Buah-buahan merupakan sumber makanan semula jadi sangat penting bagi kesihatan. Antara buah-buahan yang memberikan banyak manfaat untuk kesihatan ialah buah betik.
Memang sedap dapat makan betik terutama bila dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Betik atau dikenali sebagai “pawpaw” di beberapa negara lain, mengandungi beberapa jenis karotenoid yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan
Menarik tentang betik. Buahnya manis. Kebaikannya juga luar biasa. Jika tertelan biji betik. Jangan risau sebab ia sebenarnya boleh dimakan.
Kalau anda peminat makanan yang pahit mesti suka bijinya. Ada kebaikan utama betik yang ramai tidak tahu. Jangan tahu makan sahaja ya. Wajib tahu khasiatnya.
Betik ada banyak jenis. Ada betik kampung. Kalau yang kacukan nama dia betik Exotica. Exotica lebih berisi. Rasanya lebih manis dan lebih berwarna terang.
Pelembut daging
Dalam betik ada papain. Tugasnya pecahkan molekul protein yang kuat pada daging. Cara untuk lembutkan daging mudah sahaja. Selalu orang guna untuk lembutkan daging kerbau.
Guna betik yang mengkal. Yang belum ranum. Potong dadu sekali dengan kulit. Kisar. Masukkan jus betik ke atas daging. Gaul hingga rata dan sebati. Perap selama 2-3 jam. Jangan lebih kalau tak isi daging jadi kering.
Anti Oksidan
Betik bersifat anti oksidan dan ada caretonoids. Jenis spesifiknya ialah lycopene. Anti oksida ini perangi radikal bebas dalam tubuh. Apabila kita ambil junk food dan bergula, berlakulah radikal bebas.
Bahaya radikal bebas ia boleh sebabkan Alzheimer’s. Lycopene inilah yang akan bantu neutralize radikal bebas. Pendapat ini dirakamkan di jurnal saintifik Clinical Intervention in Aging.
Anti Kanser
Bab ini memang power. Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah adalah anti kanser terutamanya breast cancer. Kajian tentang hal ini dibincangkan di jurnal saintifik International Journal of Food Sciences and Nutrition. Bahan utama yang menjayakan ‘watak’ anti kanser ini tidak lain adalah lycopene.
Sihatkan Jantung
Adakah anda tahu tahap kesihatan jantung? Kajian di The American Journal Medicine dapati vitamin C dan Lycopene dalam betik menghalang penyakit jantung. Bukan sahaja bagus untuk jantung, ia juga jaga prostat untuk lelaki dan halang tumor.
Anti Inflamasi
Satu perkara menarik tentang betik ialah ia bersifat anti inflamasi atau anti radang. Ia menurunkan jumlah C-Reactive Protein atau CRP – punca kepada inflamasi. Sekiranya anda cuba turunkan berat badan tetapi gagal, kemungkinan puncanya ialah CRP.
Antara kerja jahat CRP ialah ia baluti hormon kenyang Leptin sehingga otak tidak dapat kenalpasti hormon ini. Akhirnya anda akan terus makan sebab otak fikir anda belum kenyang. Puncanya otak tidak dapat kenal hormon leptin. Akibatnya, tanpa disedari anda dengan bangganya terus melahap makanan.
Halang Kerosakan Kulit
Bab ini penting untuk diambil tahu. Betik kaya vitamin A, C dan E. Tiga ini sekali dengan lycopene dalam betik menjaga kulit daripada berkedut, gelebeh, dan berbintik bintik. Ringkasnya keduanya adalah sistem sekuriti menjaga kulit dari dirosakkan.
Kajian dalam jurnal saintifik International Journal of Cosmetic Science mendapati bahawa individu yang mengambil betik 14 minggu berturut-turut berjaya memudakan kulit mereka.
Turunkan Kolesterol
Anti oksidan, fiber sekali dengan potassium membantu memastikan arteri tidak tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran darah.
Redakan ‘Menstrual Pain’
Betik ini bukan buah sahaja yang berkhasiat, esktrak daun betik juga dilaporkan mampu kurangkan menstrual pain. Kaum wanita boleh amalkan ya!
Kajian dalam International Journal of Scientific and Research Publications tahun 2020.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Photo by any-lane from Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Syurga Ini Sempat Menyusu Hingga Kenyang Sebelum Dijemput Illahi Lepas 14 Hari Bertarung Nyawa
Kehadiran anak adalah satu kurniaan terindah dari Allah SWT. Kalau boleh mahu melihat anak yang dilahirkan dari rahim seorang wanita membesar sempurna. Namun kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Perkongsian lelaki ini, Muhamad Syafiq di laman sosial beberapa jam lalu meluahkan betapa dia dan isteri reda dengan pemergian bayi selepas 14 hari dilahirkan sebelum bertemu Illahi.
Menceritakan semula detik kelahiran anak syurga ini hingga saat kehilangannya memang begitu menyentuh hati. Lebih mendebarkan ketika isteri memberitahu dia bermimpi didatangi lelaki berjubah. Ternyata perkongsian panjang lebar ini telah mendapat butang share lebih 5 ribu dan butang like pula hampir 10 ribu dari netizen.
Rata-rata melahirkan simpati dengan perkongsian cerita ini dan berharap keduanya dapat bertemu anak syurga ini di jannatul firdausi.
Gelisah tunggu kelahiran ‘malaikat kecil’
30/09/2018 ( AHAD )
Jarum jam meniti tepat pukul 5.30 petang , isteriku mula menunjukkan tanda-tanda sakit di bahagian peranakkannya . Aku terus mempersiapkan barang-barang kelengkapan bersalin isteriku dan terus memandu tenang ke hospital berdekatan . HUSM Kubang Kerian menjadi pilihan kami pada hari tersebut . Aku menolak perlahan isteriku ke bahagian pendaftaran .
Aku gelisah menunggu kelahiran ‘malaikat kecil’ di bahagian menunggu sementara isteriku sedang menanggung kesakitan di wad 2 Baiduri . Tanpa berlengah aku terus mencapai kain pelikat dan terus membuat solat sunat hajat dihadapan Wad 2 Baiduri tanpa menghiraukan sesiapa yang melihat perbuatan ‘aneh’ ku di kawasan tersebut . Bagi aku asal isteri dan anakku selamat sahaja . Hanya Allah swt tempat aku bergantung harap .
Bermimpi suatu yang aneh.
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi isteriku belum melahirkan anak , aku yang keletihan terus tertidur di atas kerusi menunggu beralaskan kain pelikat tadi . Aku bermimpi sesuatu yang aneh , di dalam mimpi tersebut aku bersama isteriku dan satu lagi pasangan sedang mendaki gunung yang sangat tinggi pada waktu malam yang gelap . Tetapi apa yang menghairankan aku pasangan tersebut mendaki sambil mengengdong bayi lelaki mereka tetapi aku dan isteri tidak memangku anak dan akhirnya aku dan isteri sampai dahulu di kemuncak gunung berbanding pasangan tadi . Di kemuncak gunung aku melihat ada satu cahaya bulan purnama yang sangat terang menerangi kami dan memadam kepekatan malam pada hari itu . Apakah petanda mimpi tersebut ?
Isteri selamat lahirkan anak secara normal.
01/10/2018 ( ISNIN )
Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian alam , pukul 9.30 pagi aku sudah usai khatam Quran dengan pengakhiran surah An-Nas dan kalimat ‘Sodaqallahulazim’ dilafazkan yang bermaksud ‘benarlah kalam Allah yang Maha Agung’ . Berdebar hati ini , berdegup kencang jantung ini menanti namaku dipanggil oleh jururawat bertugas bagi menyaksikan kelahiran anak sulungku .
Jam menunjukkan tepat pukul 10.20 pagi akhirnya isteriku selamat melahirkan anak kami secara normal setelah bertarung nyawa melahirkan anak kami . Bayi seberat 2.89kg diazankan oleh aku sebagai bapa kandungnya . Ya Allah anak aku ! Kata aku yang tidak percaya anak yang selama ini dikandung 9 bulan oleh isteriku kini sudah Allah zahirkan dihadapan aku . Menitis air mata jantanku tanda bersyukur Allah memberikan aku nikmat sebesar ini .
Tunaikan solat syukur atas kelahirannya.
Wajahnya seiras wajahku , putih berseri kemerah merahan , matanya yang bulat dibuka luas melihat dunia . Bayi lelaki ini diberi nama Muhammad Uwais Al-Qarni bin Muhamad Syafiq . Aku diminta oleh guruku untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat syukur ke atas kelahiran pertama ini . Ini amanah dari Allah , ini tanggungjawab dari Allah kata guruku kepadaku melalui corong telefon. Tanpa berlengah aku terus turun ke surau bagi melengkapi permintaan guruku .
Seronok gembira hati ini hanya Allah yang tahu , kelahiran anak lelaki sulung ini memberikan seribu makna kepada aku dan isteri . Bagaikan dunia ini ana yang punya .
Anak lahir sehari sebelum ulang tahun kelahiran & ditahan di wad sebab ada jangkitan kuman.
02/10/2018 ( SELASA )
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-25 . Kelahiran anak lelaki pertamaku merupakan satu anugerah Allah paling besar sepanjang hidupku , ini adalah hadiah paling berharga yang Allah berikan kepada aku . Aku bersyukur masih diberikan nyawa oleh Allah . Terima kasih emak Norshita Shawal sebab lahirkan abang ke dunia ini . Besar jasa dan pengorbanan emak dan abah . Apabila aku melihat proses kelahiran anak aku dan susah payah isteriku melahirkan anak , baru aku tahu bagaimana emak bersusah payah melahirkan aku ke dunia . Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa emak . Isteriku sudah boleh pulang ke rumah tetapi anak kami tidak boleh pulang bersama atas alasan anak kami kemungkinan disyaki ada jangkitan kuman di bahagian paru-paru .
Berdoa agar cepat sembuh.
03/10/2018 ( RABU )
Sedih hati ini melihat katil anak aku ditolak ke dalam wad Nilam 2 (N.I.C.U) atas faktor anak aku dijangkiti kuman di bahagian darah . Kata doktor , isteriku turun air ketuban awal dan demam sewaktu melahirkan Uwais , maka doktor terpaksa kuarintin Uwais di wad tersebut bagi mengelakkan perkara-perkara sebaliknya berlaku . Aku melihat pernafasan anak aku turun dan naik begitu pantas berbanding bayi yang lain . Allahu akhbar !
Hal ini sungguh merisaukan aku dan isteriku . “Nak , cepat sembuh ye , nanti dah sihat , ikut Walid jalan-jalan “ bisikku ke telinga Uwais .
Isteri gagah untuk menyusukan bayi walaupun ditahan di wad.
04/10/2018 ( KHAMIS )
Bermulah rutin harianku , ini sudah hari keempat aku ulang alik ke hospital bersama isteriku ke hospital untuk menyusukan anak kami . Jarak hampir 8km dari rumah ke HUSM tidak aku hiraukan , isteriku yang masih di dalam pantang digagahi jua demi untuk melihat perkembangan anak kami dan menyusukan anak soleh kami Muhammad Uwais Al-Qarni . Seperti kebiasaan , sebelum jari jemari ini menyentuh lembut ubun-ubun dan fizikal Uwais , aku akan memberikan salam kepadanya “ Assalamualaikum Muhammad Uwais Al-Qarni , anak soleh Walid “ . Usai meberikan salam pasti anak comel ini akan mengerutkan dahi dan keningnya tanda memberi respons kepadaku . Cerdik sungguh.
Tak kisah ulang alik semata-mata untuk lihat cinta hati.
05/10/2018 ( JUMAAT )
Hari kelima , tali pusat Uwais dah mula tercabut , Uwais kelihatan sihat dan sedikit bertenaga berbanding sebelum ini . Uwais dah pandai membuat pelbagai reaksi di wajah , mengeliat seperti Umminya , menendang perlahan dan mengigit kuat jari kami seperti bayi yang berusia 5 bulan . Cerdik sungguh kamu wahai anak . Setiap hari kami menunggu dan menemani Uwais di wad tersebut sehingga lewat pukul 1.30 pagi . Aku dan isteriku tidak mengiraukan keletihan dan sakit sakit di badan yang kami alami sepanjang ualng alik ke hospital asalkan sahaja dapat bersama Uwais si cinta hati kami . Ya Tuhan , tak sabar rasanya menunggu anak cerdik ini pulang ke rumah kami .
06/10 – 09/10/2018
Ulang alik ke hospital seperti biasa menjenguk , menjaga , menukar pampers , memandikan dan menidurkan Uwais . Berat Uwais sedikit turun . Proses ultrasounds dilakukan keatas Uwais untuk menentukan tahap kesihatan Uwais . Hari ke 7 , ada satu hal yang terjadi , seperti kebiasaan selepas Uwais bangun dari tidurnya , dia akan mengeliat kepuasan , apa yang mengejutkan kami ialah selepas dia mengangkat tangan ke atas untuk mengeliat , pasti dia meletakkan kedua tangannya di atas dada seperti perbuatan orang sedang qiam dalam solat . Hal ini berterusan sehingga ke hari hari seterusnya . Allahu akhbar !
Kesihatan bayi jadi tidak stabil & terpaksa pakai wayar oksigen untuk sokong pernafasannya. Doktor pakar mula pantau keadaannya.
10/10/2018 ( RABU )
Kami dikejutkan dengan berita Uwais dimasukkan ke wad Nilam 1 (kes lebih berat) , Uwais mula dimasukkan ubat antibiotik tahap kedua kerana ubat antibiotik tahap pertama tidak memberikan tindak balas positif pada darahnya . Uwais mula dipakaikan wayar oksigen di hidungnya bagi menyokong pernafasannya . Sesekali Uwais menangis tanda sakit dan mahukan perhatian dari kami . Uwais bersin berkali-kali . Lucu melihat reaksi anak comel ini bersin . Ya Allah , Engkau sembuhkanlah anak aku ya Allah .
11/10/2018. ( KHAMIS )
Darah Uwais semakin pekat kata doktor , doktor pakar mula mengambil kes Uwais dan anakku akan dikawal sepenuhnya oleh doktor pakar bagi memantau perkembangan Uwais . Kata doktor kuman semakin tinggi di dalam darah anak aku dan kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman keatasnya . Hati ini mula semakin risau , tidur tidak nyenyak , selera makan sudah tiada memikirkan tentang anak sulung kami . Begitu juga dengan isteriku jangankan air , apatah lagi nasi untuk dijamah jauh sekali . Sesiapa yang mempunyai anak pasti tahu bagaimana perasaan ini .
Emak dan abahku sudah pulang ke Pulau Pinang atas sebab bapa saudara aku di Penang semakin tenat . Ini kali kedua Emak dan Abah datang ke Kelantan selepas datang kali pertama pada 1 Oktober lepas .
Dikejutkan dengan kematian bapa saudara dua hari sebelum itu. Isteri pula bermimpi didatangi lelaki berjubah.
12/10/2018 ( JUMAAT )
Aku dikejutkan dengan berita kematian bapa saudaraku di Pulau Pinang . Bapa saudara aku yang paling rapat dengan ahli keluarga kami . Aku begitu sedih dengan berita tersebut tambahan pula aku tidak boleh pulang ke Penang atas faktor isteri dan anakku dalam keadaan begini . Sedihku bukan kepalang ibarat jatuh ditimpa tangga . Al-Fatihah untuk Allahyarham Mazlan bin Shawal .
13/10/2018 ( SABTU)
Seharian bersama Uwais bermain , pada hari yang sama isteriku bermimpi telah didatangi seorang lelaki berjubah membawanya ke sebuah bangunan hospital yang sangat besar dan apabila isteriku masuk ke dalam hospital isteri tercinta aku melihat sebujur jasad kaku anak kami Uwais tidak bernyawa . Bangun dari tidur , isteriku menangis tersesak-esak sambil memelukku tanpa menceritakan perihal sebenar mimpi tersebut . Malam hari aku dan isteri bersama Uwais , seperti biasa Uwais minum susu dengan banyaknya tetapi pada hari tersebut susu isteriku sudah kering .
Aku mengusap perlahan kepala anak kesayanganku sambil bercakap dengannya .
“ Uwais anak Walid , cepat sihat nak , cepat sembuh , cepat-cepat keluar hospital , semua tunggu Uwais kat rumah . Nanti dah sihat Uwais teman Walid , kita pergi masjid sama-sama ye nak “ kataku sambil matanya merenung tepat kearah mataku , bulat dan hitam penuh anak matanya . Redup dan sayu matanya melihat aku lama lalu tanpa aku sedari mengalir air mata Uwais dan mulut kecilnya terkumat kamit seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepadaku . Jarinya mengemgam kemas jariku tanpa mahu dilepaskan .
Jam menunjakkan pukul 1 pagi , isteriku mahu meletakkan Uwais ke atas katil , hari sudah lewat , kami diminta oleh jururawat untuk pulang tetapi anak kami Uwais tidak mahu melepaskan Umminya , erat dan kemas memeluk tangan isteriku , menangis merengek Uwais apabila mahu diangkat keatas katil seolah olah tidak mahu berpisah dengan Umminya yang telah berada didalam kandungan selama 9 bulan . Dia seperti mahu bersama Umminya sampai ke bila-bila . Aku dan isteri tidak sedap hati dan merasakan bagai ada sesuatu bakal terjadi . Kami meninggalkan Uwais di atas katil dengan beribu kesedihan .
Keadaan makin krtitikal bila hati telah rosak dan pecah
14/10/2018 ( AHAD )
Di subuh yang hening , tiba-tiba telefon aku berdering kuat dan kelihatan nombor hospital tertera di skrin telefon aku , berdebar jantung ini seperti nyawa aku bakal dicabut . “Encik , boleh datang ke hospital dengan segera tak ?” tanya doktor kepadaku . Ya Allah ya Tuhanku , berat sungguh kaki ini nak melangkah .
Sesampainya di wad aku sudah melihat katil Uwais dikelilingi oleh ramai doktor pakar , Uwais sudah tidak sedarkan diri , dia di kelilingi mesin dan alat bantuan pernafasan . Luluh hancur hati ini melihat darah daging aku dalam keadaan begini . Kata yang merawat , Uwais muntah susu dan keluar banyak darah pada pukul 5 pagi tadi . Ya Allah ! Dugaan apa yang Engkau berikan kepadaku ini , baru semalam sahaja Uwais nampak sihat dan bermain dengan Walid dan Umminya , pagi ini Uwais sudah tidak sedarkan diri .
Seharian kami menunggu di wad , kami mengambil peluang untuk pulang ke rumah sebentar untuk mandi dan bersihkan badan . Emak , abah , kakak , adikku dan abang iparku baru sahaja sampai setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Pulau Pinang .
Jam pukul 9.00 malam sekali lagi hospital menelefon aku , sambil menyuruh aku membawa ahli keluarga terdekat . Petanda apakah ini ?
Sampai di katil Uwais , ketua bahagian perubatan di wad tersebut bersama doktor pakar yang lain sedang membuat sesuatu keatas Uwais , ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa . Isteriku tidak henti-henti menangis keesakkan sehinggakan ditenangkan oleh jururawat bertugas .
Doktor menjemput aku dan isteri ke bilik perjumpaan dan doktor menerangkan tentang situasi Uwais . “ Encik Syafiq dan Puan Nurul Fatihah, kita dah cuba sehabis baik tetapi Allah yang memegang kita , anak Encik sekarang sudah berada di tahap 50/50 dan kita hanya menunggu keajaiban dari Allah sahaja , bila kita buat ultrasounds kita lihat penuh tumpah darah dalam badan anak Encik , hati dia telah rosak dan pecah “ . Bayangkan kalian berada disituasi aku dan isteri ketika itu .
———————————-
Satu persatu wayar dicabut dari badan anak. Sempat melihat tangisan terakhirnya.
Akhirnya Uwais di pangkuan isteriku dan semasa diribaan isteri tercintaku , satu persatu wayar di badan Uwais dicabut , tekanan nadi dan jantung Uwais semakin lemah , tepat jam 12.15 pagi anak kesayangan kami MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN MUHAMMAD SYAFIQ telah dijemput kembali oleh Allah swt setelah genap 14 hari dia bertarung melawan kuman dalam badan . Dilahirkan pada hari Isnin dan diambil kembali oleh Allah juga pada hari Isnin .
Di penghujung detik nafas Uwais yang terakhir aku sempat menyaksikan kaki dan tangan anak syurga ini terangkat sedikit ke atas dan kelopak matanya terbuka melihat tepat kearah kami dan kelihatan anak mata nya yang pekat jernih kehitaman tersebut, tiba-tiba tanpa disedari sekali lagi terbit air matanya mengalir perlahan-lahan mula jatuh ke pipi . Dengan wajahnya yang sayu tanda seolah olah ingin memberitahu Walid dan Umminya bahawa dia akan pergi selama lamnya meninggalkan kami di dunia yang fana ini . Kini tiada lagi rengekan manja Uwais terhadap kami . Luluh jiwa ini .
Kata jururawat yang menjaga dan merawat Uwais sepanjang dua minggu , dia anak yang sangat senang dijaga , tidak banyak ragam dan susah untuk dengar Uwais menangis . Isteriku terus memangku jasad anaknya yang kini sudah tidak bernyawa lagi sambil menegesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir . “Uwais , uwais bangun nak , bangun anak Ummi , Ummi rindu Uwais , siapa nak hisap susu ummi lagi , sayang anak ummi…ummi dah halalkan susu ummi untuk Uwais…tak apalah sayang pergilah dengan tenang..” kata isteriku perlahan. Allah , aku yang melihat bagaikan hendak pengsan . Lahaulawala khuwataillahbillah hila’liyula’zim . Kuatkan kami Ya Allah !
Redha dengan ujian Allah diberi 14 hari yang cukup indah
Aku redha Ya Allah , aku terima ujian darimu walaupun pedih dan pahit untuk aku tempuh semua ini . Uwais dicipta untuk hidup didunia ini hanya 14 hari sahaja . Perjanjian dia dengan Sang Pencipta telah ditunaikan . Semua ini terasa bagaikan mimpi . Terlalu pantas berlalu namun inilah realiti yang perlu ditanggung oleh aku dan isteri .
Ketahuilah sesungguhnya Ummi & Walid amat merinduimu wahai anak . Kita jumpa di syurga nanti ye nak . Maafkan Walid tak sempat bawak Uwais ke masjid bersama-sama , Walid hanya sempat mengengdong jasad Uwais yang sudah tidak lagi bernyawa ke masjid untuk menunaikan solat jenazah Uwais . Jasad Uwais wangi sangat sangat , selama Walid hidup atas dunia ini tidak pernah sekali Walid bau sewangi wangian Uwais itu .
Bercucuran air mata ini mengalir laju ketika nukilan ini disiapkan . Aku dan isteri masih mencari semangat . Walaupun kami sudah terpisah jasad dengan Uwais , kami berada di atas tanah dan anak tersayang kami di bawah tanah namun roh Uwais Al-Qarni sangat tenang di sana sambil berlari-lari di dalam syurga Allah swt . Aku terima , aku redha .
———————————-
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
(Al-Baqarah: 286)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut: 2)
Manakala berkaitan hadith yang menceritakan tentang kanak-kanak yang belum baligh akan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga disebut oleh Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata:
“Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”
———————
Muhammad Uwais Al-Qarni
01/10/2018 – 14/10/2018
#kenanganbersamauwais
#coretanwalid
#alwildani
Muhamad Syafiq bin Yushasni
25/10/2018
7.00 petang
Kota Bharu , Kelantan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teruja Percutian Bajet Dengan BFF, Gadis Ini Kongsi Itinerari Lengkap Buat Hijabi Berniat Travel Ke Jepun
Selain Korea, Jepun juga antara negara yang sering jadi pilihan pelancong, terutama ketika musim percutian panjang. Pelbagai tempat serta budaya menarik boleh didapati di negara matahari terbit ini. Dan jika kena gayanya, dengan bajet terhad juga kita berpeluang meneroka pelbagai destinasi menarik. Lagi seronok jika dapat bercuti bersama teman baik atau kita panggil BFF.
Seperti perkongsian gadis ini yang bercuti ke Jepun bersama dua lagi rakan baiknya dan sepanjang 10 hari 9 malam ini mereka turut berpeluang singgah ke Universal Studio Japan dan juga Disneyland Tokyo.
Ayuh, ikuti perkongsiannya dan boleh dijadikan panduan kepada hijabi yang berminat untuk menerokai keindahan negara maju ini yang terkenal dengan disiplin cukup tinggi.
Itineraries ke Jepun 10 hari 9 malam Bismillahirrahmairahim
This gonna be a long long long post ever by Ayniz Cukup 2 bulan balik dari negara Matahari Terbit, Jepun. We study almost 10 months all the do and don’t, the train route, the best time to visit and thank you RTJ team ! It’s time to share with all of you what we have there and what is interesting about Japan Stay tunes gais !
#TripleAEscapeToJapan
Kul-Tokyo-Osaka-Tokyo-Yokohama-Tokyo-Kul
16 October 2018-26 October 2018
- Flight return by MAS – RM 1575.38 (sebab perempuan barang banyak sekali dengan bahan masak so kitorang prefer MAS, yela inc luggage 30kg and makan dua kali dalam flight
- Apartment Osaka booking thru Agoda – RM 1222.75 selain tu, boleh book penginapan kat sini dengan kod promo
- Apartment Tokyo booking thru Airbnb – FREE (jangan laa korang terkejut terus pergi booked by Airbnb and request for FREE, kitorang booked Airbnb since March and one month sebelum ktorang punya Airbnb kena cancel due to masa tu isu illegal Airbnb semua tu yang semua tenant kena register with Japan Gov semua tu, as a token due to booking kena cancel, we got a coupon which is amount RM 1.3k plus if not mistaken. So kitorang dah jimat dekat situ . Hihi *if you gais know how panic we’re masa booking kena cancel, menjajau cari apartment okay . Pheww
- JR Pass 7 Days from Klook – RM 1044 (Day 1 – Day 7)
- Tokyo Disneyland ticket from Klook – RM 274
- USJ Ticket from Klook – RM 287
- USJ Express Pass from Klook – RM 336
- Tokyo Subway Ticket 72 hours from Klook – RM 55 (Day 8-Day 10)
- Mt Fuji Express Pass – 2200 yen return (kes malas nak tunggu train stop2 so amek express ?)
- Kachi kachi Ropeway – 800 yen return
- Sagano Romantic Train – 620 yen/ way
- 2 Sim card Japan from Klook : RM 85
- Travel Insurance Lonpac Silver : RM 50 per person
- Tenryuki Sogenchi Garden Park – 500 yen
- Shinjuku National Garden – 300 yen
- Additional train fare from Wakoshi station to Asakadai station – 750 yen / 5 way
Total spend trip ni RM 5095.68
P/s : Exclude duit Shopping sebab depends on orang. So Ayniz punya duit mostly habis dekat Disneyland kbye
Flight from Kul – Narita 23:30 – 07:40
Day 1 : Narita Airport to Tokyo to Osaka
Alhamdullilah kami mendarat pada jam 0655 pagi. Everything was soo good ! Thanks MH 0300 for the safe journey and delicious food walaupun tengah lena kena kejut makan. Sampai sana ambil luggage, redeem simkad, Tokyo subway pass and JR Pass. Beli dengan klook sangat senang! Korang tinggal redeem je bila sampai airport . And semua settle dekat Malaysia lagi so sampai Japan tak risau dah pasal semua ticket tu, just enjoy! Kami naik Shinkansen dari Terminal 2 Narita Airport hingga ke Tokyo then exchange train ke Shin-Osaka sebelum tiba ke JR Namba
Distance dari apartment kami ke JR Namba dalam 1 km but korang akan rasa seronok sebab all the way nak sampai rumah akan jumpa banyak orang naik basikal so make sure di lorong betul okeh Dan Japan memang terkenal dengan kebersihan dorang. agree ! Tapi yang tak best kat Shin-Imamiya sebelum sampai JR Namba ktorang tak jumpa lift so naik & turun tangga sambil angkat luggage . Omg ! Penat wei luggage almost 19kg. RIP pinggang
Apartment booking thru Agoda : Cozy Apartment Room 3
Day 2 : Universal Studio Japan!
Kami keluar rumah seawal 7 pagi untuk memastikan kami dapat naik semua extreme ride yang ada di USJ Perkara pertama sampai USJ mestilaa Hogwarts area ! Fuhhh setengah hari ktorang berlalu dengan pantas hanya dekat USJ Kami masuk HP store and beli Magical wand and mafla Gryfindor! Any Gryfindors team here ? High five! Bila dapat tau ada 8 checkpoints yang boleh ktorang visit and bermain dengan wand tadi, so lagi lama laa ktorang dalam Hogwarts area. Ktorang semua beli Hermione wand So cantik ukiran dekat wand tu Ktorang ada jugak beli USJ 4 Express Pass and kami dapat naik semua ride. Harry Potter, Flying Dinosaur, Spiderman and tak ingat
One thing yang korang para hijabista akan rasai di USJ adalah naik ride with accessories. Apa yang Ayniz maksudkan accessories adalah korang kena pakai baju hujan untuk naik Flying Dinosaur yang super extreme tu untuk tujuan mengelakkan tudung korang yang panjang tu berkibar2 dan boleh mengelakkan kecederaan untuk orang lain. Ada jugak ride yang korang kena pakai clip which is clip tu akan diletakkan di antara tudung dan leher baju. Refer gambar ktorang kat bawah nanti okay ?
And kalau jenis korang tak kisah untuk naik single ride, lagi seronok sebab USJ memang ada single ride which is korang tak akan duduk sekali ride tu dengan kawan korang. And lagi banyak line boleh potong tau sebenarnya ! Ini serious. And ktorang yang pakai tudung ni pun boleh potong banyak jugak line . Happy gila tak payah tunggu sampai ber jam jam
Selain Hogwarts and all the ride, don’t forget to taste Butterbeer Sedap yakmat. Ktorang repeat dua kali, sekali beli cawan yang souvenir tu and sebelum balik cawan plastic tu . Sampai sekarang terasa-rasa nikmat sedap tu Seharian dalam USJ tak puas kalau boleh nak ada two day pass macam Disneyland jugak
USJ Ticket & Express 4 Ride pass both from Klook
Day 3 : Osaka – Kyoto – Sagano Romantic Train – Togetsu Bridge – Kyoto – Osaka
Setiap hari di bumi Jepun kami memang akan keluar rumah seawal 7:00 pagi paling lewat 7:30 pagi . Ktorang nak merasai/tengok sendiri macam mana waktu peak hour Japan. Fuhh ! Dengan jalan laju, dengan route yang banyak, automatic kita yang tourist ni pun terikut bergerak laju So jangan pelik kalau sehari almost 20k steps korang melangkah sehari Haha . Dari Osaka ktorang amek Shinkanshen ke Kyoto. Ktorang sangat maximize penggunaan JR Pass ktorang. Hello beli sampai 1k wajib laa guna sebaik mungkin. So masa susun itineraries ktorang akan make sure first 7 days attraction places semua MESTI includes dalam JR Route Sampai Kyoto ktorang terus amek laluan train ke Sagano Romantic Train station. Ada satu JR Route nama Umahori Station. Sampai station kena jalan like 500m laa untuk sampai Sagano Romantic Station. All the way nak sampai tu view cantik sangat. Subhanallah! Tak rasa penat pun tau,serious! Bukit bukau, ada ladang bunga and ada jugak abang jual keledek manis dekat tepi station tu. Sagano Romantic Train ada setiap sejam. So kalau terlepas satu train and train tu penuh, bila penuh nanti korang tak dapat seat tepi tingkap kihkih. So tunggu laa sejam next train macam ktorang buat. Sempat makan keledek, amek gambar cantik cantik, dan menikmati permandangan indah So lepas sejam tunggu train, it’s time! Naik train dengan view yang cantik.
MasyaAllah! Rasa nak menitis air mata. Walaupun belum fully autumn but I’m in love already ! Sampai Bamboo Groove macam biasa posing dekat semua tempat yang ada buluh cantik Jalan sampai hujung akan jumpa Tenryuji Sogenchi Garden pulak. Kita masuk situ pulak. Adult fee 500. Kita discover taman cantik pulak. Eee semua cantik laa Jepun ni! Sampai hujung taman pulak sampai laa kita ke Pekan kecil sebelum sampai ke Togetsukyo Bridge Jangan lepaskan peluang beli Matcha Ice Cream okay Kitorang beli sorang satu sebab takmo share HAHA . Jalan punya jalan sampai Bridge lepastu kita duduk tepi Bridge tu ada area korang boleh duduk2. Sejuk and cantik je bukit2 tu. Ktorang boleh habiskan ice cream tu sambil meneroka rumah2 Jepun yang cantik . Dinner di Yoshiya Restaurant . Its halal gais ! No worries. And surau dia selesa sangat ! You won’t regret. Ktorang stay kat situ sampai restaurant tu tutup Makanan sedap sangat. Well Japanese style laa. You’re in Japan now gais
Day 4 : Osaka – Kyoto – Fushimi Inari – Gion – Nara – Kyoto – Osaka
It’s day 4! Sama rutin macam 3 hari lepas bangun pagi dan yes naik train sama dari Namba ke Osaka then ke Kyoto and next is Fushimi Inari Trisha. Masa ktorang sampai hujan renyai and ramai orang nak naik Fushimi Inari. And yes kami berjaya sampai puncak gais! Ada seorang kawan ktorang tak nak naik pun kita paksa jugak walaupun anak tangga nya kecik ya Ampun! Bukan selalu datang Jepun so MESTI sampai puncak Kerana sampai puncak laa kitorang almost sampai pukul 1 disini. So our next destination is Gion! Lunch time Hihi Gion pun korang akan jumpa Geisha Jepun yang comey2 berpakaian kimono. Hihi. Kami lunch di Naritaya Halal Ramen di pekan Gion and makanan sedap. Dorang ada pau comel jugak. Hihi. Seterusnya ke Nara Park walaupun perjalanan ambil masa sejam lebih tapi gigih jugak untuk jumpa rusa rusa comel . Kami tiba hampir 4 petang. Sempat jumpa Rusa rusa dan berpeluang rasa naik bas pulak di Bumi Jepun Puas jumpa Rusa kami pun pulang and since it’s our last night in Osaka kami jalan jalan di Dotonbori dan selfie di Glicoman punya board. Ramai gila manusia malam tu. Dan dan jangan lupa Takoyaki di sana. Sedap ! Walaupun kena beratur panjang so dont worry service laju ! Kami repeat beli dua kali Walaupun penat tetap gagahkan diri jugak untuk tengok apa yang ada di Dotonbori waktu malam And YES all places still cover by JR Pass
Day 5 : Osaka – Tokyo
Perjalanan dua jam lebih dari Osaka ke Tokyo menaiki Shinkansen. Saya duduk berpisah dengan dua orang lagi rakan jadi saya duduk di sebelah tingkap dan sebelah saya seorang uncle Japanese smart berkemeja dan briefcase. Macam biasa perjalanan dalam train tidoq laa. Dah penat dok tarik luggage ke hulu ke hilir Hello 18 kg luggage tarik pun lenguh tau! Cer try sana Tiba2 saya dikejutkan uncle sebelah ingatkan kenapa rupanya dari tingkap sebelah saya, tersergam indah Mt Fuji dari jauh. Tak terkata masa tu lalu saya minta uncle tolong kejutkan dua rakan yang duduk di row sebelah . Thank you uncle ! You’re so kind! Mt Fuji tunggu ktorang mai naa esok Terus tak boleh sambung tido Sampai di Tokyo kami ambil train lagi untuk ke Airbnb and sekali lagi sejam setengah perjalanan ke sana Sampai dah malam dan host Airbnb kami sangat laa baik! Dia tau kami sampai lambat so mereka meminta kami ambil teksi ke apartment sebab dia tau kami tak larat nak jalan bila dah penat sehari perjalanan Dia kata nanti dia akan bayar semula selaku welcome service! Another nice people I met in Japan! So first experience naik teksi di bumi Japan pulak. 700 yen ke rumah kami
Day 6 : Mt Fuji
Rutin harian bangun pagi diteruskan untuk ke Mt Fuji pulak. Ya Allah nikmat dunia keberapa tak tau nak cakap bila Mt Fuji tersergam indah depan mata bersama snowcapnya. Tanpa segan silu Mt Fuji menonjolkan diri Subhanallah Kami jugak tak lepaskan peluang naik Kachi Kachi Ropeway ke puncak untuk melihat Mt Fuji dari aras tinggi. 800 yen returns untuk Kachi2 Ropeway Di atas blada kedai souvenir dan dessert. So makan ice cream tika cuaca sejuk. Omg! Best sangat Dah tak heran sejuk ke apa tapi pengalaman berharga tak mungkin dilupa. Selepas turun, kami menaiki bas ke Lake Kawaguchiko pulak. Lagi cantik view Mt Fuji dean mata dan terasa dekat sangat. Okay seround lagi ice cream tapi Strawberry pulak Kami menikmati permandangan indah dan sempat beli ole2. Selepas puas ambil bas pulak untuk ke station keretapi sebab nak kumpul tenaga semula sebab nak ke Disneyland esok!
Day 7 : Disneyland
Bangun sebab nak tolong bukak pintu Disneyland Sampai Maihama Station keluar pintu West untuk redeem ticket Disneyland yang dah beli di Klook. Agent Klook akan tunggu anda disana. Terus dapat ticket! Yeayyy! Tapi hujan renyai turun di bumi Jepun menyebabkan cuaca SANGAT SEJUK SAMPAI MENGGIGIL! Masuk pintu Disneyland perkara pertama kami tuju ialah kedai souvenir sebab nak beli baju hujan ! HAHA baju hujan 1800 yen tak kisah dah sebab baju hujan ada gambar Minnie mouse. Cekak minnie pun jangan lupa, walaupun hujan! Gagah jugak nak pakai Next, kami ke counter redeem Firework Parade which is mesin tu akan scan barcode ticket and korang akan dapat pass untuk duduk depan Cinderella castle malam tu nanti. Ini sangat laa penting sebab selain nak tengok castle, firework jugak nak tengok sebab cantik! Tak kisah laa orang kata macam budak kecik pun. Every Disneyland have their own attraction gais! So, go visit another 5 Disneyland in the world! Dan puas main ride semua, beli popcorn! Sebab bau popcorn sedapnya lahai. Selain nak popcorn, popcorn bucket tu pum nak jugak! Sebab cantik. Ada design Cars, Cinderella carriage, Chip&Dale, minnie Ribbon and macam2 laa. Tak jumpa yang Cinderella carriage so dapat yang Mickey Anniversary pun bolehlaa .
So kehulu kehilir bawak laa popcorn bucket tu Dah habis popcorn lapar nak nasi pulak, so dalam Disneyland memang susah cari halal food so two of my friends keluar untuk beli onigiri di Family mart sebelah station. Korang boleh keluar dan masuk balik. Ruang solat pun ada just pergi counter customer service cakap “I wanna use Prayer Room” so dorang akan bawak korang. Hihi. Kami keluar dari Disneyland lewat malam jugak sebab makesure semua tempat ktorang cover walaupun ride2 kecik tak naik sebab busy shopping souvenir. Habis duit dalam ni sebab rasa nak beli semua! And fyi, Disneyland akan bagi setiap satu barang korang beli satu plastic. Contoh beli keychain 5, bear 2, notepad 1, so korang memang akan dapat 8 plastic bag disertakan dalam satu plastic besar tu. Habis pemurah plastic. Malaysia habis catu plastic, sana terlebih2 Another wonderful memory being here, till meet again Disneyland ️
Day 8 : Tokyo – Shinjuku – Ginza – Harajuku – Shibuya
Disebabkan itineraries kami susun sendiri, so harini keluar lewat sikit sebab penat tak habis lagi balik dari Disneyland Kami tukar itineraries sebab esok kami ke Yokohama melawat sedara. So harini punya plan pack sikit sampai kemalam HAHAHA. Actually, hari2 schedule kami pack Harini keluar lewat sikit around 9 o’clock . Sebab tiba awal jugak di Shinjuku, singgah di Shinjuku National Garden. Taman dia jangan cakap laa walaupun semua nya hijau and pokok2 je dalam tu tapi rasa nyaman sangat. Dia taman dalam tengah bandar membangun tau. Dah puas ronda and posing biasa laa aktiviti wajib tu Seterusnya ke Ginza untuk kedai Lines untuk memenuhi permintaan rakan kesana Sibuk dia nak beli patung BT21 Line tu Sorry Fiqah! Lepastu kami ke Harajuku shopping untuk 3 jam barangkali . Walaupun kedai tu satu bangunan 5 tingkat but dia jual semua benda! I mean like semua makanan souvenir tshirt baju makeup luggage minyak wangi. Name it. All in one . Kami siap dapat claim tax lagi tau hihi. Nampak tak berapa banyak kami shopping kat sini ? DON QUIJOTE nama kedai tu. Sila laa pergi untuk habiskan duit Sebab barang banyak so ktorang siap simpan dalam locker di station Shinjuku Tak larat nak pegang punya pasal. Bila tiba kat Harajuku, kami apa lagi hunting for street food. Crepe, Luke Lobster, Ice cream walaupun kedai nya habis ceruk dalam2 nun namun kami gagah jua. THANKS A LOTT, GOOGLE MAPS Selepas dah rasa semua tu, kami berjalan kaki terus ke Shibuya Crossing ! Intersection paling busy didunia. Macam macam ragam, ada orang siap menari laa posing laa, melamar pun pernah, cer google mesti jumpa orang melamar di intersection tu. Ktorang sampai 3 4 kali lintas sebab nak dapat nice shoot end up berdiri atas bangku batu and record Balik singgah ambil barang yang dah habis dishopping tu, puluh ribu tu habis HAHA So kalau lupa memang nangis laa gais.
Day 9 : Tokyo-Yokohama-Odaiba-Tokyo
Kami singgah kerumah sedara yang kebetulan menetap di Yokohama dan kebetulan station rumah mereka satu line dengan rumah kami walaupun hampir sejam setengah untuk sampai. Nikmat paling indah bila sampai kami disaji NASI LEMAK SAMBAL UDANG DAN SAMBAL SCALLOPS GAIS! Ya Allah nak nangis rasa jumpa nasi yang betul2 nasi bukan yang melekat lekat. Faham tak perasaan tu ? So Malaysian Nasi Beras Moghul pulak tu . Lagi laa bertambah2 Selepas kenyang kami dibawa ke Tokyo Bay Aqua-Line which is untuk sampai kesana kami perlu melalui hiway yang dibuat dibawah laut. Laut tauu bukan bawah tanah. Bawah laut Canggih sungguh bawah laut pun boleh buat hiway. Selepas menikmati keindahan port kapal dari tengah laut, kami dibawa ke Kisarazu Outlet, Chiba. Hah ni lagi laa . Separuh lagi duit belanja habis. MasyaAllah mengucap panjang masuk outlet yang ala2 MPO & JPO ni Habis semua nak beli lagi lagi sneakers HAHAHA Bag laa Wallet laa. HAHA . Lepas dah penat shopping, kami dibawa ke Venus Port, Odaiba pulak . Pusing2 sekejap lepastu dinner ! Dinner terakhir dibumi Jepun, dibawa ke satu restaurant di mall berdekatan patung Gundam tu. Nama mall tak ingat Jumpa patung Gundam pulak. Posing2 malam last di Jepun. Almost pukul 11 malam jugak ktorang bergerak balik ke Tokyo dari Yokohama. Which is 11 malam dah gelap sangat macam 1 pagi kat Malaysia. Sampai rumah pukul 12 malam dah tak larat naik teksi Sampai rumah semua pengsan. Lagi pengsan nak kemas barang yang banyak yakmat tu So thank you so much Uncle Mizi & Aunty Intan for the hospitality Uncle Mizi sanggup ambil cuti nak bawak ktorang jalan tau! Aunty Intan pun masak sedap sangat sangat sangat
Day 10 : Tokyo – Kul
Last day in Tokyo ! Kami checkout jam 12 tengahari macam biasa di KL jugak. Host rumah bermurah hati nak hantar kami ke station dari rumah. Ya Allah mereka sangat baik hati dan sangat berbudi bahasa. Siap bagi souvenir dari Jepun pun tau. Thanks Aki for the hospitality and your kindness
Setelah sampai di Tokyo center, kami simpan luggage di Asakusa Station dan sambung berjalan untuk singgah ke Line dan beli mochi Halal dan Hard Rock Shop Kami naik train dari Asakusa straight ke Narita International Airport Terminal 2 untuk pulang ke Malaysia.
Selamat tinggal Bumi Japan hingga jumpa lagi ️ & Thank you so much Road TO Japan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tahun Alami KEMURUNGAN Sampai Rasa Nak Mati, Wanita Ini Akhirnya Mampu TERSENYUM & Kongsi Cara Rawatannya
Tidak dinafikan gaya hidup masa ini yang semakin mengejar kemajuan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘stress’. Masalah ini bukan sahaja disebabkan urusan kerja di pejabat, tetapi juga perihal anak-anak dan suami. Malah beban kewangan atau alami masalah kesesakan jalan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’ hingga mengakibat depresi atau kemurungan. Perkongsian wanita ini yang pernah berdepan masalah ini tetapi sempat pulih sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun Nazia Suhaimi berdepan masalah ini dan akhirnya berjaya melawan masalah kemurungan ini.
Sebelum itu dia mengalami tanda-tanda seperti ini
Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru, tak boleh tidur malam, bila tidur mimpi menakutkan. Takut nak tidur. Bila tertidur, mimpi tadi sambung semula!
Bila waktu siang, tak cukup rehat. Dengar anak menangis, menjerit, melalak, melolong. Rasa nak tampar-tampar je si anak. Bingit! Kalau kurang sabar, sikit lagi nak dera si anak!
Bila turun lif, rasa macam akan mati terhempas.
Bila bawa kereta, rasa macam bila-bila masa akan mati kemalangan.
Bila bawa anak ke kedai, bila-bila masa rasa anak akan diculik.
Bila dah mula fikir macam-macam, dada berdenyut kencang, nafas berombak, dahi berpeluh dingin, tangan menggeletar.
Keadaan ini menyebabkan dia rasa lebih tertekan dan ada rasa seperti mahu mati.
Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni.
Tak tahan. Badan penat tapi nak rehat pun tak boleh.
Sampai satu tahap rasa nak berhentikan semuanya tapi macam mana nak berhenti?
Dah ambil wuduk, dah solat, dah doa, dah minta ampun suami, dah maafkan semua orang.
Sudahlah rasa diri tak guna, tak dihargai, takut. Sekarang rasa risau melampau mula makan diri.
Aku nak mati! Aku cuma nak stop! Tak tahan! Jerit hati.
Tapi tak boleh mati, Allah tak terima orang mati bunuh diri.
Dalam menghadapi situasi ini dia masih mengingati Allah.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan “mental” saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar.
Sebelum itu selama 7 tahun menahan rasa dan hinggalah satu pagi dia perlu bangkit melawan segala-galanya.
Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa “mental”.
Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya belajar untuk bersyukur.
Hasilnya dia merasakan dirinya adalah wanita yang paling bahagia sekali. Dia kini boleh tersenyum dan bercakap secara terbuka mengenai masalah mental yang dihadapi
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari “gua” kita.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami.
Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.
Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar.
Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini.
Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi.
Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.
Macam mana pula dengan hari anda?
Permulaan cerita bagaimana dia kemudiannya mendapatkan rawatan mental
Saya bergegas ke klinik kesihatan berdekatan. Bila masuk bilik jumpa doktor. Doktor tanya ya awak sakit apa? Masa tu saya dah tak ambil pusing seorang lagi doktor dan pesakitnya.
“Saya rasa nak mati”
Pada masa ini saya cerita semua yang saya alami. Doktor lebih banyak diam sambil-sambil menaip di komputer.
Tak lama kemudian, keluar salinan surat untuk dirujuk ke hospital.
Saya kemudian ke hospital. Serah surat bahagian psikiatri. Tak lama kemudian doktor pakar panggil masuk.
Awak seorang? Ya pada masa ini suami saya ada komitmen kerja. Saya bawa anak-anak. Doktor tanya kenapa dan saya ulang cerita macam di klinik tadi tapi kali ini air mata saya menitik lebat.
Tak ada malu lagi. Saya mahu sihat.
Doktor dengar dengan baik apa yang saya katakan. Sangat melegakan bila doktor kata “ini adalah satu penyakit dan bukan salah awak”
Sepatutnya saya perlu ditahan wad, disebabkan anak kedua saya masih menyusu badan jadi doktor nasihatkan saya berehat dirumah saja.
Saya diberi ubat yang agak kuat buat 2 minggu pertama. Lebih banyak tidur. Kerja rumah semua ke laut. Mujur suami saya balik tengah hari belikan makanan.
2 minggu kemudian saya kembali berjumpa doktor. Kali ini rasa nak mati, risau sudah mula berkurang sedikit.
Sebulan kemudian, rasa nak mati itu sudah tiada. Risau, down masih ada tapi tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.
Kemudian jarak appoiment bersama pakar berkurang dari 3 bulan dan sekarang 5 bulan untuk temujanji seterusnya.
Ianya tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh stigma masyarakat yang kononnya bila jumpa pakar sakit jiwa, kita ini GILA. Bahkan sewaktu saya menunggu giliran untuk berjumpa doktor, ada juga pesakit lain yang berpakaian kemas siap bertie lagi.
Untuk mula dapatkan rawatan, anda sendiri perlu BERANI untuk berterus-terang dengan doktor.
Sebelum ini, memang saya sudah dapatkan rawatan tapi KESILAPAN saya, saya berhenti makan ubat dan jumpa doktor SERTA-MERTA kerana pada masa itu saya rasa saya macam orang GILA.
Kesannya, bila default (berhenti dapatkan rawatan) kesan sakit akan jadi lebih teruk dan untuk sembuh, perlu ambil ubat untuk masa yang lebih panjang.
Saya sendiri dijelaskan oleh doktor, untuk turunkan dos ubat bagi rawatan saya, mungkin mengambil masa lebih kurang 2 tahun.
Pengambilan ubat memang akan ada kesan pada hati, pada masa yang sama doktor nasihatkan saya untuk jaga pemakanan dan bersenam
Turut berkongsi tip bagaimana dia akhirnya sembuh
1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food, cikedis dll
4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam)
5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam)
6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
7. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
8. Muka mesti mau senyum.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI