Badan mula terasa lesu dan ‘lemau’ apabila tibanya hari Isnin–mana tidaknya, sudah sakan menikmati percutian hujung minggu kini terpaksa kembali kepada realiti. Tetapi fenomena Monday Blues ini sememangnya suatu perkara yang tidak asing tidak kira bagi yang bekerja atau sekolah.
Jadi adakah anda antara mereka yang tertanya fenomena Monday Blues ini hanya rekaan semata-mata? Ataupun ianya sekadar alasan untuk bersikap malas pada permulaan minggu yang baru?
Kenapa hari isnin tiap kali menjadi satu hari yang sangat di benci oleh ramai orang? Adakah ia berpunca di sebabkan permulaan minggu baru buat semua kerana bakal menghadapi mesyuarat tak menentu, kerja yang semakin bertambah, bahkan, perlu memikirkan soal kehidupan seharian?
Ada perkongsian di Hellodoktor yang menerangkan lagi mengenai keadaan Monday Blues ini. Menurutnya, terdapat kajian yang di jalankan oleh laman web Gallup pada tahun 2015 menunjukkan peratusan sebanyak 32% pekerja di Amerika Syarikat yang di percayai komited dengan pekerjaan mereka. Melalui kajian ini mereka membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu tidak suka akan pekerjaan mereka, kebarangkalian mereka akan mengalami Monday Blues.
Hal ini di percayai kerana fenomena tersebut merupakan fenomena dari segi psikologi. Jadi bagi setiap hari yang anda lalui tetapi merasakan ia merupakan perkara yang sama berulang kali, mungkin itu merupakan satu tanda buat anda untuk mencari kerja yang anda suka dari meneruskan dalam pekerjaan yang anda ada sekarang.
Tunggu dahulu!–Fenomena ini juga ada di kaji oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom, mereka mendapati kebanyakan ‘mangsa’ kepada fenomena ini adalah mereka yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun. Monday Blues ini juga boleh di lihat dalam pelbagai cara berpandu kepada kelakuan pekerja itu seperti selalu datang lambat ke pejabat, menjadi kurang produktif sepanjang hari, dan ada juga yang hanya terukir senyuman mereka pada waktu tengahari.
Artikel berkaitan: Fikiran Bercelaru Di Ofis, Hiasan Tanaman Hijau Boleh Bantu Tangani Stres
Meski pun ia di anggap sebagai fenomena yang mengacau dari segi psikologi, tetapi anda boleh mengubahnya dengan niat permulaan dalam diri anda. Anda boleh cuba untuk mulakan perubahan itu dengan beberapa cara, sepertinya:
Kondisi ini boleh menjadi dengan lebih teruk jika anda kerap menerapkan dalam diri untuk sentiasa stres dan tidak suka dengan kehidupan yang anda hadapi. Ingat–perubahan diri janganlah di paksa, pastikan anda pentingkan soal kepentingan mental anda terlebih dahulu. Jangan lupa makan coklat juga!
Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva
Artikel berkaitan: Akibat Terlampau Bekerja Keras, Elfira Loy Stres Sampai Muntah-Muntah Dan Disahkan Vertigo!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.