Tidak dinafikan, masih ramai di kalangan kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Tidak kira lelaki atau perempuan tidak terlepas mengalami masalah sama. Setelah menyedari berat makin berlebihan dan badan rasa tidak selesa, barulah memikirkan cara terbaik untuk menguruskannya.
Lain orang lain caranya. Ada yang mengamalkan diet eat clean, diet atkins dan ada juga yang menitik beratkan bab workout.
Seperti perkongsian lelaki ini yang berjaya menurunkan berat badan 40 kg selama setahun.Berkongsi pengalamannya dalam thread di twitter menggunakan akaun nama @awieazfar, lelaki ini memberitahu bagaimana mengurangkan berat asal dari 122 kg ke 80kg sahaja.