Ramai yang ingin menurunkan berat badan, tetapi tidak ramai yang berazam tinggi seperti Nur Afiqah Syaqira. Afiqah yang muat turun status di laman facebook yang kini sudah langsing membuatkan ramai terpegun dan mahu menjadi seperti dirinya.
Makan lemak untuk membuang lemak adalah antara cara Afiqah turun dari berat asal sebanyak 70 kg kepada 55 kg. Dengan berbekalkan 3 MOTO ini, KUAT SEMANGAT, DISIPLIN dan KONSISTEN, Afiqah kongsi cara dia diet tanpa berlapar dan paling pending konsisten.
Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. Afiqah memang jenis jarang minum manis jadi tiada masalah untuk berhenti ambil gula. Bagi yang suka minum manis jangan terus berhenti, tapi kurangkan dahulu.
“Kalau rasa nak minum manis cuba kunyah gegula Mentos atau chewing gum (sugar free).”
“Dulu saya makan 2 atau 3 pinggan ok hahahahaha! Pastu saya cuba kurangkan sepinggan dan sekarang setengah pinggan sahaja. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa.”
Lebihkan lauk seperti dada ayam atau ikan dan sayur. Kalau lapar waktu petang boleh makan buah atau kekacang. Malam Afiqah tidak makan, sekiranya lapar, minum green tea dan disarankan tidur cepat. Boleh juga makan buah, telur rebus atau salad. Tetapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari-hari makan kena ON TIME ok!
Boleh cuba Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. Afiqah minum semasa makan sebab green tea ini boleh menghalang penyerapan lemak selain meningkatkan kadar Metabolisme badan.
“Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA.”
Bagi Afiqah untuk kurus, dia tidak perlu ambil apa-apa supplemen yang menjanjikan kurus tetapi mempunyai kesan sampingan. Katakan NO SUPPLEMENT kurus!
“Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI.”
Letaklah sahaja wallpaper model ramping yang cantik sebagai pembakar semangat untuk anda. Boleh juga jika mahu letakkan gambar dirinya – seloroh Afiqah.
Afiqah jarang melakukan exercise kerana ketiadaan masa, tetapi masa kerja Afiqah banyak bergerak dalam kawasan pejabat. Afiqah sarankan sekiranya ada kelapangan boleh lakukan workout ringan asalkan berpeluh.
“Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2 atau 3 bulan dah boleh turun 10kg hingga 15kg.”
“Wajib ok! Air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun tiada masalah. I tak pakai apa-apa skincare pun dah setahun lebih for those yg tanya tu.”
Cuma rajin-rajinkan diri minum air putih ya. Bermula dari sekarang belajar bawak air putih pergi mana-mana atau belilah kalau lupa nak bawak.
7 makanan yang diamalkan selepas turun berat badan sehingga kini, Afiqah tidak culas dengan hasil yang ada sekarang tetapi tetap berusaha untuk terus kekal lansing.
Ikan seperti salmon dan tuna merupakan sumber lemak yang baik. Ikan-ikan ini mengandung omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan atau jantung kita.
Lemak ini juga dapat menjaga fungsi otak, ianya memberi manfaat yang sangat baik, terutama ketika usia kita sudah meningkat tua. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil lemak baik ini mendapat kesihatan lebih baik, dengan risiko mengalami penyakit jantung, depresi, dan demensia yang lebih rendah.
American Heart Association (AHA) menganjurkan untuk mengambil kira-kira dua bahagian ikan berlemak dalam satu minggu, dengan satu bahagian kira-kira 80 gram atau sebesar tapak tangan. Cadangan cara masakan ialah dipanggang atau direbus.
Buah alpukat mengandungi 70% lemak yang disebut sebagai oleic acid. Kandungan lemak ini sangat baik untuk kesihatan jantung dan dapat membantu meringankan gejala osteoarthritis.
Selain itu, avokado juga kaya dengan kalium dan serat. Kajian menunjukkan bahawa avokado dapat membantu menurunkan kadar ‘lemak jahat’, dan meningkatkan kadar ‘lemak baik’ dalam tubuh. Buah ini dapat membantu penyerapan nutrisi dari makanan lain.
Biji labu, biji bunga matahari, dan bijan mengandung lemak yang dapat mengurangkan kadar kolesterol. Secara umum, lemak yang berasal dari tumbuhan lebih baik dari lemak yang berasal dari haiwan. “Lemak jahat” biasanya berasal dari daging, produk susu, dan beberapa jenis makanan yang telah diproses. Adalah penting untuk kita pastikan dan selalu memperhatikan label pada makanan untuk melihat jenis lemak dan berapa banyak lemak yang terkandung di dalamnya. Elakkan mengambil lemak jahat dan hindari mengambil lemak trans.
Kekacang baik bagi tubuh badan kita. Sebagai contoh, kacang soya mengandungi omega-3 yang selain sihat, juga dapat membantu mengatur mood; kacang walnut mengandungi lemak yang baik bagi jantung. Selain itu, kekacang juga kaya dengan vitamin E dan magnesium.
Kajian ada menunjukkan bahawa orang yang mengambil kekacang cenderung kelihatan lebih sihat dan terhindar dari obesiti, penyakit jantung, dan diabetes tahap 2. Akan tetapi, perlu diingat, walaupun kekacang baik bagi tubuh, kita disarankan untuk tidak mengambilnya secara berlebihan. Bahagian yang disarankan adalah sekitar 30 gram, atau kira-kira 7 kacang walnut, 24 kacang badam, 35 kacang tanah, atau 18 kacang gajus.
Disarankan juga menggunakan minyak zaitun ketika memasak atau membuat salad sebagai dressing. Minyak ini mengandungi lemak yang menyihatkan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah dan memperbaiki keseimbangan kolesterol. Selain itu, minyak ini juga mengandung vitamin E, vitamin K, dan antioksidan. Kandungan antioksidannya yang tinggi dapat membantu menekan inflamasi. Akan tetapi, diingatkan untuk tidak menggunakannya terlalu banyak. Gunakan sedikit sahaja dan jangan dipanaskan pada suhu yang tinggi kerana ini akan merosakkan khasiat pada minyak tersebut.
Bayam dan kubis merupakan contoh sayur-sayuran yang kaya akan omega-3. Pengambilan sayur jenis ini setiap hari sangatlah menyihatkan, selain kerana nutrisinya, kandungan serat di dalamnya juga sangat baik dan diperlukan bagi proses pencernaan. Tambahkan pula ikan ke dalam menu seharian kita. Sayur-sayuran biasanya hanya mengandungi beberapa bahagian dari omega-3 yang terkandung dalam ikan.
Terdapat banyak produk makanan yang biasa mengandung omega-3 tambahan. Contohnya seperti susu, telur, dan roti. Telur merupakan sumber protein yang mudah didapati. Selain itu, telur mengandungi lemak yang menyihatkan. Omega-3 yang terdapat pada makanan ini lebih menguntungkan daripada omega-3 yang kita dapatkan dari suplemen. Ia berbentuk nuetral. Kita disarankan mengambil putih telur sahaja dalam program menurunkan berat dan kuning telur dielakkan kerana mempunyai nilai kalori dan lemak yang tinggi.
Sumber: Nur Afiqah Syaqira dan Helo Sehat