Kecantikan

Makan Laju-laju Antara Tabiat Yang Boleh Berat Badan Naik Tanpa Disedari. Kalau Nak Kurus, Elakkan 4 Tabiat Ini!

Share

Setiap wanita mahu memiliki bentuk tubuh yang ideal, ramping dan langsing. Tentunya anda boleh murung satu hari jika baju yang mahu anda pakai sudah ketat dan tidak muat.

Alamak, petanda apakah ini? Adakah ia bermakna anda sudah naik berat badan? Rasanya dah kurangkan pengambilan makanan tapi masih sama sahaja. Patutlah baju yang dipakai masih sama dan tidak longgar-longgar, rupanya berat masih sama.

Tanpa disedari, rupa-rupanya ada tabiat yang kita amalkan membuatkan berat kita statik atau lebih teruk lagi naik secara mendadak. Nak tahu apa? Hijabista kongsikan 4 tabiat yang sering anda lakukan.

1. Kurang Minum Air Masak

Tahukah anda bahawa dengan pengambilan air putih yang banyak dapat mengelakkan anda daripada mengambil makanan secara berlebihan. Jika sebelum ini anda suka minum air selepas makan, apa kata selepas ini tukar kebiasaan tersebut. Cuba minum air sebelum makan, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

2. Makan Laju-Laju

Di dalam Islam, anda digalakkan mengunyah sebanyak 44 kali supaya makanan tersebut hancur dengan baik dan dapat memberi efek kenyang yang lebih cepat. Jangan baru beberapa kali kunyah terus telan. Tentunya ia tidak elok untuk penghadaman.

3. Suka Makan Makanan Manis

Mungkin anda suka makan makanan yang manis. Memang sedap tetapi tahukah anda ia mengandungi kandungan gula yang tinggi dan mampu menaikkan berat badan anda. Lebih-lebih lagi jika anda mengambilnya dalam jumlah yang banyak. Jadi, jangan terkejut kalau berat anda semakin meningkat.

4. Makan Lambat

Kadangkala kalau sudah lambat hendak pergi ke kelas atau pejabat, anda tentu tidak akan sarapan dan hanya akan makan pada waktu tengahari. Atau mungkin anda sarapan pada waktu pagi tetapi sengaja tidak makan tengahari supaya boleh kurus.

Sebenarnya, jika anda melewat-lewatkan waktu makan anda, nafsu makan akan menjadi lebih besar hingga anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak.

Sebaiknya, amalkan pemakanan yang teratur. Untuk makan malam, ambil dalam kadar yang sedikit.

Published by
SH