Makan Dalam Talam, Cikgu Viral Sir Uzairi Meriahkan Sambutan Ulangtahun Pertama Zayan FM

Share

Baru-baru ini telah berlangsungnya sambutan ulangtahun pertama radio yang semakin mencuri hati pendengar tempatan, Zayan FM. Meskipun disambut dengan bersederhana, sambutan yang diadakan bersama anak-anak yatim di Cafe Nu-In, Bandar Baru Bangi ini tetap meriah dengan kehadiran ramai artis popular seperti Ippo Hafiz, Yassin dan cikgu matematik viral, Sir Uzairi Taib.

Sempena sambutan ulangtahunnya yang pertama, ZAYAN, jenama destinasi gaya hidup Muslim moden #IndahDiHati, berkongsi pencapaian yang telah diraih dan juga tawaran seleksi kandungan yang lebih hebat merentasi platform radio, dalam talian dan acara lapangan agar dapat terus menepati citarasa para peminatnya.

Usaha ini mencerminkan strategi semasa ZAYAN untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup pelbagai platform di Malaysia.

Eh, Ustaz Don pun ada tau!

Isteri tercinta Mawi iaitu Ekin dan juga kembarnya Aein turut hadir memeriahkan majlis.

Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, “Megimbas kembali satu tahun keberadaan ZAYAN dalam industri hiburan, pelbagai pencapaian telah kami kecapi dan ini amat membanggakan bagi kami.

Namun, perjalanan ZAYAN hanya baharu sahaja bermula dan masih panjang bagi kami.

Oleh itu, ZAYAN ingin memanfaatkan kecapahan media ini untuk terus menghiburkan peminat-peminat kami dengan menawarkan kandungan interaktif, berinformasi dan relevan agar menepati gaya hidup dan citarasa mereka.”

Seronoknya makan dalam talam macam ni…

Zayan juga tidak melupakan sokongan padu dari peminat-peminat jenama ZAYAN yang mencecah lebih 830k di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter secara mingguan.

Barisan penyampai radio Zayan iaitu Mawi, Lin Ariffin, Raqib Majid, Falyq Hikyle, Anas Tahir dan Adiela Ridzuan.

Lama tak lihat Mawi perform. Tetap power macam dulu!

DJ Lin juga tak ketinggalan turut bergambar dengan Sir Uzairi.

Hijabista mendoakan agar Zayan terus sukses mencapai matlamat dan terus menghiburkan hati pendengar tempatan dengan konsep muslim moden. Sememangnya Zayan tetap #IndahDiHati!

sumber: instagram Zayan, Nu-In Kafe

Published by
Qistina