Makan Banyak Tapi Berat Badan Tak Naik-Naik? Ini Penjelasan Pakar Pemakanan Yang Perlu Anda Tahu

Share

Sesetengah individu mengalami masalah di mana berat badan tidak naik-naik walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini tentu akan membuatkan anda stress dan asyik memikirkan cara yang sesuai untuk menaikkan berat badan.

Pasti ada sebab mengapa berat badan anda tidak naik-naik walaupun anda sudah makan dengan banyak. Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik pakar pemakanan bernama Alhafizah A. Ramos, dia turut berkongsi sebab berat badan susah naik meskipun sudah makan dengan banyak.

Kebanyakan individu yang kurang berat badan akan fikir bahawa metabolisme badan mereka tinggi. Mungkin ya. Tetapi sebenarnya ada beberapa faktor dan sebab lain yang menjadi punca berat badan anda statik.

Jom kita baca punca-punca yang dikongsi oleh Alhafizah A. Ramos. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Kenapa Makan Banyak Tapi Susah Naik Berat Badan?

Golongan kurang berat badan selalu tersisih bila dietitian bercerita pasal makanan. Asyik cerita macam mana nak kurus, nasib mereka yang kurus pula tak terbela. Marilah cerita sikit pasal topik ni.

Biasanya orang yang kurang berat badan, akan fikir yang metabolisma badan mereka tinggi. Sebab tu susah naik berat badan walaupun dah makan macam gajah! Betulkah? Anda pasti anda makan macam gajah? Memang betul ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma yang tinggi. Makan sikit, tapi kalori terbakar banyak.

Tapi ada banyak faktor lain mengapa anda susah sangat nak naik berat. Metabolisma tinggi tak boleh dijadikan alasan semata. Mesti ada tabiat makan yang anda amalkan, menjadi punca berat badan tak naik-naik.

Saya akan senaraikan antara sebab-sebab umum.

SEBAB 1: SUKA SKIP MAKAN

Ini memang antara punca utama. Believe it or not, food is the last thing in their mind. Pelik kan. Tapi itulah mereka. Dorang malas fikir nak makan apa, nak makan mana. Mengunyah pun kalau boleh malas! Bukan macam kita. Tengah mengunyah sarapan dah fikir apa nak makan tengahari.

Bila malas makan, mula lah skip makan. Terutamanya sarapan. Sebab tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila sibuk kerja, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan.

Kalau makan kurang, kalori sehari kurang, memang susah naik berat! Tabiat ini berbahaya kerana akan mengundang sakit gastrik. Bila sekali kena, lagi merana hidup. Serius.

Jadi, cuba jangan skip makan. Sesibuk mana pun, standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Cuba tanamkan rasa cinta pada makanan yang sedap-sedap. Tanam azam, untuk makan sarapan, tengahari dan malam setiap hari. Kalau sahur, jangan sahur air kosong ja. Tiada kalori! Paling kurang cuba minum susu atau overnight oat campur susu.

SEBAB 2: MAKAN SEDIKIT

Bila makan, tak banyak pun. Dia kata, dia dah ambil sarapan. Tapi sarapan dia kopi 3-in-1 sahaja. Berapa kalori lah sangat. 20-50 kalori, semua gula. Sekejap dah terbakar. Banyak makan pun, kebanyakannya makanan ringan macam kerepek, aiskrim, roti krim… Susah nak tengok makan nasi lauk. Memang tak cukup kalori lah untuk naik berat .

Ada pula yang suka tunggu sampai perut betul-betul lapar sampai hypo baru nak makan. Bila makan berialah ambil nasi lauk banyak2. Orang tengok pun macam tak percaya! Kurus tapi makan banyak gila! Tapi kawan-kawan tak tahu dah berapa hari dah dorang tak makan sepinggan. Haha.

Ada yang suka order makanan banyak2. Tapi bila makan susah nak habis sebab cepat rasa kenyang! Yang jadi mangsa kawan DBKL yang paksa rela perabih semua makanan dia. Kenapa dorang ni cepat kenyang?

Perut ni kenyal seperti getah. Bila puasa, perut hanya sebesar 50-200 ml sahaja. Tapi bila makan, ia boleh mengembang sehingga 2 – 4 liter untuk muatkan makanan! Bagi perut yang sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tak penuh, tak kenyanglah! Tapi bagi orang yang kurus, biasanya perut susah mengembang sebab perut mereka jarang-jarang penuh dengan makanan. Baru makan sikit dah rasa sebu.

Apa yang boleh dilakukan oleh orang perut ‘kecik’:

– Cuba makan sikit-sikit tapi kerap. Daripada makan berat 3 kali sehari, cuba pecahkan jadi 6 kali sehari. Buat alarm reminder untuk makan pada waktunya! Jangan cuba-cuba skip! Nak naik berat ka tak nak?

– Makan sayur yang sudah dimasak. Bukan ulam atau salad kerana sayur mentah besar saiznya. Nanti perut cepat penuh dan cepat kenyang.

– Jangan makan masin atau pedas sangat. Nanti banyak minum, cepat kenyang. Macam mana nasi nak habis?

– Kurangkan makan sup-sup seperti bakso, laksa, mihun sup. Minum sup ni buat cepat rasa kenyang air semata. Kalori pula tak banyak.

– Makan makanan yang tinggi kalori tapi jumlah sedikit. Contohnya; kekacang (segenggam 150 kalori) atau chia seed (sesudu makan 130 kalori – tabur2 atas air, nasi, sayur), buah kering (contoh: kismis satu genggam 120 kalori)

– Tambah ekstra kalori dalam masakan. Contohnya, tambah cheese dalam telur dadar, makan buah sapu peanut butter, gaul minyak zaitun di nasi kosong, minum oat dengan susu.

– Sediakan snek di tempat kerja. Lapar ja, kunyah terus! Tapi jangan pula snek tak sihat. Biskut kering sapu peanut butter (pilih yang 0 gram Trans Fat/Lemak Trans spt jenama Jacob dan tidak bergula), kekacang, kismis, kurma adalah antara snek sihat.

SEBAB 3: MAKAN TERLALU PERLAHAN

Makan perlahan juga sebenarnya menyebabkan kita kenyang cepat. Terlalu fokus pada makanan yang hendak di makan akan menyebabkan kita mudah habis selera. Kau tengok nasi, nasi tengok kau, kuis-kuis sampai hilang selera! Macam mana nak dapatkan kalori?

Bukanlah nak suruh makan laju sampai tersedak. Tapi cuba jangan makan terlalu perlahan . Makan macam biasa. Jangan tengok sangat makanan tu. Makan ja. InsyaAllah anda akan berjaya habiskan makanan!

Atau makan bersama kawan-kawan. Sambil berborak, anda takkan sedar yang makanan tiba-tiba dah habis sebab sebok sangat membawang. Makan sambil tengok cerita korea dekat laptop pun boleh membantu anda habiskan makanan tanpa sedar.

SEBAB 4: TERLALU BANYAK MINUM AIR KOSONG

Memang air penting untuk kesihatan. Tapi air kosong tiada kalori. Terlalu banyak minum air kosong juga akan menyebabkan kekenyangan sepanjang hari. Elakkan makan berulam air. Minum hanya selepas habis makan. Cuba minum air yang berkalori. Sebagai contoh:

  1. Jus buah, disaring (tiada gula)
  2. Skimmed milk
  3. Air kosong tabur chia seed

SEBAB 5: KURANG ZAT DALAM BADAN

Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Oleh sebab itu ada orang kata, bila makan suplemen vitamin B complex, jadi kuat makan. Sebenarnya bukan jadi kuat makan, tapi dia yang kurang zat (bila kurang makan, kita akan kekurangan zat). Jadi bila makan suplemen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar. Itu adalah normal.

Jika anda ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplemen vitamin B complex. Kapsul minyak ikan juga didapati boleh menaikkan selera. Lain orang mungkin lain hasilnya. Tapi apa salahnya mencuba!

Jadi mana satu tabiat anda? Kalau anda dah buat semua tips di atas ni tapi masih tak naik-naik berat, sila PM kerana saya tak percaya. Dan, jangan PM saya pula kalau anda cuba makan banyak tapi usaha tu on off. Untuk naikkan berat badan, kita perlukan masa 3-4 minggu makan banyak untuk nampak hasil. Ganbatte!

Sumber: Facebook Alhafizah A. Ramos

Published by
Norhasliza