Memang seronok bila makan banyak tapi badan tak naik-naik tetapi tahukah anda bahawa ia sebenarnya tubuh anda sedang mengalami masalah?

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.

Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.

IKLAN

Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,

IKLAN

*Kencing Manis
*Darah Tinggi
*Tinggi Kolesterol
*Penyakit jantung dan strok

Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

IKLAN

TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.
.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan

Sumber kredit: Public Health Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI