Kecantikan

Makan 6 Kali Sehari, Jarang Bersenam Tapi Wanita Ini Berjaya Lenyapkan 18 KG Dalam 8 Bulan. Ini Rahsianya!

Share

Ada macam-macam cara dilakukan untuk seseorang itu mengurangkan berat badan. Bagi salah seorang pengguna di laman sosial facebook Darwisy Fathiyah Zam, dia hanya gunakan cara menjaga pemakanan betul dengan mengira kalori yang diperlukan setiap hari. Hasilnya setelah berdiet selama 7 bulan, dia berjaya membuang 18 kg dari 71 kg sebelumnya dan kini hanya 53.1 kg.

Perbezaan cukup ketara.

Walaupun makan 5 atau enam kali sehari, dia tidak perlu risau kerana mampu menurunkan berat badan dengan cara sihat dan tidak menyakitkan.

Menurutnya lagi dia juga jarang melakukan senaman dan apa yang penting adalah perlu menjaga pemakanan yang seimbang.

Ikuti perkongsiannya.

Hasil berdiet hampir 7 bulan…

Berat sebelum 71kg
Berat selepas 53.1kg

Lilit pinggang sebelum 34 inci
Lilit pinggang selepas 26 inci

Bmi sebelum 29.2
Bmi selepas 21.8

Ramai yg nk tahu rahsia macam mana saya boleh kurus tanpa produk dr 71kg-60kg…sebenarnya xde rahsia pon hanya jaga pemakanan dgn betul dan tahu berapa calori yg badan kita perlukan setiap hari

Apa yang saya buat

Tinggalkan air manis dan minum air kosong 3liter sehari

Makan nasi setiap hari tp kadar suku2 separuh,mesti ada yg xfaham apa yg suku apa yg separuh…nasi suku,laut suku,sayur buah separuh.

Makan 5 kali @6 kali sehari

Menu pagi roti telur bersama sayur dan susu boleh je tukar jus buah+susu rendah lemak 100ml+oat

Snack pagi 10-11pg makan buah

Tengahari nasi+lauk pauk yg dikukus/panggang/rebus+sayur2an direbus/grg tanpa minyak/ulam2an.

Snack petang buah bersama yogurt asli

Mkn mlm 7-8mlm roti+lauk+sayur

Jika mlm sebelum tidur lapar lg makan buah

Bersenam jarang2

follow fb diet kalori malaysia

Tu je yg saya buat

MENU DIET DIAMALKAN:

Sajian untuk pagi, tengahari, petang dan malam

Pelbagai sajian menyihatkan.

Menu sihat diamalkan setiap hari.

Published by
Siti Zurina