Sudah sebulan pasangan sama cantik sama padan, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran bergelar sebagai pasangan suami isteri yag sah. Kedua-duanya selamat diijabkabul berwalikan ayah Bella di sebuah hotel terkemuka di ibu kota awal September lalu.

Turut memeriahkan majlis pernikahan ini adalah teman-teman rapat dari Malaysia dan Indonesia. Ketika majlis pernikahan, penampilan Bella mendapat kritikan netizen yang menganggap solekan pada wajah Bella tidak menarik hingga menampakkan wajahnya sedikit tua.

@islamiyahkurnia Kenapa jadi gini make up nya kak bela.. Sedih liatx

@alisya911 Orang cantik dibuat jelek

@mashitoh13 Difoto tmen2nya kak bella jelas banget tebel dan item,jadi ngeri sndiri

Walaupun dikritik netizen, tetapi Bella tidak cepat melatah sebaliknya menyelusuri momen bahagia bersama suami dan anak Engku Emran, Aleesya. Dapat dilihat daripada foto yang dimuat turutn dalam laman instagram Bella dan juga Engku Emran.

Dan semalam genap sebulan majlis pernikahan pasangan ini. Jika sebelum ini majlis merai kedua mempelai di adakan di sini, tetapi kali ini Bella dan Engku Emran telah diraikan pula di Indonesia. Ternyata kali ini penampilan Bella termasuk busana dan solekan yang digayakan sangat cantik dan perfect.

Kali ini penampilan Bella mendapat pujian netizen yang sukakan caranya yang sederhana tetapi tetap menyerlahkan sisi anggun Bella. Bella memilih dress rona pastel rekaan seakan seluar berpotongan longgar dengan sentuhan manik mewah, juga hijab dililid ringkas sahaja. Sementara Engku Emran pula cukup segak menggayakan sut rona coklat berpadanan dengan Bella.

Ads

Begitu juga dengan solekan di wajah Bella. Sentuhan cukup natural dan menyerlahkan lagi kejeitaan wajah Bella. Rata-rata netizen bersetuju dengan solekan yang Bella kenakan pada malam itu. Memang tak puas mata memandang.

@septisepti Pake makeup yg ini Bella cantik buangeettt

@oyenchaplin perfect makeup

@kitykatki Kalau ini baru bagus,

Ads

@supiati8734 Cantiknya kak Bella dgn Mek up natural gini lebih anggun

Majlis resepsi bertemakan garden wedding ini turut dihadiri rakan artis dari Malaysia seperti Amy Search, Nora Danish dan suami serta beberapa lagi. Juga turut dimeriahkan dengan kehadiran artis dari Indonesia seperti Melly Goeslow, Bunga Cinta Lestari dan suami, Marcell dan rakan-rakan kedua mempelai.

Dalam majlis ini Engku Emran telah membuat surprise pada isteri tercinta dengan menjemput Amy Search untuk hadir serta menghiburkan tetamu dengan lagu ‘Isabella’. Menurut ceritanya, ibu Bella menjadikan Amy Search sebagai idola lantas menamakan Bella dari inspirasi lagu berkenaan. Bella yang terkejut dengan surprise itu terus memeluk suaminya. So sweet.

Admin ucapkan semoga perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah dan cepat-cepat menimang cahayamata seperti yang didoakan oleh peminat keduanya.

Ads

Ayuh, kita saksikan foto-foto sekitar majlis resepsi keduanya!

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI