda berasa mual.
Ads
Apabila makanan pedas dimakan, ia boleh menyebabkan masalah dalam perut, seperti sakit, cirit-birit, sakit dada, dan muntah.
2. Kulit Kemerahan
Jika anda kerap makan makanan pedas, kulit anda mungkin menjadi kemerah-merahan.
Haba daripada kapsaisin dalam lada akan membuat saluran darah anda menjadi lebih luas, yang akan memudahkan badan anda mendapat oksigen dan nutrien.
Ads
Kemerahan yang anda lihat pada kulit anda adalah kerana vasodilatasi yang berlaku.
Kadangkala kesan sampingan makanan pedas boleh menjadikan rosacea atau kemerahan teruk pada kulit lebih teruk.
3. Insomnia
Sesetengah orang mendapati bahawa mereka mengalami masalah tidur yang lena, walaupun mereka tidak makan makanan pedas. Ini mungkin kerana makanan pedas boleh membuatkan badan anda bekerja lebih keras untuk menyejukkan badan.
Ads
Makanan pedas boleh membuat anda berasa panas di dalam badan anda.
Beberapa bahan dalam pil ini boleh membantu memastikan badan terjaga pada waktu malam. Kapsaisin khususnya menjadikan otak lebih aktif, menjadikannya lebih terjaga.
Walaupun tiada tangan, Norfarrah Syahirah Shaari tidak pernah menjadikannya sebagai kekurangan malah membuktikan pada semua yang dia juga boleh melipat cebisan kain dengan sempurna dengan menggunakan jari kaki.
Dengan tanda pagar #darikomunitiuntukkomuniti, videonya yang tular dalam media sosial meraih hampir 5,000 tontonan selepas dikongsikan penyanyi yang juga penyampai radio Kool FM, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin.
Video berdurasi 1 minit 59 saat itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi menjadikan sesiapa yang melihatnya terkesima dengan keupayaan gadis luar biasa itu.
Lincah sahaja melihat jari jemari kaki kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan kelainan upaya itu menjahit kelengkapan perlindungan diri (PPE) petugas perubatan barisan hadapan (frontliner).
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki. Ok, saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner ni.
“Ni je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yang semangat nak membantu. Semoga urusan kami dipermudahkan, amin,” jelasnya.
Siapa sangka, dirinya juga yang merupakan seorang penceramah motivasi itu terus memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan beberapa videonya yang tular memandu kereta dan tutorial memakai selendang serta telekung.
Projek amal dan tanggungjawab sosial (CSR) #DariKomunitiUntukKomuniti itu melibatkan 10 sukarelawan yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan termasuk Norfarrah Syahirah.
Aktiviti menjahit PPE untuk frontliner Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan oleh team sukarelawan itu bersama 30 tukang jahit komuniti yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari kolej terbabit.
Sebanyak 400 meter kain PPE yang dipotong di kolej dan di rumah beberapa tukang jahit dikumpulkan sebelum diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing.
Setelah hampir 9 bulan pemergian blogger terkenal Shea Rasol yang meninggal dunia akibat kanser. Walaupun dia sudah lama pergi, namun ketiadaannya begitu dirasakan dan masih memberi impak kepada sahabat-sahabat yang begitu akrab dengannya. Baru-baru ini, salah seorang blogger yang juga teman arwah, tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir buat Shea Rasol. Dia menulis posting itu lima hari lalu di laman instagramnya.
Menurut blogger yang dikenali dengan nama Zafirah Hanis ini berkata setahun sebelum itu dia ada meminta teman-teman semua mendoakan kesejahteraan Shea Rasol. Tetapi tahun ini situasinya cukup berbeza.
Dia memohon mereka yang mengenali arwah agar meluangkan masa seminit dua untuk menyedekah surah Al-Fatihah kepada sahabat yang disayanginya itu. Betapa dalam tempoh kehilangan arwah, dia begitu rindukan senyuman dan suara arwah, sifat humornya, pesona dirinya, kebijaksanaan dan segalanya yang dilakukan arwah bagi memudahkan semua urusan.
Betapa Zafirah Hanis tidak dapat melupakan sahabat baiknya itu. Dia masih rindukan teman yang kini sudah bertemu pencipta-Nya. Lantas untuk sambutan hari lahir ke 30 sahabat baiknya itu yang jatuh pada bulan Februari, dia tidak lupa menyedekah Al-Fatihah.
Teman-teman lain juga merindukan Shea Rasol dan masing-masing turut mengucapkan selamat hari lahir untuknya dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman.
@bukansindarela Hb shea.. may allah bless you and put you into the highest place surrounded by angels. I miss her writing so much
@adramamama Alfatihah
@echenta To Allahyarhamah Shea, happy birthday dear
ayinkhan Alfathihah…. ? may she be among the pious always
Admin dapat rasakan betapa mulianya hari Zafirah yang masih tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir pada temannya itu dengan cara berlainan. Tiada sambutan hari lahir di alam maya sebaliknya kiriman surah Al-Fatihah jadi peneman temannya yang telah tiada.
Shearasol meninggal dunia Jun tahun lepas akibat kanser setelah hampir beberapa bulan diuji sakit oleh Tuhan. Semasa hayatnya beliau antara penulis blogger terawal yang mencipta nama di alam maya.
Mempunyai follower tersendiri di laman sosial dan tulisannya berkenaan fesyen Muslimah menjadi inspirasi kepada hijabi muda. Malah sikapnya yang mudah mesra dan menyenangkan membuatkan dirinya disukai serta dikenali ramai.
Shea Rasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol juga pernah beberapa kali bekerjasama dengan majalah Hijabista dan kami doakan semoga arwah Shea Rasol tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Umum mengetahui pelakon Natasha Hudson telahpun melalui proses penghirahan yang sangat drastik. Malah sebaik berhijrah bebeberapa tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengenakan niqab dalam memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah. Biarpun sudah terpisah dengan dunia lakonan, namun perkembangan terkini pelakon ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Dalam satu posting terbarunya di laman Instagram, Natasha memberitahu dia kini telah berhijrah ke Kelantan. Umum mengetahui dia sudahpun berpisah dengan bekas suaminya.
Menurutnya, berpindah atau hijrah ke tempat baru telah menjadi benda terbaik dalam hidupnya. Tidak ada apa yang pelik jika kita percaya pada aturan ketentuan Tuhan.
Tambah Natasha juga dia telah tinggalkan kehidupan bandar dan tidak sabar untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan katanya lagi pabila kita redha, itulah sebenarnya ibarat seperti permata yg tidak ternilai dalam hati kita.
Baru-baru ini dia memberitahu sudah tidak lagi mempunyai ikatan sah dengan bekas suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal.
Dalam laporan di Sinar Harian, Natasha sudah kembali solo malah mereka berdua berpisah secara baik.
Malah Natasha memberitahu dirinya betada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Natasha turut percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...