Makan Mee Segera Dan Nasi Putih Boleh Risikokan Anda Menghidap Diabetes!

Share

Pernah tak anda makan mee segara sekaligus dengan nasi dalam satu hidangan. Sudah tentunya ada dalam kalangan kita yang suka akan campuran ini.

Tapi tahukah anda campuran kedua makanan ini boleh memberikan kesan yang tidak sihat pada tubuh badan kita? Dengarkan kata pakar mengenai tabiat pemakanan seperti ini.

Artikel berkaitan: Mitos Atau Fakta Mee Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 Dan Panadol Merbahaya? Ini Pendapat Doktor

Kenyang tapi ada bahaya akan datang…

Tak dinafikan keduanya mempunyai kombinasi rasa yang sedap dan membuatkan kita lebih menyelera. Namun, setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Menurut Kompas.compakar pemakanan Dr. Samual Oetoro, MS, Sp. GK., berkata campuran kedua jenis makanan itu boleh menaikan gula dalam darah!

“Mee segera mengandungi karbohidrat dari tepung yang telah diproses secara berulang kali, apabila ditambah pula bersama nasi putih yang turut karbohidrat, maka peningkatan gula dalam darah boleh naik secara mendadak.” katanya.

Di sokong dengan kenyataan dari pakar pemakanan dari Hospital MRCCC Siloam Semanggi, Indonesia, pengambil mee segera dan nasi serentak boleh menyebabkan badan dipenuhi karbohidrat. Lalu, peningkatan gula secara mendadak akan menyebabkan badan kekurangan nutrien lain seperti mineral, protein, vitamin, dan lemak.

Anda perlu tahu bahawa mereka yang kerap makan mee segera dan nasi putih boleh berisiko untuk menghidap kencing manis. Inikan pula jika anda punyai diet yang kurang sihat seperti memakan snek ringan.

Artikel berkaitan: Pemilik Gerai Jalanan, Kini Bergelar Jutawan, Hanya Jual Mee Segera. Rasa Tercabar!

Jadi, buat anda yang suka untuk campur dua jenis makanan seperti nasi putih dan mee segera, seeloknya kurangkan. Ingat, kesihatan adalah suatu benda yang sangat berharga kerana ianya sangat mudah rosak dan susah untuk dirawat.

Sumber: Kompas.com

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee